Friday, 3 February 2023

QUEEN : BAB 40

 Bab 40

HARRAZ merenung ke arah sekeliling. Clear! Dia menarik adiknya untuk mengikuti gerak langkahnya. Secara senyap-senyap. Dia mencuba untuk tidak membuat sebarang bunyi yang menyebabkan Kak Fira perasan akan tindakan mereka.

            Adiknya hanya mengikutinya tanpa banyak soal. Mata Haisya terkedip-kedip memandang abangnya. Entah apalah yang abangnya ini ingin buat?

            Harraz mengheret Haisya menuju masuk ke dalam dewan. Suasana di dewan itu gamat. Dia meliarkan matanya untuk mencari kelibat daddynya.

            Jumpa! Itu daddy! Dia memandang ke arah persekitaran. Dia tak mahu terserempak dengan mommynya. Dia tak tahu apa yang terjadi. Tapi, dia tahu yang daddy dan mommy bergaduh. Dia dah melihat perang mulut yang berlaku antara daddy dan mommy 3 tahun lepas.

            Dan, dia tahu kepergian daddy ke Dubai ada kaitan dengan mommy. Dan, dia dapat merasakan yang mommy sengaja merahsiakan kepulangan daddy daripadanya. Dia rindukan daddy. Haisya tak pernah jumpa daddy. Dan, sebagai abang, dia merasakan dirinya perlu untuk menemukan Haisya dengan daddy.

            “Haisya. Haisya dengar cakap abang,” Haisya merenung dia lama. Muka Haisya seakan cuba memahami apa yang dia ingin cakapkan.

            “Haisya. Tu daddy. Yang pakai kot warna putih tu. Haisya pergi kat daddy,” Haisya mengikut arah jari telunjuk Harraz.

            “Daddy?” dia bersuara. Harraz mengangguk perlahan. Daddy.

            Haisya perlahan-lahan membawa langkahnya menuju ke arah lelaki yang ditunjuk oleh abangnya itu. Daddy. Hatinya bersuara girang.

            Harraz berlalu untuk mencari papa. Dia perlu mengusutkan lagi keadaan. Dia perlu berpisah dengan Haisya. Mommy akan mencarinya. Kak Fira akan mencarinya.

 

“EH, anak siapa ni?” kata-kata itu menyentakkannya. Dia turut memandang ke arah kanak-kanak yang menghampiri meja mereka itu.

            Lelaki di hadapannya terus mengangkat kanak-kanak itu. Tapi, kanak-kanak itu menangis. Wajah budak itu diperhatinya lama. Gaya pakaiannya. Haisya!

            “Daddy!!” kanak-kanak itu menangis. Kalut lelaki itu dibuatnya. Qarizh bangkit dari duduk. Dia mendekati lelaki itu.

            “Meh kat saya,” Qarizh mengangkat Haisya ke dalam pelukannya. Haisya mendiamkan diri. Dia memegang pipi Qarizh. Matanya merenung tunak ke dalam mata Qarizh.

            Qarizh memandang mata hazel itu. Mata itu persisnya.

            “Daddy,” Haisya bersuara. Qarizh mengangguk perlahan.

            “Haah. Daddy,” dia memeluk Haisya erat.

            “Anak Dato’ ka?” Qarizh mengangguk. Lelaki itu nampak bingung.

            “Bukan Dato’ single lagikah?” soalan itu membuatkan dahi Qarizh berkerut. Dia menunjukkan cincin di tangan kirinya.

            “I’m married,” lelaki itu memohon maaf kepadanya sebelum berlalu pergi. Pelik dia dibuatnya. Siapa yang pandai-pandai menyebar cerita bahawa dia masih belum berpunya?

            Whatever. Malas nak fikir. Qarizh kembali duduk di tempatnya. Haisya masih erat memeluknya. Seakan tidak ingin melepaskannya.

            Dan, dia juga tidak ingin melepaskan Haisya. Dia rindu budak ini. Dia rindu sangat-sangat.

 

HANNA mencapai minuman daripada pelayan yang lalu-lalang. Dia mengambil tempat duduk. Ingin merehatkan kakinya yang sudah terlalu lama berdiri. It’s true. Heel gonna kill. Sakit kaki dibuatnya.

            Dia menyisip minuman itu perlahan. Di luaran, mungkin dia tampak lega dengan majlis ini. Iyalah. Majlis ini berjalan lancar seperti yang diharapkan.

