BAB 71 - written in the span of 2018 and 2019
LANGKAH dibawa
kemas. Dari sejak pertama kali, dia menapak masuk dalam bangunan itu, semua
mata memandangnya. Namun, diabaikannya saja.
Ting.
Lif dibuka. Dia berjalan menuju ke
arah biliknya.
“Dato’” langkahnya terhenti apabila
dirasakan ada orang memanggilnya. Dia berpaling. Seorang lelaki menghampirinya.
“Dato’ ingat saya tak? Anak Dato’
dan anak saya? Gaduh?” Qarizh mengerutkan kening perlahan sebelum menganggukkan
kepalanya perlahan.
“Oh, awak. Saya ingat,”
“Dato’ sihat? Encik Dayyan cakap
Dato’ cuti sebulan sebab sakit. Dato’ dah sihat sekarang?” Qarizh menganggukkan
kepalanya perlahan.
“I’m
fine. Thanks for your concern,”
“Adik Dato’. Encik Ezra. Dia macam tuan. Cekap dan pandai
buat kerja,” Qarizh mengerutkan kening.
“Ezra?”
“Haah. Encik Ezra. Dato’ tak
tahukah? Encik Ezra yang ambil alih tugas Dato’ sepanjang Dato’ tiada. Penat
saya tengok dia. Iyalah, dia kena cover kerja
sebagai pengerusi Hickman dan CEO sekaligus. Sekarang Dato’ dah kembali
bekerja. Encik Ezra dah boleh berehatlah nampaknya,”
Qarizh hanya mendiamkan diri. Dia
tidak tahu bagaimana untuk membalas. Dia hanya merenung lelaki itu berlalu
pergi. Dia mengerutkan kening. Pintu biliknya dibuka dan ditutup. Terpampang
namanya di situ. Dato’ Qarizh Hauzan Hickman. Pengerusi Hickman Group.
Qarizh menghempaskan tubuhnya ke
atas kerusi. Dia bersandar dan berfikir. Ezra? Siapa dia? Adik aku? Sejak bila
aku ada adik?
Dia menekan punat interkom.
“Dayyan, come in,”
DAHINYA berkerut.
Berulang kali dia merenung senarai itu. Ada nama asing yang tak dikenalinya
yang tertulis dalam senarai itu.
“Who
are them? Hauzan Ezra Hickman? Ezra Roseline Hickman? Anak siapa? Kenapa
saya tak tahu apa-apa tentang hal ini? Macam mana dia boleh ada jumlah saham
yang hampir sama dengan saya? Explain,
Dayyan,”
Dayyan menggaru belakang kepalanya
yang tak gatal. Dia sendiri pun tak tahu macam mana dia ingin menjelaskan
keadaan ini.
HANNA melangkah
menuju ke arah pintu bilik Qarizh. Dia tidak nampak bayang Dayyan di mana-mana.
Dalam bilik Riz lah kot. Belum sempat dia membuka pintu, ada tangan yang
menghalang pergerakannya.
“Maaf, puan. Puan kena buat appoinment dahulu sebelum berjumpa dengan
Dato’. Puan datang sini atas urusan apa, ya?” terkebil-kebil mata Hanna
memandang perempuan itu.
Dia memandang perempuan itu dari
atas hingga ke bawah. Agak terkejut melihat wajah asing itu di hadapan matanya.
“Maaf, awak siapa ya?” soalan itu
terpacul di mulutnya.
“Saya Kaisara. PA Dato’ Qarizh,”
Hanna terlopong. PA?
“Dayyan mana? Bukan diakah PA
Qarizh?”
“Oh,
encik Dayyan ada. Saya PA kedua Dato’ Qarizh. Saya uruskan hal kerja,
manakala Dayyan uruskan semuanya tentang Dato’,” terkebil-kebil mata Hanna.Masih mencuba
menganalisa maklumat itu.
Tanpa berlengah, dia terus membuka
pintu bilik Qarizh. Tanpa mempedulikan perbualan Qarizh dan Dayyan yang
terhenti kerananya, dia bersuara.
“Sejak bila pula awak ada dua PA?
Bukan awak tak suka bekerja dengan perempuankah?” soalan itu keluar dari mulut
Hanna.
“Sejak balik sini,”
“You said, you hate women! Macam mana pula awak boleh ada staf perempuan?” Hanna
mencekak pinggang. Matanya memandang tajam ke arah Qarizh.
“Salahkah?”
