Monday, 7 March 2022

QUEEN : BAB 24

 Bab 24

PERUTNYA diusap perlahan. Syukur, kesempatan untuk mengandungkan anak ini masih diberikan kepadanya. Jikalau tidak, mahu dia menangis dan meraung ketika ini. Anaknya hartanya. Pengubat sepinya.

            Dia tersentak apabila pintu biliknya dibuka. Qarizh. Lelaki itu menghampirinya dan menyentuh lembut perutnya. Mukanya tampak lega. Mungkin sebab anak ini masih berada di dalam kandungan. Jikalau tidak, aku tak dapat bayangkan betapa bengangnya dia. Mahu aku dibelasahnya kerana tak berupaya menyelamatkan anak ini.

            “Saya nak cerai dengan awak,” muka lelaki itu berubah. Dia memandang Hanna lama. Mencari kebenaran di sebalik matanya.

            Hanna mengangguk perlahan. Seakan cuba menjelaskan bahawa kata-katanya itu benar. Ini sahaja caranya untuk dia melindungi anak ini. Dari amarah Shakira. Sekaligus, dia boleh menyelamatkan Harraz dari dimaki hamun oleh Shakira.

            “Saya nak selamatkan anak-anak saya dari Kira. Dan, dari awak,” suara Hanna mengeras. Apabila dirinya selamat diijab kabulkan sebagai isteri kepada Qarizh. Dia belajar untuk menjadi seorang yang garang, tegas dan tidak akan tunduk kepada sesiapa. Dia dah berubah. Dia bukan Hanna yang dahulu. Yang menyayangi Qarizh lebih daripada segalanya.

            “You know, I won’t divorce you,” ujar Qarizh. Hanna tersenyum sinis.

            “Saya boleh tuntut fasakh,”

            “For what? Suami kaki pukul? Saya tak pernah pukul awak. Suami mandul? No, awak ada dua anak. Suami gila? No, I’m perfectly fine. Suami tak adil? No, saya adil kepada awak berdua. Apa sahaja yang duit yang Kira spend, sebanyak itu juga yang awak terima. Suami tak beri nafkah? No, awak mintalah apa sahaja, saya boleh beri. Nafkah batin? Anak dalam perut awak tu benda apa? You have no reason,” tenang Qarizh menjawab.

            Hanna pula yang malu dibuatnya. Sesenang hati sahaja dia bersuara.

            “Saya boleh minta khuluk,” Qarizh tergelak sinis. Hanna menggetap bibir. Tebus talak bukan perkara yang mudah.

            “Awak nak bagi apa kat saya? Saya ada semua yang awak ada, Hanna. Kalau saya nak sesuatu, apa yang saya nak ialah awak,”

            Hanna menggenggam cadar geram. Berdiplomasi dengan Qarizh bukan perkara yang mudah. Qarizh bukan seorang yang mampu dipatahkannya.

            “Whatever! Saya nak cerai dengan awak, awak tak faham bahasakah?!! Saya tak nak hidup dengan awak! Saya tak nak tengok muka beku awak! Saya benci awak, Qarizh! Sebab isteri kesayangan awak, saya hampir hilang anak saya! Dia pukul Harraz! Dia maki Harraz! Awak fikir, saya boleh hidup sebumbung dengan perempuan macam tu?!

            Lepaskan saya, Qarizh! Lepaskan saya! Saya bukan Hanna yang dulu, yang boleh awak arah sesuka hati. Yang boleh awak buat apa sahaja. Yang menyayangi awak lebih dari dirinya sendiri. Saya bukan Hanna yang dulu, Qarizh! Saya bukan dia!!

            Hati saya sakit untuk teruskan hidup dengan awak! Awak anggap saya tak wujud, awak anggap saya boneka. Bila awak nak, awak dekat, bila awak tak nak, awak campak saya macam tu sahaja! Saya sakit untuk terus hidup dengan awak! Saya tak bahagia! Saya tak pernah bahagia, Riz! Tak pernah!”

