Bab 26
BERPELUH
dahinya. Menggeletar tubuhnya. Perkara itu terjadi lagi. Wajah garang mamanya
menjelama di fikiran. Wajah papanya yang berang muncul di fikiran. Pergaduhan
mereka, renungan tajam papa. Wajah mamanya yang berlalu dengan bagasi tanpa
sekali pun menoleh kepadanya.
Perkara itu berlaku lagi. Dan, kali
ini wajah Hanna turut muncul di mindanya. Hanna yang menangis. Hanna yang
meninggalkannya.
“No!
No! No!”
“Hanna! Please!!!”
Terbuka matanya. Terus dia duduk di
katil itu. Berpeluh dahinya. Degupan jantungnya laju. Dia meraup rambutnya. Dia
memegang dahinya. Mimpi itu datang lagi. Setelah beberapa tahun, mimpi itu
tidak menghantuinya, kali ini, dia datang lagi.
Dia memandang sisi katilnya yang
kosong. Dia memegang perlahan tempat itu. Tiada lagi isterinya di sebelahnya.
Tiada lagi suara Hanna yang mengejutkannya setiap kali dia bermimpi ngeri.
Tiada lagi Hanna yang mengusap belakangnya lembut. Cuba menenangkannya.
Hanna, I miss you. Dia mengenggam erat cadar itu. Seakan mengharapkan
kewujudan Hanna di situ. Merenungnya lembut dan memeluknya erat.
HANNA terjaga
daripada tidur. Dia memisat matanya. Suara apa tu? Dia berpaling ke sisi,
memandang Qarizh. Dahi lelaki itu berpeluh. Dia menggumam sesuatu yang tidak
dapat difahami. Nightmare?
Hanna merenung jam. 2 pagi. Dia
hanya merenung Qarizh. Tidak pasti sama ada ingin mengejutkannya dari mimpi
ngerinya atau membiarkan dia sendiri.
“No!
No! Mama, no!!” semakin kuat jeritan Qarizh. Mama?
Apa-apa ja lah.
“Abang, bangun,” Hanna menggoyang
bahu Qarizh perlahan. Tiada reaksi. Lelaki itu masih meracau.
“Bangun! Abang!!” suara Hanna naik
sedikit. Serentak, Qarizh terjaga. Dahinya berpeluh. Nafasnya kencang. Spontan,
dia bangun terduduk memandang Hanna.
Degupan jantungnya kini seperti berlari
separuh maraton.
“Kenapa ni?” Hanna mengerutkan
kening. Pertama kali melihat lelaki ini sebegini membuatkan dia pelik. Sudah
seminggu usia perkahwinan mereka, tapi inilah kali pertama dia melihat lelaki
ini gelisah sebegini. Perilaku dia yang sentiasa tenang membuatkan Hanna seakan
tak percaya bahawa lelaki di hadapannya ini Qarizh Hauzan.
Spontan, Qarizh memeluk erat tubuh
Hanna. Haruman Hanna dihidunya lama. Seakan cuba menenangkan dirinya.
Don’t
leave me. Hatinya berbisik namun mulutnya hanya kaku tidak bersuara. Dia
berharap bahawa Hanna tahu keperitannya.
Hanna mengusap lembut belakang
Qarizh. Cuba menenangkan lelaki itu sedangkan diri sendiri ditujah pelbagai
persoalan. Kenapa dengan Qarizh?
HANNA
menutup matanya. Memori lama menggamit dia kembali. Seakan masih terdengar
rintihan Qarizh meminta untuk ditenangkan. Sampai ke detik ini, dia masih tidak
tahu punca mimpi ngeri yang menjadi igauan ngerinya saban malam. Walaupun untuk
3 tahun kebelakangan ini, mimpi itu sudah tidak menganggu tidurnya, tapi dia
masih tidak yakin.
Separuh hatinya merasakan yang
Qarizh akan merintih lagi pada malam hari. Akan tersedar dari mimpi ngerinya
saban malam. Dan, menggigil ketakutan. Tak apa, Hanna. Kira ada. Kira ada.
Kata-kata itu menenangkannya namun
sekali gus merobek jiwanya. Dia tak mampu hidup tanpa lelaki itu. Harraz
dijadikan alasan, sedangkan diri sendiri yang tak mampu untuk berlari daripada
pelukan Qarizh. Dia tak mampu. Cintanya masih utuh. Hanya untuk lelaki itu. He is my king. King of my heart, body and
soul.
He
conquers all of me. So, how can I let him go? Hanna mencapai Iphone X nya.
Galeri dibuka lalu gambar Qarizh ditenungnya. Rindunya menggamit lagi. Sejak
dari amarahnya hari tu, dia sudah tak melihat bayang Qarizh di mana-mana.
Lelaki itu seakan menunggu masa ini tiba. Untuk menolaknya pergi dari kehidupan
lelaki itu.