Hanna menarik nafas sedalam yang mungkin. Qarizh benar-benar menguji tembok
kesabarannya.
“Hanna,
make me coffee,” terlopong mulut
Hanna. Dia memandang Qarizh seakan tak percaya.
“Awak nampak macam saya datang sini
untuk temuduga jadi tea lady ke apa?”
soalan yang berunsurkan tak puas hati keluar dari mulutnya.
“You
look like..” Hanna menghembuskan nafas tak puas hati. Dia ni dah bertukar
jadi hati batu ke apa ni?
“What?”
“You
heard me,”
Hanna menggetap bibir geram. Ini dah
bukan suami ni! Hanna melempar kasar beg tangannya tepat ke dada Qarizh. Biar
senak lelaki itu dibuatnya!
Dia menjeling Riz tajam sebelum
berlalu ke pantri. Dalam hatinya, memaki hamun lelaki itu. Entah, angin mana
merasuk dalam badan lelaki itu. Sesuka hati dia ja nak jadikan aku tea lady dia?
Kenapa? Dekat office yang bertingkat-tingkat ni, tak ada langsungkah tea lady?! Ish!
“AUCH! It looks hurt,” Dayyan bersuara. Keningnya dikerutkan. Dapat dirasakan
betapa sakitnya beg tangan itu menghentam dadanya. Beg kulit kot! Bukan
calang-calang semua barang milik Hanna Hickman.
Matanya berpaling ke arah Kaisara
yang setia di pintu bilik itu. Di wajahnya tergambar sejuta persoalan.
“Itu Datin Qaireen Hanna. Isteri
kepada Dato’,” mata Kaisara membulat.
“Tadi, saya panggil dia puan ja. Dia
tak akan marah saya, kan?” Dayyan tersenyum. Muka Kaisara yang cemas
dipandangnya.
“Jangan risau. Dia tak kisah. Small matter ja tu. She’s cool. Dia tak kisah pun kalau awak tak panggil dia datin.
Saya pun panggil dia puan,” muka Kaisara tampak lega. Dayyan memberi isyarat
supaya Kaisara kembali ke tempatnya.
Matanya kembali memandang Qarizh.
Mata Qarizh setia memandang kertas-kertas itu.
“So,
you say. My dad yang bawa masuk Ezra dan Rose? What was his reason? Siapa mereka ni? Macam mana mereka ada nama
Hickman?”
Belum sempat Dayyan menjawab, Hanna
muncul di pintu bilik. Hanna meletakkan kopi itu di atas meja.
“What
was that?” Hanna mencapai fail itu. Matanya merenung senarai itu. Hauzan
Ezra. Ezra Roseline. Nama itu sudah dihighlight kuning. Why?
“Kenapa awak highlight nama mereka?”
“Pendatang asing. Papa ada bagi tahu
awak apa-apa tak? Tentang budak berdua ni,” Hanna meletakkan tangannya ke atas
bahu Qarizh. Matanya fokus kepada fail itu.
“Budak-budak ni? Ada. Papa cakap
mereka adik-adik awak,”
“Adik? Tapi, saya anak tunggal. Awak
pun tahu tu? Or, Hanna. Do you keep
something from me?” Qarizh merenung Hanna. Pandangan matanya penuh dengan
curiga.
Hanna memandang Dayyan. Dayyan
memandang Hanna.
“I
do keep something from you,” Hanna bersuara. Matanya masih memandang ke
arah Dayyan.
Dayyan mengerutkan kening. Kenapa
pula dia ni pandang aku? Nak minta tolong aku? Tak nak aku!
“What
is it?”
EZRA menarik
nafas sedalam yang mungkin. Tombol pintu itu dipegangnya. Dia cuba mengumpul
keyakinan dan hujah untuk mematahkan semua kata-kata yang diberikan oleh
Qarizh. Dia kena yakin!
Pintu itu dibuka. Sunyi seketika.
Hanya belakang kerusi itu yang muncul di kornea matanya ketika ini. Kak longnya
mengambil tempat duduk di hadapan meja itu. Begitu juga Dayyan.
Pintu itu ditutup. Perlahan
langkahnya menapak ke tempat kak long dan Dayyan dan dia berdiri di situ.
Suasana itu hening dan kaku. Hingga kedengaran bunyi angin yang menyejukkan
suasana.
“So,
what is it, Hanna? You promised to tell me when he come. There he is,” Qarizh
memalingkan kerusinya. Matanya tajam. Seperti helang. Dia merenung Hauzan Ezra
lama.
