Friday, 3 February 2023

QUEEN : BAB 61

 Bab 61

QARIZH terjaga daripada tidurnya. Dia merenung tangannya yang bersambung dengan beg air. Tanpa bertangguh, dia terus mencabut jarum yang berada di tangannya itu.

            Dia bangun daripada pembaringannya. Mata merenung jam. Baru pukul 6.30 pagi. Dia merenung persekitaran biliknya. Dia tersenyum tawar. Entah pukul berapalah Ratna dan Dayyan pulang ke rumah mereka semalam.

            Langkahnya dibawa lemah menuju ke penyidai lantas mengambil tuala. Apabila tangannya menyentuh tombol bilik air, anehnya bilik air itu berkunci. Berkerut keningnya.

            Seketika kemudian, pintu bilik air itu terbuka. Muncul wajah Hanna di hadapan matanya. Dia terpaku. Mulutnya kekal diam tidak bersuara.

            “Morning,” dia hanya merenung Hanna tanpa suara. Di dalam otaknya, timbul pelbagai persoalan. Adakah ini hanya halusinasinya?

            “Pergi mandi,” tubuhnya terasa ditolak masuk ke dalam bilik air itu dan pintu itu ditutup. Dia masih di situ. Terpaku. Termangu.

            Dia menepuk pipinya perlahan. Agaknya, dia perlu berjumpa dengan psikiatri. Dia melihat wajah Hanna di mana-mana.

 

TEKAANNYA tepat. Wanita itu tiada di mana-mana. Biliknya kosong tanpa sebarang kesan manusia. Dia hanya berangan. Dia hanya berhalusinasi.

            Masakan, wanita itu boleh kembali semula dalam hidupnya? Tak mungkin. Dia terlalu banyak menyakiti. Wanita itu tidak gila lagi untuk kembali semula di dalam pelukannya.

            Tiba-tiba, hidungnya menangkap satu bau. Bau orang memasak. Ratnakah? Tak. Tak mungkin. Kakinya ingin terus melangkah ke bawah, tetapi mengingatkan badan yang masih tidak berbaju dan basah dengan air. Dia menghentikan langkah.

            Dia terus membawa diri masuk ke dalam walk-in closet.

 

HANNA meletakkan pinggan itu di kaunter. Perfect. Now, tugasnya adalah untuk mengheret manusia yang sudah 2 minggu mengurungkan diri dalam bilik untuk keluar daripada lombong emasnya.

            Baru sahaja, dia ingin melangkah menuju ke tingkat atas, dia ternampak bayangan lelaki itu menghampirinya. Tak jadi dia ingin melangkah. Dia duduk di atas kerusi, nasi goreng dicedoknya ke dalam pinggan lelaki itu.

            Langkahnya tenang. Tak dipedulikan pandangan mata tajam yang sedang memadang setiap perbuatannya ini. Selesai tugasannya, dia mengangkat mata. Matanya bertembung dengan mata lelaki itu.

            Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Wajah lelaki itu betul-betul dalam masalah sekarang ni. Adakah patut, dibiarkan sahaja jambang meliar di wajahnya? Tahulah, dah tak masuk office dua minggu pun. Tapi, jagalah sikit muka tu.

            Nasib baik hati ni sayang tahu, kalau tak mahu aku lari tinggalkan dia seorang diri kat sini. Ataupun, aku tebas muka dia waktu dia tidur. Apa dia fikir dia handsome simpan jambang macam tu? Kalau terjaga, tak apalah juga.

            “Kenapa awak tercegat kat situ? Datanglah sini, makan,” namun lelaki itu kekal begitu. Tidak bereaksi. Hanna menghela nafasnya perlahan. Dia terus turun daripada kerusi lalu menghampiri lelaki itu.

            Lengan lelaki itu disentuhnya. Dan, dia dapat merasakan yang lelaki itu tersentak dengan perlakuan dia. Dia tersenyum nipis.

            “Jom makan?” Qarizh memandangnya lama.

            “Kenapa ni?” soalan itu terpacul daripada mulutnya.

            “Can’t believe that I’m here?” senyuman nipis itu bertukar menjadi lebar. Dia mengangkat lengan Qarizh. Tangan Qarizh dilekapkan di pipinya.

            “See, I’m here. I’m not invicible,” Hanna terpaku apabila Qarizh menarik semula tangannya. Lelaki itu menyembunyikan tangannya ke dalam poket seluar.

            “Why are you here? I don’t need you to be here,” Hanna tersenyum. Berhadapan dengan Qarizh ketika ini, lebih banyak menguji kesabaran hatinya. Bukan sahaja sekarang, tetapi sejak 8 tahun dulu.

            Bezanya, dahulu sabarnya hanya untuk mengikut rentak Qarizh. Tetapi, kali ini sabarnya untuk mengubah rentak Qarizh. Mengubah sikap Qarizh.

            Wah, agak susah sebenarnya. Sebab lelaki ini sudah berkelakuan begini sepanjang 27 tahun hidupnya. Tetapi, dia kena berusaha. Sedikit perubahan pun sudah cukup memadai.

            “I have to. Because, you are the king of my heart, body and soul. And, I’m your only queen,” Hanna melekapkan tangannya di pipi lelaki itu. Dia dapat merasakan tubuh lelaki itu terkejut dengan tindakannya.

            Iyalah! Dia bukan seorang isteri yang berani. Dia lebih banyak menekur daripada memandang mata lelaki ini. Mungkin, sikapnya terlalu pasif dahulu.

