BAB 10
“26 letters, 10 digits, hundreds of emojies. But, still BACKSPACE had more stories to tell,”
HANNA meletakkan pavlova di atas meja. Berhadapan dengan Qarizh yang khusyuk membuat kerja.
“Makan,” Hanna bersuara sepatah. Qarizh mendiamkan diri. Matanya hanya memandang laptop. Sepatah tidak bersuara. Memandang pinggan itu pun tidak.
“Berhentilah kerja dulu. Hidup bukan untuk kerja ja,” Hanna bersuara. Namun, tidak dibalas oleh Qarizh. Dia mencapai fail yang lain tetapi tangan Hanna pantas menarik fail itu. Laptop Qarizh dicapai lalu ditutupnya.
Qarizh merenung Hanna lama. Apabila mata mereka bertembung, hati Hanna menjadi gentar. Pandangan itu. Mata itu. Beku. Tiada perasaan lagi. Seperti dahulu. Sewaktu pertama kali, mereka sah bergelar suami isteri.
“Abang kenapa?” Hanna bersuara perlahan. Gentar di hatinya jadi lagi. Tangannya menggigil. Dia takut dengan diri Qarizh yang ini. Selama beberapa tahun, dia mencuba untuk menghilangkan kebekuan dari mata itu.
Biarpun, tidak seberapa. Beku itu semakin cair. Dan, jiwa itu semakin lembut. Apabila matanya beku seperti dulu, Hanna menjadi takut. Takut dengan kebenaran itu.
Qarizh mencapai pinggan itu. Pavlova itu dimakannya tanpa perasaan. Habis sahaja pavlova itu dimakannya, dia terus berlalu dari situ.
Hanna pegun di situ. Dia menelan liur. Matanya dipejam perlahan.
DIA terjaga daripada tidur. Hanna menyentuh bahagian tepi katilnya. Kosong. Tiada orang. Matanya terbuka. Sekarang dah pukul berapa? Kenapa Riz dah tak ada?
Dia mencapai telefonnya. Baru 4.30 pagi. Where is him? Seketika, pintu terbuka dari luar. Muncul Qarizh dari balik pintu itu. Lelaki itu memakai sweater. Berkerut kening Hanna. Dia dari mana?
Hanna bangkit dari perbaringannya.
“Abang dari mana?” Qarizh tersentak. Dia hanya mendiamkan diri dan membawa dirinya ke sofa.
Dan, Hanna tahu, dia tak akan dapat jawapannya. Sejenak, Qarizh merasakan ada sesuatu di sebalik sofa itu. Dia mencapai bekas itu. Asam!
Dia terus membaling bekas itu ke atas katil. Tepat di hadapan Hanna. Kasar. Tegas. Marah. Hanna mengetap bibir. Dia dah tahu!
“Buang sebelum aku marah!” arah Qarizh. Hanna menutup mata. What happened to you, abang?
“ABANG,” panggil Hanna lembut. Menghentikan Qariz dari melangkah keluar dari bilik.
“Hari ni, Qairul balik Malaysia. Hanna nak jumpa dengan dia, boleh tak?” Hanna bersuara perlahan.
“No,” putus Qarizh. Hanna tersentak. Jumpa abang sendiri kot noh! Qarizh melangkah setapak sebelum jeritan Hanna memakukannya.
“Hanna nak jumpa abang sendiri pun tak bolehkah?! Hanna tak pernah keluar! Hanna just duduk dalam rumah sahaja sepanjang beberapa tahun ni! Permintaan Hanna ni sikit ja berbanding permintaan Kira! So, why?! Why I can’t go out?! He’s just my brother!! He’s related to me by blood!! Hanna tak jumpa dia dah lama, so why?! Why?!”
“I said no, then no! Kau tak faham bahasa ka?!” Qarizh membalas kasar. Hanna terdiam. Dia menggetap bibir. Qarizh terus berlalu pergi dari situ,
Hanna meraup rambutnya kasar. Telefonnya diambil. Mesej kepada Qairul dihantar. Memohon maaf kerana tak boleh mengambilnya di airport.