            Tapi, di sudut hatinya, dia kecewa. Qarizh langsung tak bersuara. Mahu pun, mengaku kepada orang ramai bahawa mereka suami isteri. Mungkin, dia nampak seperti tidak mahu. Tapi, dia ingin semua orang tahu bahawa Qarizh sudah berpunya.

            Dia ingin semua orang tahu bahawa that fine man is mine. He is taken. By me.

            Dia mengeluh perlahan. Mungkin, ini memang takdir hidupnya. Mungkin, di sudut hati Qarizh sudah tiada namanya. Hatinya perit memikirkan perkara itu. Tapi, dia sedar bahawa dia yang minta semua ini untuk berlaku.

            Dia ingin menjadi the only queen kepada lelaki itu. Dia tak sanggup untuk berkongsi lagi. Adakah dia perlu mengejar? Tak. Dia tak akan. Lelaki itu perlu menghampirinya. Kenapa dia perlu mengejar kalau hati lelaki itu bukan miliknya?

            Dia tak ingin kecewa lagi. Dia tak ingin disakiti lagi. Dia hanya seorang manusia biasa. Dia mampu terluka. Dia mampu disakiti. Dia bukan robot. Dia bukan patung.

            “Puan, puan!” dia tersentak apabila Safira mendekatinya. Kus semangat!

            “Boleh tak jangan terkejutkan saya?” dia bersuara. Agak tegas. Nasib jantungnya masih kuat berpacak di dalam badannya. Kalau terlompat keluar tadi macam mana?

            “Maaf puan. Tapi, Harraz dan Haisya hilang!” terbuntang mata Hanna dibuatnya. Hilang?

            “Awak buat apa? Macam mana mereka boleh hilang?!” sedikit kuat suaranya naik. Dia bangun dari duduknya. Dia mundar-mandir. Kepalanya dipicit perlahan.

            “Tadi, saya main handphone. Bila saya tengok, mereka dah hilang. Maafkan saya puan. Saya tak sengaja,” Hanna mengetap bibir perlahan.

            “Lain kali, main phone tu sampai kiamat!” dia terasa ingin mencepuk Safira. Namun, sedaya upaya dia cuba menahan perasaannya. Hanya matanya jelas menunjukkan marah.

            Safira hanya menundukkan kepalanya. Tak mampu bertembung pandang dengan mata Hanna. Dia tahu semua ini salahnya.

            Hanna cuba berfikir. Ke mana Harraz dan Haisya akan pergi? Sepatutnya Harraz tak tahu yang Qarizh datang ke majlis ini. Jadi, dia akan pergi kepada Qairul. Tapi, ruangan dewan ini besar. Macam mana kalau mereka hilang dalam perjalanan mencari Qairul?

            Macam mana kalau mereka kena culik? Astaghfirullah, Hanna! Jangan fikir bukan-bukan. Mereka okay-okay sahaja. Ya. Separuh hatinya berharap akan perkara itu.

            “Hanna,” dia berpaling ke arah suara yang memanggilnya. Qairul!

            “Harraz kat sini,” Qairul bersuara sambil memimpin tangan Harraz menuju ke arah Hanna. Hanna menghela nafasnya lega.

            “Harraz pergi mana, sayang?” Harraz hanya menunjukkan wajah tak bersalah. Hanna terus memeluk Harraz erat. Dia tak sanggup untuk kehilangan anak-anaknya.

            “Macam mana Harraz boleh melewar macam ni? Nasib baik abang jumpa dia. Kalau tak?” Qairul bersuara tegas. Hanna mengerlingkan matanya ke arah Safira.

            Seakan memberitahu abangnya, bahawa dia tidak bersalah. Yang bersalah orang lain. Orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga Harraz dan Haisya. Speaking about Haisya..

            “Mana Haisya? Harraz, mana Haisya?” Hanna meliarkan matanya di sekitar Harraz. Tiada. Tiada Haisya.

            “Haisya sekali tak adakah? Abang jumpa Harraz ja,”

            Menggeletar hati Hanna dibuatnya. Dia merenung tajam mata Harraz.

            “Harraz, mana adik? Harraz mesti tahu adik kat mana? Harraz!”

            Namun, soalannya hanya menemui jalan buntu. Harraz hanya bertindak untuk mendiamkan diri.

            “Haisya kat sini,” suara itu memakukannya. Mata Harraz ditenungnya setajam yang mungkin.

            “Sorry, mommy,” hanya itu yang terluah di bibir kanak-kanak itu. Menjadikan Hanna kelu tanpa kata.

            Qarizh Harraz Hickman!!

No comments:

Post a Comment