            Air mata menitis di pipi Hanna. Dia sudah penat. Bertahun dia setia di sisi lelaki ini, melayan setiap amarahnya, melayan setiap kerenahnya. Sekarang, dia sudah tak mampu lagi. Kenapa dia perlu menghabiskan sisa hidupnya dengan lelaki yang tak pernah menyayanginya? Kenapa dia perlu berkorban untuk terus hidup dengan lelaki ini? Anaknya mampu hidup tanpa Qarizh. Dia mampu hidup tanpa Qarizh.

            Tapi, kenapa hatinya sakit ketika ini? Kenapa hatinya yang terluka ketika ini? Dia bahagia. Dia bahagia jika Qarizh melepaskannya. Tapi, kenapa hatinya pedih?

            Dia mengetuk perlahan dadanya. Sakit ini semakin pedih. Semakin kuat menghentak jantungnya.

            “Saya bagi peluang untuk awak berfikir. Awak mengandung, emosi awak tak stabil,” Qarizh bersuara tenang.

            Hanna merenung wajah Qarizh yang nampak tenang. Walaupun nampak biasan luka di mata itu, wajah itu tetap beku.

            “Saya dah lama buat keputusan ini, Riz! Sejak dari hari awak menikahi Kira, saya sudah pun berfikir. Sebab Harraz perlukan awak, saya tak pernah bersuara Riz! Saya bertahan hidup dengan awak hanya sebab Harraz!! Hanya Harraz!” Hanna menjerkah kuat.

            Tak fahamkah lagi Qarizh? Dia dah penat untuk tinggal dengan Qarizh! Dah penat untuk dilayan secara acuh tak acuh!

            “Tidur, awak penat. Sebab tu, awak cakap yang bukan-bukan sekarang ni,” Qarizh berlalu pergi.

            Hanna terus melemparkan bantal kepada Qarizh. Tepat mengenai kepala Qarizh. Tapi, lelaki itu sedikit pun tak berganjak.

            “Saya tersiksa hidup dengan awak, Riz!! Lepaskan saya! Saya cakap lepaskan saya!!!” Hanna menjerit kuat namun Qarizh hanya berlalu pergi daripada biliknya.

            Tanpa sebarang kata. Tanpa tolehan.

            Hanna memeluk lututnya. Air matanya mengalir lebat di wajahnya.

            Kenapa?! Kenapa?! Kenapa hatinya pedih begini? Ini yang dia inginkan selama ini, tapi kenapa?! Kenapa jiwanya seakan hilang? Kenapa hatinya semakin pedih?!

            Aku tak perlukan dia dalam hidup aku? Cinta? Adakah masih ada cinta di hati ini untuk dia? Jikalau sisa cinta itu ada pun, adakah ia dapat mengubah hati Qarizh? Qarizh tak pernah sayangkannya. Jauh sekali, mencintainya.

            Qarizh tak pernah dan tak akan menyayanginya. Kalau cinta itu ada, dia tak akan menduakan diri ini. Kalau cinta itu ada, dia pasti memeluk tubuh ini penuh kasih. Menyatakan cintanya. Menyatakan rindunya. Memujuknya supaya jangan pergi. Tapi, apa yang Qarizh buat? Nothing.

            Nothing. Not even a single thing.

 

QARIZH terpaku apabila memandang Qairul yang sedang bersandar di dinding. Dia memandang ke arah Qarizh. Wajahnya kosong. Tapi, fikirannya sarat dengan pelbagai persoalan.

            “Kau dengar?” Qairul mengangguk perlahan. Qarizh menarik nafas lemah. Dia sudah agak.

            “Harraz?”

            “Aku suruh PA kau bawa dia pergi. Dia budak lagi. Aku yakin, kau pun tak nak dia dengar kau marah. Sebab tu kau umpan dia pergi tadi,”

            Penerangan Qairul membuatkannya dia menarik nafas lega. Dia tak boleh bayangkan andai Harraz tahu masalah mereka. Dia tak sanggup.

            Qarizh mengambil tempat duduk. Dahinya berkerut seribu. Memikirkan segala yang diucapkan oleh Hanna. Hanna tak pernah marah. Jauh sekali menaikkan suara. Adakah dia memang sudah kecewa dengan diri ini?

