BAB 6
“Hiding your feeling isn’t the easy way out, but sometimes it’s the only thing that you can do,”
“JANGAN turun bawah. Biar saya yang uruskan Harraz,” Qarizh menyuakan tali lehernya kepada Hanna. Berkerut kening Hanna dibuatnya. Kerja kat rumah ja, perlu pakai tie ka?
“Saya ada meeting, pukul 11 hari ni,” lincah tangan Hanna mengikat tali leher itu. Sudah menjadi sebahagian dari rutin hidupnya.
“Mereka lunch kat mana?” Qarizh mengerutkan kening. Dia merenung Hanna.
“Makan kat sini. Kenapa, awak nak masak ke?” Hanna mengangguk. Qarizh menggelengkan kepalanya.
“No. Kak Mia ada. Biar dia yang masak. Jangan turun dari katil. Anything, call me. Nanti, Kak Mia akan hantarkan bubur,”
Qarizh terus berlalu keluar dari bilik. Hanna menghela nafas. Macamlah dia lemah sangat. Tapi, dalam masa yang sama, dia terfikir, apa perkara yang membuatkan lelaki itu marah semalam?
HARRAZ berjalan menuju ke arah meja makan dengan penuh bahagianya.
“Hai, daddy!” dia menyapa daddynya yang melangkah ke arah meja makan. Qarizh terus mendukungnya.
“Siapa yang siapkan Harraz?” Qarizh menyentuh rambut Harraz yang basah sebelum menempatkannya di atas kerusi.
“Aunty Mia,” Qarizh mengambil tempat di sisi Harraz. Berkerut kening Harraz dibuatnya.
“Mommy mana, daddy?” tanya kanak-kanak becok itu. Seketika, Qarizh terpandang Shakira yang menghampiri meja makan.
“Mommy kat atas. Hari ni, daddy yang take care Harraz. Okay?” Harraz mengangguk laju.
“Mommy sakit?” Qarizh mengangguk perlahan.
“Sakit? Kenapa? Harraz tak naughty pun,” Harraz bersuara manja. Matanya berkaca. Qarizh terus memegang pipi Harraz. Mengusapnya lembut.
“Mommy sakit, bukan sebab Harraz. Harraz, Harraz nak adik tak?” Qarizh bertanya lembut.
“Baby?” Qarizh mengangguk lagi. Harraz tersenyum lebar.
“Nak!! Kawan Harraz semua ada baby!” Harraz menjerit kuat. Qarizh mengusap lembut kepala Harraz.
“Sekarang, dalam perut mommy ada baby. So, mommy tak larat. Okay?” Harraz menngangguk laju. Dia terus menunjukkan ke arah mi.
“Harraz nak tu,”
“Boleh ambil sendiri kot? Mengada-ada,” terdengar suara Shakira perlahan. Qarizh merenung Shakira tajam. Shakira kembali merenungnya. What?
Qarizh menahan rasa. Dia ingin mencapai senduk namun Kak Mia menghalangnya.
“Tuan, biar saya yang buat,” Kak Mia terus mengambil tugasan Hanna. Setiap kerenah Harraz dilayannya.
“Tuan nak makan apa?”
“Saya nak nasi,” Kak Mia terus menyenduk nasi untuk Qarizh.
“Mana isteri kesayangan? Sakit sampai tak boleh uruskan suami sendiri ke?” Shakira bersuara sinis. Qarizh hanya mendiamkan diri.
“Mengada-adanya. Like mom, like son. Kan Harraz?” Harraz menjeling Shakira tajam. Cukup tidak betah dengan kehadiran ibu tirinya itu. Shakira tersenyum sinis.
“Just shut it, Kira,” Qarizh bersuara perlahan. Shakira tergelak.
“Marah ke?” Qarizh merenung Shakira tajam. Memberi amaran menerusi matanya. Shakira tersenyum sinis.
Kak Mia mengucap perlahan. Bukannya puan minta untuk sakit. Dia sakit kerana mengandungkan anak tuan. Apa yang Kira tahu? Dia tidak tahu kesusahan dan keperitan seorang ibu yang mengandung. Bukannya dia pernah mengandung pun. Cakap ja besar!
QARIZH menyemak fail-fail. Dia menyerahkan beberapa fail kepada Dayyan.
“Give it back to them dan suruh mereka perbetulkan,” ujar Qarizh. Sekilas matanya terpandang Shakira yang ingin melangkah keluar dari rumah.
