Friday, 10 February 2023

QUEEN : BAB 72

 Bab 72

HANNA menahan nafas sedalam yang mungkin. Gerun dia dengan kelajuan kereta yang dipandu oleh Qarizh ini. Menyesal dia tak memandu kereta ni tadi.

            Hanna mengerlingkan matanya ke arah meter kelajuan. 130km/h dan sedang meningkat ke 140 km/h. Oh my God! Ada juga kena tanam 7 kaki ke bawah ni. Tak lama dah ni!

            Dia menarik nafas. Dia tidak tahu sama ada tindakan ini berkesan ataupun tidak, tetapi dia perlu mencuba. Dia perlu sejukkan hati Qarizh yang membara. Nasiblah, dia tak ditinggalkan seorang diri di restoran tadi. Kalau tak, ada juga dia naik teksi tadi.

            Hanna menyentuh perlahan tangan Qarizh yang erat menggenggam stereng. Urat-urat hijau sudah mula timbul di tangan kekar itu. Seakan dia menggenggam sesuatu dengan sangat erat. Tangannya mengusap lembut tangan itu.

            “Abang,” lembut suaranya memanggil lelaki itu. Kalau dah namanya api, kita kena sejukkan dengan air.

            “Don’t!” Hanna terdiam.

            “Don’t talk to me! Don’t comfort me! Don’t come to me! I’m okay by myself. Just, give me some time,”

            Hanna merenung sisi wajah Qarizh. Wajah lelaki itu sudah hilang senyumannya, sudah hilang kelembutannya. Yang tertinggal hanya kebekuannya dan kemarahannya.

            Tapi, dia tak boleh biarkan lelaki ini sendiri. Dalam keadaan emosinya yang tak stabil. Berbagai kemungkinan akan berlaku. Dan, dia tak sanggup untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan itu.

            Tapi, buat sementara waktu ini. Dia perlu mendiamkan diri dan membiarkan lelaki ini sejuk sendiri. Hanna memandang signboard. Dia tidak tahu arah tujuan Qarizh ketika ini. Yang penting, pemanduannya ini menjauhi Kuala Lumpur. Meninggalkan negeri tanpa laut itu.

            Hanna hanya mampu menghantar mesej kepada Kak Mia. Memaklumkannya bahawa dia tidak balik ke rumah malam ini. Memesannya untuk menjaga anak-anaknya.

 

“ANGAH,” petikan gitarnya terhenti. Dia mengangkat muka. Memandang adiknya yang sedang merapatinya.

            “Along tu, dia dah banyak terluka kan?” Ezra menghela nafas perlahan.

            “Angah tak boleh salahkan dia. Betul cakap along, kita tak ada di sisi dia. Kita tak tahu kesengsaraan dia. Dia seorang diri. Banyak benda yang mengubah dia. Banyak perkara yang menjadikan hati dia sebeku itu,” Ezra meletakkan gitarnya ke tepi. Matanya difokuskan kepada adik bongsunya.

            “Adik rasa bersalah. Adik tak faham dia. Adik hanya bercakap menurut pendapat adik sendiri,” Rose menundukkan wajah. Ezra hanya tersenyum nipis.

            “Dalam hal ini, tiada sesiapa yang bersalah. Jangan salahkan diri sendiri. Dalam situasi ini, kita hanya mampu bergantung kepada kak long. Hanya kak long yang mampu lembutkan hati along sekarang ni,” Rose bermain dengan jari-jemarinya.

            “Kalau kak long tak nak tolong kita macam mana?”

            “She will. Kak long akan kembalikan semula kebahagiaan keluarga ini. Percayakan dia. Kak long tak akan sanggup tengok along terluka lagi. Dia sangat sayangkan along,”

            Ezra merenung ke arah keheningan malam. Kak long, I believe in you.

 

ESAKAN tangisan itu bergema kuat di dalam ruangan bilik itu. Bertaburan baju bersaiz kecil di atas katil itu. Ashely memeluk erat baju itu.

            Maafkan mama, Riz. Mama tak tahu. Mama tak tahu. Mama tak tahu yang mama dah hancurkan Riz daripada dulu. Mama minta maaf. Maafkan mama, sayang.

            Mama hanya nampak diri mama yang sendirian tanpa Riz. Mama terlupa yang Riz seorang diri tanpa mama. Mama fikirkan papa sudah ada isteri lain. Isteri yang mampu menjaga Riz sebaik mungkin.

            Mama tak tahu yang mama puncanya sikap Riz begini. Mama punca Riz tertekan sebegini. Mama puncanya!!

            Ashley menutup kelopak matanya. Baju itu digenggamnya erat.

            Maafkan mama, sayang. Maafkan mama.

 

HARITH menggenggam erat sofa itu apabila dirasakan langkahnya merapuh. Perlahan, dibawa dirinya untuk duduk di atas sofa itu. Tangannya menggeletar. Jiwanya tak tentu arah.

            “Tuan, nak saya ambilkan ubat?” soalan daripada pembantu rumahnya hanya dibalas dengan anggukan. Dia tak mampu bersuara lagi.

            Apabila ubat dihulurkan kepadanya. Dia segera menelan ubat itu. Mengharapkan ubat itu mengurangkan kesakitan yang hampir merosakkan jiwanya.

            “Sayakah yang bersalah?”

            “Hah?” termangu-mangu pembantu rumah itu. Dia hanya memandang wajah Tan Sri Harith yang penuh dengan tekanan. Penuh dengan kesakitan. Penuh dengan seribu satu emosi yang tak mampu diungkapkan.

            “Sebab sayakah Riz jadi macam tu? Sebab saya terlalu mengejar harta, sebab saya terlalu mengejar kekayaan dunia hinggakan saya terlupa yang kanak-kanak kecil itu perlukan kasih sayang. Kanak-kanak kecil itu perlukan perhatian. Perlukan sentuhan,”

            Air mata menitis perlahan di wajah tua itu. Dia menyandarkan tubuhnya. Matanya dikatup perlahan.

            Papa minta maaf. Papa tak tahu perasaan Riz selama ini. Papa tak tahu kelukaan dalam hati Riz begitu dalam. Dan, semua itu berpunca daripada diri papa sendiri. Disebabkan sikap papa yang ambil endah dengan diri Riz.

            Papa minta maaf, Riz. Papa minta maaf. Papa terlalu mengejar mama Riz, papa terlalu fokus kepadanya. Papa hanya tahu diri papa yang bersalah kepadanya, tetapi papa tak tahu yang hati anak papa ini sudah terluka lebih hebat. Tanpa sedar, papa sudah bersalah kepada Riz.

            Dan, kesalahan itu amat berat untuk dimaafkan lagi.

No comments:

Post a Comment