Bab 51
EZRA membetulkan
kemejanya. Tali leher dipakai kemas. Kotnya dicapai. Dia kena nampak kemas dan
menarik hari ini. Kerana, hari ini. Buat pertama kalinya, dia akan bertemu
dengan kak longnya.
Ya. Kak long ja. Tak berniat untuk
mencari kekasih lagi. Tunggulah beberapa tahun lagi. Tunggu Rose kahwin
dulukah? Macam mana dia nak mencari isteri, andai mama dan adiknya masih belum
berpunya?
Dia lelaki. Tanggungjawabnya adalah
untuk menjadi ketua keluarga.
“Wah! Angah nampak handsome hari ni! Fuh, terpikat hati
Rose!” suara adiknya mencelah dari belakang.
Ezra berpaling ke arah adiknya.
“Agaknya, kak long akan terpikat
dengan angah tak?” Ezra menjongket kening. Rose memandang Ezra atas bawah.
Kemudian, dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Kak long ialah manusia yang setia.
Angah tak akan dapat hati kak long,”
“Bukannya aku nak kahwin dengan dia
pun. Kau ni! Aku hempuk kang!” Ezra menaikkan sikunya. Mengugut untuk menyiku
Rose. Spontan, Rose mengangkat kedua-dua tangannya. Tindak balas untuk menahan
tangan angahnya.
“Good
luck, angah! Kak long bukan manusia yang senang untuk dijadikan kawan.
Tambah-tambah, angah adalah seorang manusia yang berkromosom XY,” Rose
menjelirkan lidah kepada abangnya sebelum berlari ke dapur.
Ezra hanya memerhati tajam langkah
adiknya. Dia membetulkan baju dan kotnya sebelum menuju ke ruang tamu.
“Morning,
mama,” Ezra mencapai teko lalu dituang air ke dalam cawan. Baru sahaja dia
ingin mencapai cawan itu, Rose mencapai cawan itu lalu diminumnya. Riaknya
bersahaja.
Ezra hanya menghela nafas perlahan
sebelum menuang air ke dalam cawan yang lain.
“Angah dah sedia?” Ezra mengambil
tempat duduk. Dia mencapai roti.
“Angah yang buat rancangan ni, mama.
Kalau bukan angah dan adik yang mulakan dulu, macam mana mama nak jumpa kak
long? Dan, macam mana mama nak dapatkan balik along?” Ezra bersuara. Tenang.
“Mama minta maaf. Sebab mama, angah
dan adik tak kenal papa,” Ezra menggenggam tangan mama lembut.
“Ma. Kami dah besar. Kami faham.
Okay, ma? Now, kita makan,”
EZRA memerhati
wanita yang berjalan menuju ke arahnya itu. Wanita itu nampak berkarisma. Penuh
dengan riak tegasnya. Sesuai dengan jawatan yang dipegangnya.
Dia nampak sotisfikated. Penuh
kelas. Sesuai dengan dirinya. Seorang Al-Haytham dan seorang isteri kepada
pengerusi Hickman Group.
“Assalamualaikum. Dah lama tunggu
saya?” wanita itu bersuara.
“Waalaikumussalam. Saya dah lama
tunggu untuk buat janji temu dengan awak, setakat 10 minit lagi menunggu untuk jumpa
awak. Apa hal?”
Nampak tak ayat aku? Hah. Cair tak
cair?
Hanna hanya menampal senyuman palsu.
Dia nak mengayat pula dah! Maaflah, saya bukan wanita yang mudah cair.
Hanna mengambil tempat duduk di
hadapan lelaki itu. Dia membuka fail.
“Boleh kita mulakan?” Ezra
tersenyum. Dia membetulkan duduknya. Betul kata Rose, Hanna sukar untuk
dijadikan kawan.
“Hauzan Ezra. Just call me, Ezra,” Ezra menghulurkan tangannya tapi hanya
dipandang sepi oleh Hanna.
“Qaireen Hanna,” Tangan yang
dihulurkan dibiarkan sepi. Ezra mengangkat kembali tangannya. Dibuat seperti
dia ingin membetulkan rambutnya. Note to
dear self, don’t assume all women are same.
“Jom kita mulakan,”
“Woah. Chill dulu, miss or mrs?”
“I
am a woman with two children, Mr Ezra,” tegas Hanna bersuara. Ini adalah
urusan bisnes, bukan urusan peribadi. Dia tak nampakkah yang aku tak nak
berkawan rapat ketika ini.
“No
ring. Not married? Divorcee?” Hanna menutup fail. Ini sudah melebih.
“I’m
married. You are 27 years, right? I’m older than you. By 3 years,” Ezra
tersenyum mesra.
“Saya tak berniat untuk menggantikan
tempat ayah dalam hidup anak-anak awak. Saya cuma ingin menjadi seorang kawan.
Atau, seorang adik,” Ezra membuka fail.
Dia tak ingin menganggu lagi.
Mungkin, deal ini akan terhenti
sekarang juga. Sebab, dia dapat melihat Hanna ingin berlalu ketika ini.
Hanna mematikan hasratnya. Dia
kembali membuka fail. Apabila perbincangan itu dimulakan, Hanna dapat melihat
Ezra merupakan seorang yang komited dengan tugasnya.
“Boleh saya panggil awak kak long?”
Hanna mengerutkan kening. Kak long? Kenapa semua orang nak panggil dia kak long
ni? Dulu Rose, sekarang Ezra. Aku ni nampak tua sangatkah?
“Tak. Maafkan saya. Perbincangan dah
habis kan? Saya bawa diri dulu,” fail itu ditutup. Handbag dicapai. Dia bangkit dari duduk dan membawa diri dari kafe
itu.
Dalam fikirannya, dia berfikir.
Hauzan Ezra? Ezra Roseline? Qarizh Hauzan?
Ada kaitankah? Tak mungkin. Tak
mungkin. Riz anak tunggal. Tak mungkin, mereka ada kaitan. Nama keluarga Rose
adalah Gray. Tapi, nama keluarga Riz adalah Hickman. Jadi, tak mungkin. Impossible.
“HOW’S your
meeting goes?” Rose mengambil
tempat di hadapan abangnya. Ezra tersenyum nipis.
“Well,
adik kena tolong angahlah selepas ni,” Rose mencapai minuman abangnya. Dia
menghirup jus oren itu.
“Kenapa adik kena tolong angah
pula?” Rose memandang belakang tubuh Hanna daripada dinding kaca yang
memisahkan mereka.
“Sebab, angah rasa kak long ingat
angah nak mengorat dia. Jadi, kemungkinan besar, angah tak boleh rapat dengan
dia,” Rose mencebikkan bibir.
“Kalau adik jadi kak long pun, adik
ingat angah nak mengorat juga. Pigidah! Ayat kau.. Sanggup menunggu ya?” Ezra
tersenyum senget.
“Saja ja. Menguji sebenarnya. Nak
tengok hati kak long masih dengan along, ataupun tak. Tapi, nampak gayanya. Kak
long masih sayangkan along,” Ezra merampas kembali minuman yang diminum oleh
Rose. Suka hati ja nak habiskan air miliknya.
“Ala, angah!”
“Pergi, order sendiri,” Rose menghentakkan kakinya perlahan. Dia menongkat
dagu, merenung angahnya tajam. Perlukah angah kejam dengan adik sendiri?
No comments:
Post a Comment