            Dia tak boleh berfikir andai cinta Hanna sudah bukan miliknya. Mungkin dia akan hancur begitu sahaja. Hilangnya Hanna ibarat menarik jantungnya pergi. Without her, I am empty.

            “Hanna menangis. Sebab aku,” Qairul berlalu ke depan pintu bilik Hanna. Dia merenung Hanna yang sedang memeluk lutut. Jiwa perempuan itu retak. Air mata tak akan mudah jatuh di pipi Hanna. Hanna yang dia kenali kuat.

            “That’s how the woman is, when you hurt her she cries, and even if she hurts you, she cries,” Qairul bersuara. Dia memandang Qarizh yang kelihatan serabut.

            Benar apa yang kau cakap, adik. Dia berubah. Dia berubah kerana cinta kau adik. Lelaki yang aku lihat dulu, sudah hilang adik. Dahulu aku lihat dia sangat megah dengan kata-katanya. Sangat yakin dengan setiap katanya.

            Keputusan aku untuk menikahkan Qarizh dengan kau, tak pernah salah adik. Mungkin pada awalnya, aku membantah. Aku tak yakin dengan Qarizh. Qarizh penuh rahsia. Dia penuh perancangan. Hatinya sudah beku daripada sesuatu yang bernama cinta. Dia bencikan perempuan lebih daripada segalanya. Aku takut kau terluka adik.

            Tapi, sekarang aku melihat dia yang terluka kerana kau, adik. Mungkin aku tak tahu apa yang terjadi. Tapi, aku yakin yang cinta antara kau dan dia wujud adik, dan cinta itu kuat. Aku tak faham kenapa dia menduakan kau. Aku tak faham kenapa dia berkahwin lain. Tapi, aku faham yang hatinya sangat tulus mencintai kau, adik.

            Mungkin hatinya masih takut untuk menerima hakikat cinta itu dalam hidupnya. Dia tunjukkan kepada semua yang dia kuat tanpa cinta. Tapi, hakikatnya dia sudah lama terjerumus dalam kancah cinta. Dan, kau yang mengubah dia adik. Kau hanya perlu panaskan hatinya yang beku adik, pujuk dia untuk luahkan perasaannya. Pujuk dia untuk menunjukkan kasihnya. Kerana itu yang dia tak mampu, sebab dia dah lama hidup tanpa belaian kasih seorang ibu.

            “Stress will lead to abortion kan?” Qairul hanya merenung Qarizh. Apa maksud Qarizh? Jangan kata..

            “Kau tak akan tunaikan permintaan dia kan?” Qarizh memandang ke arah Qairul. Qairul cuba mencari jawapan dari sebalik mata Qarizh. Kosong. Lelaki itu sangat bijak menyembunyikan emosinya.

            “Kau balik Malaysia sampai bila? For good atau ada tempoh masa?” soalan dibalas soalan.

            “Qarizh,” Qairul menyebut nama Qarizh. Personaliti lelaki ini tidak dapat ditebak.

            “Bawa dia balik ke  rumah yang aku belikan untuk dia,” Qarizh bangun dari duduknya.

            “Anak aku mana?” Qairul mengeluh perlahan.

            “Ada kat taman,” Qarizh mengangguk perlahan. Dia berlalu dari ruangan VIP itu. Qairul hanya merenung belakang tubuh Qarizh.

            Apa yang ada di fikiran Qarizh? Apa dia fikir dengan menuruti kemahuan Hanna, semua ini akan menjadi lebih baik? No. It won’t. Semua ini akan jadi lebih baik, kalau Qarizh memujuk.

            Because women are complicated. She is a problem. She is forever a problem. If she says leave her, take it as don’t leave me. She’s a fragile creature inside an independent woman. A crybaby inside a wicked witch.

            You need to bear with her. Please her. Take care of her. Don’t follow her words, or you’ll lose her forever. Qarizh, kenapa kau tak faham perkara itu?


 

No comments:

Post a Comment