“What
are you? How can you be a CEO just like that? Why is it very easy for you to
have the same share with me? Adik? Hah?! Sejak bila pula aku ada adik?
Sejak bila pula papa aku kahwin lain? Kau siapa, hah?!” keningnya berkerut.
Dadanya berombak. Suaranya semakin garang.
“Angah adik kandung along,”
tersentak semua apabila Qarizh melemparkan pen ke atas meja.
“Bullshit!”
Makian keluar dari mulut Qarizh. Hanna terkedu. Ezra
lagilah. Dia maki aku?
“Pergi mampuslah dengan kau punya
along. Kenapa? Kau nak kata yang kaki botol itu mengandungkan kau? Habis,
Rose?”
“Kami kembar,”
“Tapi, betulkah benih itu milik
papa? Setahu aku, mama kau ada banyak lelaki. Kau tak terfikirkah, kalau kau
anak orang lain?” Qarizh tersenyum sinis. Ezra menggetap bibir. Geram.
“Kenapa? Along nakkan DNA testkah?” serentak. Sampul putih
diletakkan di atas meja Qarizh.
“Along tengoklah sendiri. Tergamak
along kan meragui mama sendiri? Sekurang-kurangnya, reaksi papa apabila tengok
kami. Dia bahagia. Tak macam along,” Qarizh mencapai sampul itu.
“Sebab aku tak bodoh macam papa,”
sempat dia membalas kata-kata Ezra. Ezra mengenggam tangannya.
“Ezra. Remember, he knows nothing,” terdengar bisikan keras daripada
Hanna.
“Tapi, itu bukan satu alasan untuk
dia hina mama,” Ezra membalas keras.
“Don’t
get closer to her,” satu arahan keluar daripada mulut Qarizh. Dia merenung
kertas itu. Satu demi satu. 99.99%.
Qarizh meletakkan kertas itu di atas
meja. Dia meraup rambutnya kasar. Dia tak faham. Maklumat dalam otaknya seakan
berselirat.
“So,
you are saying that you and Rose are my siblings. And, you are my little
brother which makes you the second in command in this company, thus, makes you
the CEO in this company,”
Qarizh mengangkat muka. Dia memandang Ezra. Ezra
memandang ke arahnya. Mata bertembung mata.
Tiba-tiba, pintu dikuak kasar.
“Hai!!
Rose is here! Miss me, brothers?!” suara ceria itu muncul secara tiba-tiba. Senyuman lebar jelas terpampang di
bibir Rose. Dia menapak dengan yakin ke arah Dayyan.
“Dah, kau bangun. Aku nak duduk
sini. I’m the princess here, don’t you
see?” selamba, dia mengeluarkan arahan kepada Dayyan. Dayyan mengeluh lemah
lalu bangkit dari duduknya. Rose tersenyum lebar lalu mengambil tempat duduk.
“Hai, along! I miss you,” dia tersenyum lebar. Tangannya dilambai ceria.
“I hate
you,”
“Wah! That hurts my pride,” Rose terlopong. Dia memegang dadanya yang
dibuat sakit.
“Hai, kak long!” Hanna hanya
mendiamkan diri. Dia tak tahu bagaimana hendak bereaksi ketika ini.
“Sombongnya, kak long. Alonglah ni!
Cuba along senyum, senyum! Along tak happykah
dapat jumpa dengan adik-adik along?” Rose mengerdip-ngerdipkan matanya.
Acah-acah comel.
“Kau diam sat,” Ezra segera mengetuk
kepala Rose.
“Auch! Sakit!”’ Rose mengusap kepalanya
yang sakit.
“Along, tengok angah. Dia buat
adik!” tanpa sedar, lidahnya lancar menuturkan perkataan itu. Perkataan yang
ingin sangat diluahkan selama ini. Perkataan yang meminta abang sulungnya untuk
melindunginya.
Sejak dari hari pertama, dia mengetahui
bahawa dia ada seorang abang lain. Dia amat mengingini lelaki itu untuk menjaga
dan melindunginya daripada angah.
Qarizh memandang ke arah Rose lama.
Rose yang memahami.
“Sorry.
Nak manja sikit pun salah. Hitler punya abang!” Rose mengusap lembut
kepalanya. Matanya menjeling tajam ke arah kedua-dua abangnya.
“Pardon?
