Bab 38
HANNA
merenung penampilannya buat kali terakhir di hadapan cermin. Dress berwarna putih yang dipadankan
dengan tudung hitam itu amat menarik padanannya. Rekaan dress itu amat ringkas namun elegan yang membuatkannya lebih selesa
untuk bergerak di samping menguruskan majlis itu.
Hanna mencapai purse dan kasut tumit
tingginya sebelum berlalu keluar dari biliknya. Berkerut keningnya apabila
melihat Harraz dan Haisya berlari-lari anak menghampirinya.
“Kami dah siap!” Hanna merenung
Harraz dan Haisya lama. Dia tidak merancang untuk membawa anak-anaknya ke
majlis hari ini. Hendak menguruskan majlis di samping menjaga anak, adalah dua
perkara yang sukar dilakukannya serentak.
“Mana Kak Mia?” perlahan-lahan,
kornea matanya menangkap Kak Mia yang sudah bersiap. Aik?
“Maaflah puan. Saya dengan Megat
kena pergi hospital. Adik Megat sakit. Itu yang kami kena pergi tengok tu,”
Oh,
dear! Dia tak boleh untuk mengatakan tidak kepada Kak Mia yang sudah lama
menjadi pembantu rumahnya sejak Mak Mah pulang semula ke rumahnya.
Tapi, untuk membawa anaknya sekali
bukanlah satu idea yang bagus kerana Harraz dengan sikapnya yang suka buat ikut
suka hati dia amat menduga kesabaran.
“Maaflah puan. Terpaksa menyusahkan
puan pula. Pasti susah nak menguruskan budak-budak ni serentak,” Kak Mia cuba
berlakon sedih. Pelan Harraz sedaya upaya dia penuhi.
“Bawa ja mereka, Hanna. Tak akan nak
suruh Kak Mia bawa mereka ke hospital pula,” suara Qairul yang muncul tiba-tiba
membuatkan Hanna berpaling ke arah Qairul.
“Okay,
then,”
Harraz dan Haisya melompat
kegirangan. Dengan bahagianya mereka melangkah pergi. Seakan memang perkara itu
yang mereka nanti selama ini.
Hanna hanya memandang kanak-kanak
itu berlalu. Dalam otak dia ligat berfikir, macam mana caranya untuk
mengelakkan Harraz daripada bertembung dengan daddynya.
Haisya tak apa. Haisya tak tahu rupa
daddy dia. Lainlah kalau, Harraz sudah menunjukkan kepada Haisya muka daddy
dia. Harraz bukan boleh kira sangat. Ada sahaja ideanya.
ROSE melangkah
dengan penuh yakin. Dia perlu yakin untuk menyelesaikan segala misi ini.
Segalanya sudah teratur rapi. Dia hanya perlu mendekati.
Kad itu disuakan kepada pekerja.
Pekerja itu mengangguk perlahan sebelum menjemputnya untuk masuk ke dalam dewan
itu.
Sekarang, dia perlu masuk ke backstage. Macam mana dia hendak masuk
ke backstage? Otak, segera bertindak.
Segera berfikir. Majlis ini akan mula tak lama lagi. Dan, dia perlu menyelesaikan
semua ini sebelum majlis bermula.
KUSUT kepala
Hanna dibuatnya. Beberapa kali dia cuba menghubungi model tersebut tapi masih
tiada jawapannya. Macam mana ni?
Dia mundar-mandir di situ. Perkara
ini tak boleh terjadi! Dia tak akan membiarkan perkara kecil sebegini
merosakkan majlisnya.
“Fira, awak masih tak boleh contact diakah?” Safira menggeleng
perlahan. Hanna memicit dahinya perlahan.
Dia perlukan pengganti. Tapi, siapa?
Tak akanlah dia sendiri ingin menjadi model kot? Macam pelik ja? Walaupun kebanyakan
artis menjadi model kepada produknya sendiri, tapi ini masih sebuah majlis.
Dia perlu berada di bahagian VIP.
Dia perlu berada di sisi perasmi. Walaupun perasmi itu suaminya sendiri, dan
dia boleh menggunakan idea ini sebagai jalan untuk melarikan diri daripada
suaminya.
“Puan, puan ada masalahkah?” dia
tersentak apabila seseorang menyapanya. Cantik. Dia yang perempuan pun terpegun
dengan kecantikan perempuan ini. Apatah lagi, mata si teruna yang melihatnya.
“Boleh tolong saya tak?” dia yakin.
Gadis ini mampu untuk menjadi penyelamatnya. Ketinggian dia persis model.
“Apa?”
“Jadi model saya. Saya minta maaf,
sebab perkara ni tiba-tiba. But, please. Be my model,”
“Okay,” terbuntang mata Hanna
dibuatnya. Betulkah apa yang didengarnya tadi?
“Betul?” gadis itu mengangguk
sekali.
“Lagipun, saya memang seorang
model,” Hanna tersenyum lebar. Gadis itu dipeluknya erat.
“Nama awak?”
“Ezra Roseline. Just call me Rose,” Hanna mengangguk perlahan. Dia segera membawa
Rose ke arah Safira. Thank, God! Dia
berjumpa juga dengan seorang pengganti.
“Nanti, Fira akan bagi tahu awak,
apa yang perlu awak buat,” dia memandang ke arah Safira yang terpinga-pinga.
“Fira, ini pengganti kepada model
tadi. Rose,” Safira mengangguk perlahan dan terus membawa Rose pergi ke arah
bilik make up.
Hanna menghela nafasnya perlahan.
Satu bab selesai!
Hanna melangkah perlahan ke arah
Harraz dan Haisya yang berada di satu sudut. Mereka amat ralit dengan buku yang
diberikan.
“Harraz, Haisya. Dengar cakap mommy.
Harraz dengan Haisya kena behave.
Dengar cakap Kak Fira, boleh?”
Harraz dan Haisya mengangguk laju.
Hanna tersenyum lebar. Dia mengucup dahi kedua-dua anaknya sebelum melangkah
keluar ke dewan.
Dia memandang dewan itu untuk kali
terakhir. Alhamdulillah, majlis ini dapat diteruskan dengan jayanya.
QARIZH membetulkan
kot yang dipakainya. Di dalam otaknya sarat dengan pelbagai soalan.
“If
it’s either make she’s yours or let her go, then make she’s yours.”
Kata-kata Qairul kembali muncul di
mindanya. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin. Apa tindakan yang perlu dia
ambil ketika ini?
Bip!
Dia tersentak apabila telefon
bimbitnya berbunyi. Dia mencapai telefonnya. Mesej daripada Qairul dibacanya.
Qairul : Kau dah buat keputusan?
Qarizh menutup kembali telefonnya.
Keputusan? Otaknya sudah ada keputusannya. Hatinya sudah bulat dengan perkara
ini.
No comments:
Post a Comment