Friday, 10 February 2023

QUEEN : BAB 77

 Bab 77

“SO, you gonna marry my sister? Apakah ini? Hukum karma?” Qarizh merenung ke arah Qairul. Kedua-dua mereka duduk di atas buaian itu. Menghadap ke arah pokok-pokok hiasan yang ditanam oleh mama.

            “Kita tak boleh pilih jodoh kita, Riz. Semuanya adalah satu ketentuan,” Qairul membalas.

            “So, this is why.. Sebab kau suruh aku kawal diri aku sendiri. Sebab kau cakap kau tak nak jaga Hanna lagi. Kau nak kahwin? Dan, pengantin perempuannya ialah adik aku sendiri?” Qarizh tersenyum sinis.

            “Kau pernah tanya aku soalan ni.. 1 universe, 9 planets, 204 countries, 809 island and 7 seas. Out of this option, my question is, why you choose Rose?” Qarizh kembali menyandarkan tubuhnya di buaian itu.

            “Dan, kau pernah jawab. Sebab dia adalah dia. Bukan, disebabkan nama keluarganya. Bukan,disebabkan harta yang berada di bawah nama dia. Bukan, disebabkan harta yang dimiliki oleh keluarganya. Mengahwini Rose, bukanlah satu urus niaga,” Qairul memandang ke arah Qarizh. Qarizh tersenyum sinis.

            “The most precious posession that ever comes to a man in the world is woman’s heart. Don’t hurt her heart, atau kau yang akan tanggung kesannya nanti,”

            Pandangan mereka bersatu. Tajam dan penuh amaran.

            “Take care of my little sister. Seperti mana kau jaga dan lindungi Hanna, jaga Rose dan sayangi dia,” Qarizh bangun dari duduknya. Bahu Qairul ditepuk perlahan sebelum dia berlalu pergi daripada buaian itu.

            Qairul hanya membeku di situ. Kata-kata yang pernah dilemparkannya dulu, kini kembali diungkapkan kepada tuan punya bicara.

 

“ABANG cakap apa dengan abang Qairul?” Hanna merenung ke luar. Tangannya diletakkan di atas penghadang balkoni. Suasana malam ini menenangkan hatinya.

            “Nothing. Men’s talk,” balas Qarizh. Matanya ralit merenung majalah Business. Duduknya bersahaja.

            Hanna memalingkan dirinya. Matanya memandang Qarizh yang sedang duduk di atas kerusi yang terletak di balkoni itu.

            “Men’s talk? Salah satu idea untuk tak benarkan perempuan untuk bertanya lebih. Just like girls’ talk. And girl’s night,” Hanna menjeling tajam ke arah Qarizh. Tangannya memeluk tubuh.

            “Tahu tak apa,

            Hanna membuntangkan mata. What?! Itu sahaja jawapan dia. Qarizh, you are really unpredictable. 

No comments:

Post a Comment