Friday, 3 February 2023

QUEEN : BAB 43

 KERETA itu diberhentikan di satu kawasan. Hanna cuba merenung sekeliling. Tapi, hanya kegelapan yang menjengah pandangan matanya. Dia ni bawa aku pergi mana?

            “Saya nak ambil Harraz,” Hanna terus memandang tajam ke arah Qarizh.

            “No way!” tegas suara Hanna bersuara.

            “Awak ambil 3 tahun hidup Harraz dan Haisya daripada saya,” Qarizh bersuara.

            “Awak yang menghilangkan diri!” Hanna bertegas.

            “Awak yang suruh saya pergi,” kata-kata Qarizh mengunci mulutnya. Dia memandang lama wajah Qarizh.

            “Do you even love me?” Qarizh tersenyum sinis.

            “Kenapa soalan itu yang muncul? Kita bercakap tentang Harraz,”

            Hanna tersenyum sinis. Dia masih tak berubah! 3 tahun berjauhan tidak mampu mengubah Qarizh. Tapi, dia sudah berubah. Dia tak akan tunduk dengan lelaki ini.

            “Awak masih tak berubah!”

            Qarizh mendiamkan diri. Dia menjatuhkan kerusinya. Matanya dipejam rapat.

            Hanna membuntangkan mata. Biar betul lelaki ni. Dia nak tidur? Kalau ya pun, hantarlah aku balik dulu! Nak tidur, tidur di rumahlah!

            “Hantar saya balik! Saya nak balik!”

            “Shut it, Hanna. I need a beauty sleep,”

            Hanna mencekak pinggang. Nak tidur? Macam tu ja! Kata nak bincang! Apa benda ni?!

            “Qarizh, saya nak balik! Bangunlah! Hantar saya balik,” dia cuba memujuk namun hanya dibalas sepi oleh Qarizh.

            Dia merenung Qarizh lama. Lelaki itu sudah terlena. Cepatnya dia lena. Macam tak pernah tidur selama ni!

            Hanna mencapai Iphonenya. Kosong! Tak ada line! Qarizh, kau bawa aku pergi mana ni?!

 

DERINGAN daripada telefon bimbitnya mengejutkan dia daripada tidur. Hanna meraba bawah bantal untuk mencari telefonnya. Jumpa!

            Dah jam 5 pagi. Dia bangun dari pembaringannya. Dahinya berkerut. Dia menenyeh matanya. Aku kat mana ni? Macam kenal ja tempat ni.

            Ini bukan rumah Rizkah? Adoyai. Sengaja cari pasallah aku ni! Yang aku bongok sangat, pergi tidur semalam buat apa? Dia berpaling ke tepi. Lelaki itu masih nyenyak tidur. Amboi, nyenyaknya tidur.

            Hanna membelek-belek bajunya. Nasib baju semalam, cuba tudungnya sudah terbang ke mana. Dia turun daripada katil. Terfikir juga, aku nak pakai baju apa ni? Tak akanlah nak pakai dress ni kot?

            Hanna berlalu ke walk-in closet. Pasti ada baju yang boleh dipakainya. Lampu bilik itu dibuka. Dia seakan tidak percaya apabila melihat ada pakaian perempuan di dalam bilik itu. Lelaki ini ada hajat nak madukan aku lagikah?

            Jangan! Aku lesing sampai Pluto nanti! Aku bukan Hanna yang dulu. Hanna yang ini, akan mengamuk apabila haknya diganggu. Tapi, Riz masih miliknyakah?

            Dia membelek-belek baju itu. Ini baju diakah? Kalau ikut struktur bilik ini, masih tiada apa yang berubah. Tapi, baju ini menimbulkan curiganya. Dia tak ada baju macam ni. Walaupun saiz baju ini macam saiz bajunya.

            “Itu baju awak. Saya beli kat Dubai,”

            Kus semangat! Nasib baik tak melayang nyawa aku tadi. Hanna berpaling ke arah Qarizh tajam. Namun, lelaki itu masih bersahaja menyandarkan tubuhnya di dinding.

            “Sejak bila awak berdiri di situ?” Hanna bertanya. Tapi, lelaki itu terus berlalu pergi. Hanna mengetap bibir. Mungkin, sebab inilah orang menganggap Riz beku. Setiap soalan yang ditanya langsung tak ada jawapannya.

            Matanya kembali fokus ke arah baju itu. Dia beli kat Dubai? Kenapa? Siapa aku di hatinya? Dia sayangkan akukah?

            Tak. Tak. Tak mungkin! Hanna menggelengkan kepalanya beberapa kali. Qarizh bukan tahu erti cinta dan sayang. Kadang-kadang dia curiga, pernah tak jantung lelaki itu berdegup kencang? Atau hanya dia yang beria-ia dalam ikatan ini?

 

HANNA menggigit roti itu geram. Matanya mencerlung tajam ke arah Qarizh. Daripada pagi tadi, sepatah pun tidak keluar dari mulut lelaki itu. Berkali-kali, dia bertanya soalan. Menuntut jawapan.

            Kenapa dia tak hantar aku pulang terus ke rumah? Kenapa itu? Kenapa ini? Tapi, sepatah pun lelaki itu bersuara.

            “Dah habis tatap? Terlerai dah rindu?” Hanna terkedu. Bukan sebab lelaki itu menangkapnya kerana memandang lelaki itu. Tapi, disebabkan ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.

            “Siapa rindu awak? Perasan!” Qarizh tersenyum sinis.

            “Bagi saya jawapan, kenapa saya perlu rindukan seorang lelaki yang tak berada di sisi saya sewaktu saya melahirkan zuriatnya? During those crucial moments, where are you? Saya berlawan dengan kematian tahu, tak? Tapi, mana awak?

            Ada? Tak. Awak tak ada. Dengan mudahnya, awak pergi ke Dubai tinggalkan saya seorang diri dalam OR. Kalau Allah tak izinkan saya untuk hidup waktu itu, awak hanya mampu tatap kubur saya sahaja waktu ni. Jadi, kenapa?

            Kenapa saya perlu rindukan awak? Layakkah awak?” Hanna membidas tajam. Terhenti suapan di mulut Qarizh. Dia meletakkan rotinya di atas meja.

            “Saya hantar awak balik,” hanya itu perkataan yang keluar dari mulutnya sebelum dia berlalu pergi daripada ruangan makan itu.

            Meninggalkan Hanna sendirian. Hanna meletakkan rotinya. Dia sudah tak ada selera. Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi. Wajahnya diraup perlahan.

            Masih segar di ingatannya, betapa seksanya dia waktu itu. Dia berlawan dengan maut. Hanya keajaiban yang mampu membantunya ketika itu. Tapi, apabila dia membuka mata. Lelaki itu tiada.

            Tiada. Malah langsung tak mempedulikannya! Mungkin, lebih baik dia mati waktu itu. Biar lelaki itu menanggung rasa bersalah selamanya.

 

QARIZH menekan dadanya yang dirasakan pedih. Hatinya pedih dengan semua bicara yang keluar dari mulut Hanna. Dia tak sengaja. Dia puncanya! Dia yang menyebabkan berlaku komplikasi sewaktu Hanna bersalin.

            Dia yang bersalah! Dia yang lambat. Jikalau dia tak ikutkan rasa hati. Jikalau dia tak ikutkan sikapnya yang tak mudah percayakan orang lain. Hanna tak akan menderita macam tu.

            Masih layakkah dia untuk menjadi raja kepada Qaireen Hanna? Dan, masih sanggupkah Hanna untuk menjadi permaisuri dalam mahligainya?

No comments:

Post a Comment