What did you call me? Once again?” Qarizh merenung tajam mata hazel milik
Rose. Sepasang mata hazel yang sama dengannya. Yang meyakininya bahawa wanita
itu adiknya.
“Hitler! Along hitler!” Rose
menekankan perkataannya. Sengaja dia menjegil matanya kepada abangnya.
Qarizh mengabaikan adiknya. Matanya
difokuskan kembali kepada Hanna.
“So,
Hanna. Tell me. Since when you knew about this? Dan, sampai bila awak
merancang untuk sembunyikan semua ini daripada saya? Sejak bila awak kenal
Rose?” tangannya disilangkan. Matanya memandang lama wanita itu.
“Saya tak berniat untuk
menyembunyikan dan saya tak berniat untuk menayang. Biar masa yang tentukan
segalanya. Saya pun baru tahu tentang perkara ini, dan jujur saya bagi tahu,
adik-adik awak permainkan saya dan meletakkan saya dalam permainan mereka,”
Hanna menjeling tajam ke arah Ezra.
“Excuse
me, you were not a game. You were a tactic,”
“Yet,
you played me!”
Jelingan berbalas jelingan. Qarizh
mengetuk-ngetuk pen di mejanya.
“What
is it, Ezra? What tactic? I still cannot move on with the fact that you are my
little brother. What is the story behind all this mess?! What is the real
story?! Boleh tak, kau orang berterus terang ja. Tak perlu nak pusing 180
darjah!”
“I’m
not the right person to tell you about this,”
“Then,
who it is?! Bagi tahu aku! Siapa
yang punya angkara semua ni?” suara Qarizh naik beberapa oktaf.
“Papa. Papa punca semua perkara ini
berlaku,”
“SO.. What’s
now? A new family meeting?” sinis
lelaki itu bersuara. Seraya bersandar di kerusi.
“Mama minta maaf Riz,”
“For
what? For leaving me alone by myself for the past 27 years? Or, for leaving dad
for your men? Or for the money that you asked because you can’t bear with us?
For what, madame?” dia memeluk tubuh.
“Jangan kurang ajar dengan mama,
Qarizh!” tegas papa bersuara. Qarizh memandang papa tajam.
“Salahkah Riz? Dia yang tinggalkan
papa selama ni. Dia yang tinggalkan Riz. Jadi, kenapa Riz kena berlembut dengan
dia? Jawablah,” dia bersuara. Mencabar mama untuk bersuara.
“I
was six years old, when you leave me, madam. For the past 27 years, yes, I do
need you. But, from now and onwards, I don’t need you. Where were you when I
need you? You were never there. Stop saying that you do care. Stop saying I’m
sorry. Because you are not sorry,” tegas. Keras. Nada lelaki itu.
Hanna menggenggam erat tangan lelaki
itu.
“Boleh tak kalau abang dengar dulu
penjelasan daripada mama?” Hanna bersuara tegas. Kerana ketegasannya mampu
melenturkan ketegasan lelaki itu.
“It
will not change anything. The damage was done,”
“It’s
true that it will not change everything. But, it do change something. Your
perception towards her,” sekali lagi. Hanna bersuara dengan tegas. Qarizh
memandang Hanna tajam.
“Do
you know something about this?” Hanna terdiam.
“So,
you do know something,” Qarizh tersenyum sinis. Dia mengangkat wajah.
Memandang wajah tua yang berada di hadapannya itu. Wajah yang sudah lama tidak dipandangnya.
“Cakaplah. Apa yang puan perlu
cakap,” Qarizh menundukkan wajah. Dia dapat mengesan air mata yang hampir jatuh
dari tubir mata wanita tua itu. Dia tak boleh terkesan. Dia tak boleh terkesan.
“PAPA yang
bersalah,”
“I
said her!” kata-kata Tan Sri Harith terhenti. Dia memandang jari telunjuk
Qarizh yang tepat di muka Ashley. Suaranya garang.
“Dia yang perlu bercakap! Dia yang
perlu terangkan! Bukan papa!” mata Qarizh memandang ke arah Tan Sri Harith.
“Slow
down your voice, will you? She’s your mother! Dia yang lahirkan along!”
Qarizh mencerlungkan matanya tajam. Tepat mengenai mata Ezra yang bersuara.
“Kau tak tahu apa-apa! Derita aku!
Sengsara aku! Sakit aku! Kedukaan aku! Kau tak tahu apa-apa! Jadi, jangan
berlagak macam kau tahu segalanya! Dan, semuanya disebabkan oleh perempuan ni!