“Where are you going, Kira?” suaranya menghentikan langkah Shakira. Shakira berpaling. Dia melemparkan senyuman yang paling menawan kepada suaminya.
“And, why do you care Riz?” ujar Kira sinis sebelum berlalu keluar dari rumah.
Qarizh menganggukkan kepalanya perlahan. Dia nak bermain dengan api. Go ahead.
“Dayyan, block kad Kira,” arahnya. Dayyan tersentak.
“Pardon?” Qarizh merenung Dayyan tajam. Tak akan tak dengar kot?
“Oh, okay. Nanti saya buat,” Qarizh kembali menyemak fail. Sekejapan dia meneliti laptopnya.
“Ratna free bila?”
“Hah?” Qarizh memandang Dayyan tajam.
“Sejak bila kau pekak ni?” ujarnya tak puas hati. Dayyan menggaru kepalanya yang tak gatal.
“Suruh Ratna tengok-tengokkan Hanna,” arahnya. Dayyan mengangguk laju. Dia terus menghantar pesanan tersebut kepada Ratna.
HANNA melangkah turun dari tingkat atas. Kadang-kadang, dia terfikir. Kenapa tangga ini perlu lead kepada ruang tamu? Cuba buat tangga ini lead ke dapur? Tak usah aku fikir seribu kali untuk turun.
Dia melangkah penuh berhati-hati. Mengharapkan pekerja-pekerja yang bersama dengan Qarizh tidak perasan akan kehadirannya.
“Puan. Puan sihat?” Oh damn!
Hanna berpaling ke arah mereka. Setiap seorang daripada mereka berdiri untuk menyapanya. Qarizh hanya mendiamkan diri dan melakukan kerjanya. Dia memang sentiasa beku.
“I’m okay. Thanks for your concern. Just go ahead and do your job,” Hanna bersuara. Kemudian, dia membawa diri ke dapur. Lagi lama dia kat situ, lagi banyak soalan terbit dari mulut mereka.
“Sibuk ke Kak Mia?” Hanna menyapa. Terkejut Kak Mia dibuatnya. Terbuntang mata Kak Mia.
“Kenapa puan kat sini? Puan kan tak sihat. Puan stay ja kat atas. Nanti saya bawakan makanan untuk puan,” Hanna menggelengkan kepalanya.
“Saya rasa saya dah okay. Jom, masak! Kita nak masak apa? Let me give you a hand,” Hanna tersenyum lebar. Dia membawa bekas yang penuh dengan bawang lalu menempatkan diri di meja. Bawang itu dikupasnya.
“Puan, nanti tuan marah saya macam mana? Tak beranilah saya dengan tuan tu. Garang sangat,” Kak Mia mengambil tempat di sisinya.
“Don’t worry. Dia tak akan marah awak. Berani dia nak marah awak? Saya akan defend awak! Jangan risaulah,” Hanna terus menyambung kerjanya.
Cooking and baking are her favourite. Qarizh perlu tahu tu. Sesuka hati dia ja nak menghalang aku buat apa yang aku suka.
“Saya takut, puan. Tadi tuan marah Kira. Kira pun kena marah, saya macam mana, puan? Tak beranilah saya nak ambil risiko,” Kak Mia mencapai bekas itu dan meletakkannya jauh dari gapaian Hanna.
Hanna ingin mencapai bekas itu tapi kata-kata Kak Mia lebih menarik perhatiannya. Qarizh marah Kira?
“Kenapa dia marah Kira?” kerjanya ditolak tepi. Gosip ini lagi penting untuk diambil tahu.
“Dia tak adalah marah sangat. Biasalah, tuan kan jenis senyap. Tambah-tambah Harraz ada sekali. Memang tuan tak bersuaralah. Tapi, nampaklah yang Kira dengan tuan tengah bergaduh sekarang ni. Puncanya puan tahu tak?” Kak Mia bersuara.
Hanna mengerutkan kening. Kenapa pula nak gaduh pasal aku? Aku tak campur urusan mereka berdua pun. Siap menghalau Qarizh ke Kira lagi adalah.
“Kenapa nak gaduh pasal saya pula? Saya bukannya ambil tahu tentang urusan hidup mati mereka pun,” Hanna bersuara.
“Biasalah, puan. Cemburu lah tu,” Kak Mia tersenyum lebar.