Kau memang tak guna, Riz!!
“KENAPA Kak Mia rajin sangat ni? Buat nasi lemak bagai,” ujar Hanna sambil mencendok sambal ke dalam mangkuk.
“Tak rajin aih. Dah, tuan minta, Kak Mia buat lah. Biasalah, orang mengidam,” Kak Mia membalas lembut.
Hanna diam. Dia mengidam. Tapi, dia langsung tak bagi tahu aku? Kiranya, hari tu dia keluar waktu pagi-pagi buta sebab dia mengidam lah? Sepatah pun dia tak pernah bagi tahu aku!
“Puan?” Hanna tersentak. Dia memberikan senyuman kepada Kak Mia. Senyuman itu tawar. Tanpa rasa lagi.
Jujur, hatinya terasa ketika ini. Sudah beberapa minggu, dirinya diabaikan. Seolah-olah dia yang buat salah. Tambah-tambah, dengan kes pagi tadi, lagilah dia terasa dengan Qarizh. Tergamak lelaki itu buat dia begini. Dia tak buat sebarang kesalahan pun! So why?
Lelaki itu hanya mendiamkan diri kecuali dengan Harraz. Walaupun semakin suram layanannya, dia tetap mencuba untuk tersenyum di samping Harraz.
SHAKIRA mendengus kasar. Hancur barang-barang mekapnya. Dia membuka bekas foundationnya. Kosong.
Dia menggetap bibir. Ini dah melampau! Habis hancur segalanya. Contact lense terkeluar dari bekasnya. Bilik make upnya in a big disaster right now!
“HARRAZ!!!”
HARRAZ khusyuk bermain lego. Satu persatu lego itu digabungnya menjadi sebuah bangunan besar. Yeay! Dia tersenyum bahagia apabila dia berjaya membina rumah.
“Harraz!!” terdengar jeritan ibunya dari atas. Dia terdiam. Terkejut.
“Kau datang sini! Kau memang nak kena dengan aku! Habis barang aku, kau buat jadi mainan! Tak cukup lagi ke semua permainan yang mak kau beli kat kau?! Perlu ke kau kacau barang aku?!” Kira menjerit kasar.
Dia menarik telinga Harraz. Tubuh Harraz dipukul berkali-kali. Budak ni memang nak kena! Kalau murah barang mekapnya, tak apa! Ini ribuan dia habiskan untuk membeli mekap tu!!
Menangis kanak-kanak itu dibuatnya.
“Sekarang kau menangis?! Tadi, waktu kau buat, kau tak fikir akibatnya?! Hah, Harraz?!!” Kira menjerit kuat.
HANNA terus meluru keluar dari dapur. Tengkingan berterusan dari Shakira membuatkan dia takut. Takut jika apa-apa terjadi kepada anaknya.
Dia terus menghampiri Kira. Dia cuba menarik Kira. Menghentikan perbuatannya.
“Kira, stop it! Dia budak kecil lagi! Dia tak pandai fikir lagi, Kira!” Hanna menjerit kuat. Tangisan Harraz merobek jantungnya. Harraz tak pernah dipukul sebegitu.
“Kau diam, Hanna! Biar aku yang ajar budak ni! Sesuka hati dia ja nak buat macam-macam!!” dia menarik tangannya kasar dari tarikan Hanna.
Tarikannya yang kasar itu membuatkan Hanna salah langkah. Terjatuh dirinya di atas rumah yang diperbuat dari lego itu.
“Argh! Kira, sakit!” Hanna menarik lembut seluar Kira.
Kira berpaling ke belakang. Terpaku dirinya melihat Hanna sedang terbaring lemah di atas lantai. Dia melihat kaki Hanna. Ada darah di situ.
“Hanna!!!” tempikan seorang lelaki, membatukannya. Dia pandang sekilas ke arah lelaki itu. Unknown.
“Kau buat apa dengan adik aku?!”
No comments:
Post a Comment