Monday, 20 December 2021

QUEEN : BAB 14

 Bab 14

DIA memarkirkan keretanya. Seketika, dia mengeluh perlahan. Dia merenung persekitaran. Kenapa gelap sangat ni? Abang ni biar betul. Takkanlah ada restoran tempat tersorok macam ni kot?

            Hanna keluar dari keretanya. Kat situ ada tanda, restoran depan lagi. 150 meter. Dia memandang kereta abangnya yang sedang elok terparkir. Great! Nasib baik aku pakai kasut flat, walaupun tak flat mana, base ja flat, ada heel sebenarnya. Tapi, aku tetap tak suka untuk berjalan sejauh 150 meter lagi.

            Perlukah aku jalan sejauh ini untuk merosakkan satu blind date? Cukup tak masuk dek akal. Relaks, Hanna. Kita kena relaks ja. Tak boleh stress, stress. Nanti cepat tua. Dahi pun berkedut, nanti. Dia terus mengunci keretanya.

            Sebelum dia sempat berpaling, ada tangan yang menutup mulutnya dan mengunci pegangannya.

            “Bagi semua benda yang kau ada,” bisik lelaki itu tempat di telinganya. Hanna berdesis geram. Tengah aku mengamuk ni, boleh pula kau nak cari pasal!

            Hanna terus menyiku perutnya dengan tangan, dan dia mengilas tangan lelaki tersebut. Apabila dia berpaling, terkedu dia apabila melihat beberapa lelaki lain di belakangnya.

            Macam mana aku nak lawan ni? Satu lelaki bolehlah tumbang, ini 4 orang. Adoi! Kalau nak merompak, buat kerja seorang diri dahlah! Tak payahlah nak bawa geng!!

            Hanna tersengih. Yang penting kita kena lawan dulu kan? Adoi, menyesal pula tak bawa bodyguard.

            Dia terus menolak lelaki itu kepada kawannya.

            “Cik abang, tak gentle lah macam ni. Takkan 4 nak lawan 1. Mana boleh bang,” Hanna bersuara selamba.

            “Kalau cik adik nak kami gentle, bagi lah semua barang tu. Dompet, handphone, kunci kereta. BMW. Look nice!” lelaki itu bersuara selamba.

            Aku ni memanglah perempuan. Tapi, aku juga pemegang tali pinggang hitam tae kwon do. Dan, aku pernah praktis lawan dengan body guard. Ini Hanna lah. Pantang menyerah sebelum berlawan.

            “Cik abang. Saya ni memanglah perempuan, tapi saya garang tau,” Hanna bersuara geram. Lelaki itu tersenyum sinis.

            “Kisah pula aku?” dia bersuara selamba.

            Amboi! Hanna mencapai telefon bimbitnya.

            “Argh. I really hate doing this,” Hanna mendengus perlahan. Nombor 1 ditekan sebelum dia melemparkan beg tangannya kepada 4 orang lelaki itu.

            “Macam ni kan senang? Kita tak perlu guna kekerasan,” lelaki itu bersuara. Hanna tersenyum sinis.

            “Kekerasan? I wish you’ll be alive, then,” Hanna menyandarkan tubuhnya ke kereta. Wajah 4 lelaki tadi berkerut. What?

Tiba-tiba, sekumpulan lelaki berdiri di hadapannya. Inilah my bodyguard. Sentiasa ada di mana saya perlukan, kan?

            Wajah 4 lelaki tadi berubah. Hanna melangkah ke hadapan.

            “Mind if I get my handbag back?” Hanna terus merampas handbagnya semula. Dia mengusap lembut handbagnya. Ini handbag edisi terhad, tau!

            Kemudian, dia terus berlalu dari situ. Meninggalkan 4 orang lelaki tadi bersama body guardnya.

            Lain kali nak merompak, siasat dulu. Ada ke patut nak rompak Qaireen Hanna Al-Haytham. Over my dead body!

            Rambutnya diselak ke belakang sebelum langkahnya dibawa penuh yakin.

 

HANNA melangkah perlahan. Dia mencari di mana mangsanya. Oh, there she is. Giggling and laughing. Abang aku cukup pakej kan? Tahu, because I am a beauty. As beautiful as a queen.

            Hanna terus melangkah menghampiri abangnya. Perlahan, dia mengucup pipi abangnya sebelum dia duduk di sisi abangnya. Dapat dia rasakan mata perempuan itu. Memandangnya tajam seakan helang ingin menerkam mangsanya.