“Bukan patutnya saya ke yang cemburu? Saya kena kurung kat rumah, tapi Kira bebas terbang sana sini. Sebut ja nak pergi mana? New Zealand? Australia? Pakistan? Cakap ja. Confirm dapat tiket, terus fly. Saya? Syarat nak pergi, boleh, tapi mesti ada dia,” Hanna bersuara. Tak puas hati.
“Puan lain. Kalau puan pergi, mesti Harraz ikut sama. Tuan mana boleh berpisah dengan anak dia,” ujar Kak Mia.
Hanna terus menyambung tugasannya. Ini adalah isu ketidak adilan tahu tak?! Dia pun nak pergi melancong juga.
HARRAZ melangkah masuk ke dalam rumah. Terkejut dia apabila melihat ramai orang di ruang tamu rumahnya. Daddy?
“Daddy!!” Harraz terus berlari ke arah Qarizh. Terkejut Qarizh dibuatnya. Dia menyambut Harraz lalu meletakkan Harraz di ribanya.
“Daddy, what are you doing?” Harraz mengerdipkan mata sekali. Dia merenung wajah asing yang ada di rumahnya.
“Daddy work?” Qarizh mengangguk perlahan. Harraz menganggukkan kepalanya. Tanda memahami.
“Mana beg sekolah?” Qarizh bersuara.
“Ada kat uncle Megat,” Harraz menjawab.
“Hai, uncle Dayyan!!” Harraz menyapa Dayyan dengan bahagianya. Dia melambaikan tangan. Teruja.
“Hai, sayang!” berkerut kening Harraz dibuatnya.
“I’m Harraz not sayang,” kanak-kanak itu bersuara. Dayyan tersenyum lebar.
“Ya, Harraz. Uncle tahu. Harraz baru balik school?” Dayyan bersuara. Harraz bermain dengan jari Qarizh.
“Haah,” dia merenung wajah asing di rumahnya.
“Hai, uncles! Aunties!” dia melambaikan tangannya. Pekerja-pekerja itu menyapanya. Melambaikan tangan ke arahnya.
“Nama penuh Harraz apa?” tanya seorang perempuan.
“Qarizh Harraz Hickman,” jawabnya. Pekerja-pekerja itu mengangguk perlahan. Comel.
HANNA menghela nafasnya. Budak becok tu dah balik. Mengganggu daddy dia lah tu.
“Kak Mia,” dia memanggil Kak Mia yang sedang leka membuat kerja.
“Ya, puan,”
“Can you do me a favor?”
“HARRAZ nak duduk dengan daddy,” Harraz bersuara. Qarizh mengecilkan matanya. Boleh percaya ka budak ni?
“Jangan kacau daddy work, okay?” Harraz mengangguk laju. Qarizh mencapai kertas kosong. Dia memberikan kertas itu kepada Harraz.
“Harraz lukis okay. Daddy nak kerja,” Harraz mencapai kertas itu. Dia terus turun dari ribaan daddynya. Pen milik daddy diambil lalu diconteng ke atas kertas itu.
Baru dia nak menconteng, bahunya dicuit lembut. Dia berpaling.
“Jom, kita pergi kat mommy,” Kak Mia bersuara. Harraz menggeleng.
“Harraz nak duduk dengan daddy,” balas Harraz.
“Mommy panggil. Tak nak jumpa mommy ke?” Kak Mia memujuk lagi. Kanak-kanak macam Harraz ini kena banyak berdiplomasi.
“Harraz nak daddy!!” jeritan Harraz bergema. Kak Mia menutup mata. Malu Harraz oi.
“Akak. Let him be. Nanti dia kacau Hanna pula,” Qarizh bersuara. Kak Mia mengangguk perlahan. Harraz terus berpaling. Memandang kertas. Dia terus menconteng kertas tersebut. Mengabaikan Kak Mia yang ingin memujuknya.
Kak Mia mengangguk perlahan sebelum membawa diri ke dapur.
“DIA nak daddy dia ke?” Hanna menyapa Kak Mia yang baru masuk ke dapur. Kak Mia mengangguk perlahan.
“Tak apalah, nanti saya pujuk dia. Sekarang, mungkin dia tak kacau daddy dia lagi. Tengoklah nanti, bosan sikit, habis semua orang diganggunya,”
Hanna bersuara tenang. Dia menutup api. Selesai satu lagi hidangan.
No comments:
Post a Comment