            “Jom makan,” sekali lagi, dia mengajak lelaki itu makan. Perlahan, dia mengheret lelaki itu untuk duduk di kerusi.

            “Abang tak makan daripada semalam lagi. Kenapa tak jaga diri sendiri, hm?” dia tahu. Qarizh sedang memandangnya pelik ketika ini. Tiada yang pelik tentang dirinya. Dia hanya memujuk untuk sesuatu yang lebih besar.

            Perlahan, Qarizh memulakan suapannya. Mulutnya masih bisu. Tanpa bicara.

 

MATA bertentang mata. Lutut bertemu lutut. Hanna merenung mata Qarizh sedalam yang mungkin.

            “Boleh tak kalau abang jujur dengan Hanna?” soalan itu keluar dari mulutnya. Qarizh hanya mendiamkan diri.

            “Boleh tak kalau abang berterus terang dengan Hanna tentang luka yang tersembunyi dalam hati ini?” Hanna menunjuk perlahan ke arah dada Qarizh.

            “Rahsia apa yang abang sembunyikan? Luka apa yang abang tanggung? Boleh tak kalau abang luahkan? Apa yang mama buat kat abang?” mata Qarizh semakin tajam memandangnya.

            “You kept calling her in your sleep. Hanna tak boleh buat tak tahu. Boleh tak abang luahkan semua perasaan yang terbuku dalam hati ini?” soal Hanna lagi. Soalan demi soalan keluar dari bibirnya.

            “Everyone have a secret that you can’t tell anyone. And, I will not tell you,” dia bangun daripada duduknya.

            “Baliklah. Tak perlu datang sini. Saya dah tunaikan semua permintaan awak. Ada apa-apa lagi yang tertinggal?” soalnya.

            Hanna menggelengkan kepalanya perlahan. Dia mencapai sampul yang terkandung borang permohonan cerai itu. Mujurlah surat itu sentiasa berada di dalam keretanya. Dia mengeluarkan surat itu.

            “Tak, abang tak tinggal apa-apa. Tapi, Hanna yang tak nak. Sorry,” dia terus mengoyak kertas itu. Tepat di hadapan mata Qarizh.

            “Dah, kan? Sekarang Hanna nak balik kepada abang. Kita lupakan semua kenangan buruk kita. Kita start daripada first time kita jumpa boleh?

            You were the one who held out your hand to me. You were the one who made me love you. Kita balik semula ke masa itu, boleh?” Hanna tersenyum lebar.

            Namun, Qarizh hanya kaku. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

            “Don’t love me. Don’t come to me. What I can give you are just unstoppable tears. The moment we met for the first time. Forget it. I would only give scars in your heart. I will leave you. You will be better off without me.

            The moment we divorce, I will go back to Dubai. Kita tak akan jumpa lagi,” Hanna tersenyum tawar. Cukup mudah untuk dia menuturkan bicara.

            “Abang, don’t deny it. You love me. I love you. Kenapa kita tak boleh lupakan semua dan kembali kepada momen bahagia kita dahulu?” Hanna menarik tangan Qarizh. Menggenggamnya lembut.

            Perlahan, Qarizh menarik tangannya kembali. I will leave you so I can love you alone. I’m afraid that my pain will go to you. Saya tak nak awak terluka lagi, Hanna.

            “Forget the me that used to love you. Just remember the bad me who only made you cry,” Qarizh melangkah perlahan. Hanna mengejarnya. Tangan Hanna menarik lengan Qarizh. Memaksanya untuk berpaling dan memandang wajah ini.

            “Hanna tak nak lupakan semua momen tu. Hanna tak nak. Hanna akan tetap di sini untuk abang. Hantarlah borong permohonan cerai banyak kali pun, Hanna tetap akan koyak,”

            “Saya boleh jatuhkan talak ke atas awak, Qaireen Hanna!!” Hanna memandang Qarizh lama.

            “No. You won’t. You will not,”

            “I can do it!”

            “No! You cannot! Abang tak akan buat macam tu,” pandangan Hanna kian tajam. Sebab dia yakin semua tu. Dia yakin yang Qarizh tak akan buat macam tu kepada dia.

            “Qaireen Hanna! Saya, Qarizh Hauzan..” terhenti kata-kata itu. Hanna tersenyum senget.

            “See, abang tak mampu. Abang cintakan Hanna,”

            Qarizh segera menarik lengannya. Langkahnya dibawa laju ke tingkat atas. Hanna hanya memandang langkah lelaki itu berlalu.

            Bibirnya menyimpulkan senyuman. Semakin kuat desakan hatinya untuk kembali menjadi cahaya yang menyinari jiwa gelap lelaki itu.

            Tiba-tiba, dia terpaku apabila kedengaran bunyi kuat dari tingkat atas. Hatinya seakan tidak sedap.

            Terus, dia meluru naik ke tingkat atas. Terpaku dia apabila melihat Qarizh terkulai layu di lantai. Botol ubat terjatuh tidak jauh dari tempat Qarizh terkulai lemah.

            Hanna meneguk liur. Dia segera berlari ke arah botol itu. Kosong. Matanya terbuntang. Dia mengangkat perlahan muka Qarizh. Terkaku dia apabila melihat mata lelaki itu tidak bereaksi.

            No! Tak boleh! Qarizh tak boleh buat macam ni kepada dia!

            “Abang, bangun!! Jangan tinggalkan Hanna!!!” cemas. Dia menepuk-nepuk kuat pipi lelaki itu. Tiada reaksi yang diterimanya.

            “No!!!”

No comments:

Post a Comment