            “I am sorry sebab I lambat,” Hanna memandang meja. Mereka dah order dan mereka dah dapat makanan. Jelas menunjukkan betapa lambatnya dia.

            “Sorry lah you. But, before I jelaskan, let me order first. Waiter,” Hanna mengetipkan jarinya perlahan. Memanggil pelayan itu kepadanya.

            Selepas dia order makanan, dia terus memandang perempuan itu. Setahu aku, nama dia Raisha. Anak kepada empunya RS Holding. Okay, tak kisah pun. Aku ada Al-Haytham okay?

            “Sorry for the late introduction. Nama saya..”

            Bang! Perempuan itu menghentakkan beg tangannya dan kemudian berlalu dari restoran tersebut.

            Hanna menyelak rambutnya. Dia hanya merenung langkah perempuan itu.

            “Baru ja nak acting lebih. Tak dapat nak tonjol bakat lakonan Hanna. Spoilt ja,” Hanna bersuara selamba. Dia merenung wajah Qairul.

            “Kenapa Hanna lambat? Aku fikir kau dah tak datang. Baru nak memikirkan hukuman mandatori yang sesuai,” Qairul bersuara selamba. Dia terus mencapai sudunya.

            Hanna terus menangkap tangannya.

            “Sopan sikit. Hanna tak dapat makanan lagi,” Qairul menjongket kening.

            “Ada nampak macam aku kisah?” balas Qairul. Hanna menghela nafas lemah. You are disappointing, Qairul.

            Tiba-tiba, kerusi di hadapannya ditarik. Qarizh. Suapan Qairul serta-merta terhenti.

            “What a coincidence, kan?” Hanna bersuara girang. Qairul menggetap bibir. Kebetulanlah, sangat!

            “A beautiful coincidence, I guess,” Qarizh membalas.

            “Apa L2 buat kat sini?” Qairul menyandarkan badannya. Memerhati seorang lelaki berkot hitam yang menghampirinya.

            “Cik, kami diminta oleh Tuan untuk tak biarkan cik seorang diri,” senyuman Hanna pudar. Dia merenung ke arah L2.

            “Dia buat apa?”

            “Saya tak nak,”

            Serentak, pertanyaan itu keluar dari mulut Qairul dan Hanna. Hanna menjeling ke arah Qairul. Tajam.

            “Nanti, Hanna bagi tahu abang. L2, saya tak nak sebarang body guard. Just be on stand by. Rimas tau tak?” muka L2 tak beriak. Okay, macam mana dia boleh buat poker face? Teringin juga. Menyembunyikan kesedihan di sebalik muka tak beriak. Menyembunyikan kemarahan. Fuh, terror!

            “Bagi tahu abang dulu. L2, dia buat apa kali ini?”

            “Ada orang nak rompak dia,” L2 bersuara. Muka Qairul berkerut. Qarizh kekal di situ. Pegun.

            “Rompak? Kenapa tak culik terus? Banyak sangat cakap,” Hanna menarik nafas sedalam yang mungkin. Mempunyai abang memang menduga kesabaran.

            “Huh?”

            “Never mind. Lepas ni, body guard khas dia ada 4 orang. Walaupun dia drive sendiri, guard dia. Saya tak nak benda ni jadi lagi,” tegas suara Qairul.

            “Hanna tak nak. Hanna ada tae kwon do, okay?” Hanna membentak keras. Terus Qairul menggenggam kuat pergelangan tangan Hanna.

            “Auch! Sakit. Sakit. Sakit. Sakitlah abang!” Hanna mencuba untuk menggigit namun Qairul melepaskannya terlebih dahulu.

            “Jangan nak tunjuk diri tu kuat. That’s all, L2. Awak tunggu kat luar,” arah Qairul. L2 hanya menunduk dan berlalu. Hanna mencebik geram.

            “Hanna boleh jaga diri!”

            “Abang tak percaya. Dah, jom balik,” Qairul terus bangkit dari kerusinya. Hanna terpana. Habis, Qarizh di hadapannya ni macam mana? Nak campak masuk dalam hutan?

            Dia memberi isyarat tangan namun tidak dipedulikan oleh Qairul. Tanpa kata, Qairul terus menarik Hanna pergi.

            Qarizh menongkat dagu. So, that’s how they want to play. She’s amazing. I’m getting more interest into her.


p/s: written by 18 years old me.

No comments:

Post a Comment