Perempuan yang kau panggil mama ni!” kuat suaranya menongkah keheningan
suasana.
Ezra mendiamkan diri. Tangannya
mengenggam erat penumbuk. Dia perlu tenang. Dia perlu memahami. Along tak
bersalah. Along hanya terhimpit dengan kesakitan masa lalu. Dan, semua itu
berpunca daripada ibu bapa yang tidak memahami.
“Mama minta maaf. Mama tak pernah
berniat untuk tinggalkan Riz. Mama sayangkan Riz tetapi keadaan memaksa mama,”
“Keadaan apa andai itu takdir yang
puan pilih? Puan yang pilih untuk tinggalkan saya. Puan yang memilih untuk
tinggalkan papa. Puan yang memilih untuk menduakan papa. Jadi, keadaan apa yang
memaksa puan? Keadaan apa?” bertalu-talu soalan yang diutarakan olehnya.
Sepanjang 27 tahun ini, begitu banyak soalan yang bermain di fikirannya. Kenapa
dan apa?
“Mama tak pernah duakan papa.
Langsung tak! Papa yang mendua dan papa yang paksa mama untuk tinggalkan Riz!”
Qarizh tersenyum sinis.
“Sekarang puan nak letakkan
kesalahan atas bahu papa? Permainan apa yang puan sedang mainkan ketika ini?”
Qarizh menyandarkan tubuhnya.
“Memang papa yang bersalah. Papa
yang reka cerita sebab papa tak nak Riz ikut mama,” Qarizh memandang ke arah
Tan Sri Harith.
“Jadi, papa nak kata telinga Riz ni
salah? Riz nampak semua yang berlaku di depan mata Riz sendiri! You can’t lie to me!”
Tangan Tan Sri Harith dicantumkan.
Dia bermain-main dengan jari-jemarinya. Dia tak tahu macam mana lagi untuk
menerangkan.
“Tapi, tak semua benda yang kau
tengok itu betul, bodoh!” suara Ezra melontar kuat.
“Untuk menghukum, kita perlu
memahami, along. Kita perlu melihat keseluruhan dan bukan separuh daripadanya. Yes, you were there. Tapi, along dengar
daripada awalkah perbualan itu? Along tahu tak, dalam bagasi mama ada apa? Ada
baju along dan baju mama. Along sedar tak, yang separuh daripada almari along
sudah kosong?
Atau, along terlalu terbawa dengan
perasaan? Ataupun, terlalu naif untuk berfikir? Mama dah merancang untuk bawa
along pergi, tapi papa muncul. Papa tak bagi along pergi. Sebab? Anak!
Anak lelaki! Pewaris tunggal Hickman
Group. That is you,” Rose bersuara
tegas. Qarizh tersenyum sinis.
“Dan kau fikir, kau berada di situ
waktu semua itu berlaku? The answer is
no! Kau tak ada! In fact, kau
masih tak wujud lagi! Apa yang kau faham tentang perkara ni? Kau hanya tahu
daripada sebelah pihak ja. Kau hanya tahu daripada pihak mama kesayangan kau
ja! Aku?! Tak Rose, kau tak tahu apa-apa,” Qarizh menggelengkan kepalanya
berulang kali.
“Tapi, mata Rose tak buta! Telinga
Rose tak pekak! Mulut ini tak bisu! Otak ni masih mampu menilai! Rose tak buta
untuk melihat mama menangis siang malam sebab rindukan along! Rose tak pekak
mendengar tangisan mama yang hanya memeluk baju along sebelum tidur!
Mulut Rose ni, dah acap kali
memujuk! It’s okay. You have us! Angah
and I will never be apart from you! You lost along, but you have us! Tapi,
mama masih rindukan along! Sayangkan along! Risaukan along!
Otak ni tak bodoh dalam membuat
kesimpulan along. Rose tahu segalanya. Angah tahu segalanya. Tapi, kami
langsung tak pernah menghukum papa atas hukuman dia kepada mama! Papa paksa
mama untuk tinggalkan along! Papa fitnah mama ada lelaki lain! Papa pisahkan
mama dengan along! Papa curang dengan mama!
Tapi, kami tak pernah menghukum
papa! Jadi, kenapa along perlu menghukum?!”
“Sebab aku yang terseksa!!” suara
Qarizh melengking kuat. Dia bangun dari duduknya.
“Dari awal hidup kau, kau tak pernah
ada papa! Tapi, kau ada mama yang sayangkan kau setiap hari setiap malam. Aku?!
Kau fikir aku beruntung?! Kau fikir aku dapat kasih sayang yang cukup?!
Sedangkan waktu mama ada pun, aku ini hanya patung di mata dia! Kau pernah
tengok mama mabuk?! Kau pernah?! Dia tak kenal aku Rose! Dia tak kenal anak dia
sendiri!! Aku ni anak dia, Rose!! Aku rasa macam dibuang Rose. Lebih awal
sebelum aku dibuang sepenuhnya oleh dia!!
Selepas
aku kena buang dari hidup dia, aku merempat kasih sayang daripada papa sendiri,
Rose! Aku merempat!! Kau fikir aku bahagia?! Kau fikir aku tertawa?! Papa tak
pernah ada dalam hidup aku! Dan, mama aku dah dirampas daripada aku! Setiap
hari, aku nampak kasih sayang ibu bapa lain kepada anak dia. Aku?! Kosong! Aku
hilang papa dan mama, Rose! Aku hilang mereka!!”
Qarizh terus melangkah pergi
daripada bilik VIP itu. Pintu dihempas kuat. Terkedu semua yang berada di dalam
bilik itu.
Dia melangkah laju menuju ke dalam
keretanya. Stereng diketuk kuat. Keras! Bengang!
“Why?!
Why?! Why?!!”
Dia menekup mukanya di stereng.
Tangisan jatuh di pipinya. Dia terluka.
“ROSE melampaui
bataskah?” perlahan suara itu bertanya. Dia mengangkat wajah. Memandang wajah
mama yang sudah basah dengan air mata. Papa hanya mendiamkan diri. Raut wajah
itu tidak dapat difahaminya.
Hanna bangun daripada kerusi itu.
Beg tangannya dicapai.
“Hanna balik dulu,” langkah
dihayunnya. Namun, terhenti di muka pintu apabila suara papa menjengah
pendengarannya.
“Papa minta maaf sayang. Papa tak
tahu yang papa yang meletakkan Qarizh dalam keadaan terluka sebegini,”
Hanna hanya menampal senyuman
kosong.
“The
damage is done, papa,” langkahnya kembali dihayunkan. Meninggalkan keluarga
itu di situ. Keluarga yang lebih bahagia tanpa mereka.
Ezra membawa mama ke dalam
pelukannya. Dia sudah tidak tahu bagaimana ingin bersuara. Dia tak tahu macam
mana ingin memulakan kata.
“Mama tak tahu angah. Mama tak tahu
yang dia terseksa, angah. Mama tak tahu. Mama fikirkan dia lebih bahagia tanpa
mama. Mama fikir dia membesar dengan penuh bahagia. Mama tak tahu.
Dia terluka angah. Lebih hebat
daripada apa yang mama bayangkan, angah. Dia dah berbeza angah. Mata itu hanya
penuh dengan luka, angah,” ratapnya.
“Maafkan saya,” perlahan Tan Sri
Harith bersuara.
Ashley mengelap kasar air mata yang
mengalir laju di pipinya. Dia merenung Harith tajam.
“Apa yang awak buat dekat Riz?!!
Saya tinggalkan dia kepada awak! Saya percayakan awak! Saya yakin awak boleh
jaga dia dengan elok, tapi kenapa awak seksa dia?! Kenapa awak hancurkan dia?!
Kenapa?!!”
Suara itu melengking kuat. Harith
hanya menundukkan wajah. Dia tak sangka segalanya akan jadi begini.
“Saya minta maaf,” hanya perkataan
itu sahaja yang mampu terluah daripada bibirnya.
“Maaf? Selepas dia hancur, itu
perkataan yang awak gunakan? Awak fikir dengan perkataan maaf, awak boleh
perbetulkan segala masalah?! Dia sakit, Harith! He’s depress because of us! Because of you!” Ashley bangkit dari
duduknya.
“Saya akan maafkan awak, hanya
selepas Qarizh maafkan kita! Hanya selepas Qarizh panggil saya dengan panggilan
mama kembali! Hanya selepas dia terima saya yang awak buang dari hidupnya!!”
Tegas dan nyata. Pandangan mata itu
tajam, mengisahkan kisah yang tersembunyi. Dan, kata-kata itu adalah satu
sumpahan. Sumpahan yang tidak dapat ditarik semula lagi.
No comments:
Post a Comment