How
can I tell him goodbye? Why I can’t let him go? But, this is for their safety. Aku
yang perlu berkorban. Hati ini yang perlu berkorban. Aku dah penat untuk
disakiti lagi. Aku dah lelah!
Anak ini perlukan kehidupan yang
aman. Tanpa kehadiran suara bingit Kira yang sentiasa cuba untuk mencari gaduh.
Harraz perlukan ketenangan. Jiwa kanak-kanak itu pasti masih dalam ketakutan
akibat dihambur makian oleh Shakira.
Ya! Ini yang terbaik untuk semua.
Keputusan ini yang terbaik. Perutnya yang baru menampakkan bentuk diusapnya
penuh kasih.
Jangan risau sayang. Walaupun daddy
tak ada di sisi, mommy masih mampu untuk menjaga sayang. Mendidik sayang dengan
sempurna. Mommy mampu.
Dia masih ingat pesanan Qarizh.
Pesanan itu perlu dia manfaatkan sepenuhnya ketika ini. Hari-hari pertama dia
menjejakkan kaki di rumah itu, hatinya penuh dengan luka. Air matanya mengalir
saban waktu. Dia tak takut untuk orang menganggapnya lemah. Namun, air mata itu
sedaya upaya disorok dari pandangan Qarizh. Sampai satu ketika, dia sudah lemah
untuk berlakon lagi.
“Don’t
cry. Keep your beauty, keep your arrogance. You have to act like a princess. A
princess will never be defeated. You are a princess. Never shown to others your
weakness. Keep it as a secret. Awak hanya perlu tunjuk betapa berkuasanya
awak, betapa kuatnya awak depan semua orang,”
Sejak dari itu, dia berhenti
menangis. Dia tampal senyuman palsu. Dia kuatkan diri. Dia tunjuk dirinya yang
kuat. Tanpa sedar, perkara itu mengubah dia. Menjadikan dia Hanna yang lebih
matang dan mampu menghadapi kenyataan.
Dia sembunyikan luka dia, dia tunjuk
muka bersahaja apabila pelbagai perkara berlaku kepadanya. Dia kena kuat. Dia
ialah air muka Qarizh.
CERMIN
belakang dikerling. Melihatkan Harraz sudah tidur, Qairul mencuba untuk
menyusun ayat. Hanna di sebelahnya dikerling. Sejak dari tadi, Hanna hanya
mendiamkan diri.
“Rindu Qarizh?” soalan itu keluar
dari bibirnya. Hanna membuat muka. Kenapa aku perlu rindukan seorang lelaki
yang rindunya tak pernah hadir untuk aku?
“Tak, perlukah?” dia membalas soalan
Qairul sinis. Qairul tersenyum sinis. Betulkah adik?
“Kasihan Qarizh kan? Lepas ni, dia
kena tinggal seorang diri. Siapalah yang nak uruskan makan minum dia? Nak
harapkan isteri, tinggal rumah asing. Nak harapkan orang gaji? Dihantarnya
untuk jaga isteri dia. Lepas ni, macam orang bujang baliklah Qarizh tu. Tak
terurus,” Qairul bersuara. Matanya dijeling sekilas kepada Hanna untuk melihat
reaksinya.
Hanna mengerutkan kening. Kenapa
Qarizh nak tinggal seorang diri pula? Isteri kesayangan dia tu kan ada.
“Tak usah nak risau sangat. Kira
ada, boleh jagakan dia,” Qairul menggangguk perlahan. Dia faham sekarang ni.
Hanna masih tidak tahu lagi tentang status Kira.
“Kenapa Kira nak kena jaga Qarizh?”
“Kira kan isteri kedua dia. Apalah
abang ni? Tak akanlah tak boleh tangkap lagi kot? Nak kata bendul, belajar
sampai luar negara,” pedih kata-kata Hanna menyentuh hati Qairul. Fuh, dia ni.
Tinggal dengan Qarizh lima tahun, dah boleh bercakap dengan gaya Qarizh. Tanpa
perasaan.
“Isteri dia? Bukan bekas isteri ja
ka?”
Spontan, kepala Hanna berpaling ke
arah Qairul. Qairul tersenyum lebar, melihatkan wajah bingung Hanna.
“Qarizh dah cerai dengan Kira,”
Satu kenyataan itu seakan menyentap
jiwa Hanna. Dah cerai? Tapi, kenapa Qarizh buat dia begini? Kenapa Qarizh tak
bersuara? Adakah Qarizh memang sudah tak mahukan dia? Bertalu-talu soalan yang
muncul di fikiran Hanna. Semakin pedih hatinya.
“Why?” hanya soalan itu sahaja yang
mampu keluar dari mulutnya.
“Sebab Hanna lah. Sudah gaharu,
cendana pula,” Qairul berpaling ke arah Hanna sekilas. Kerutan di wajah Hanna
jelas.
“Kenapa Hanna? Hanna dah tarik diri
daripada hubungan mereka. Hanna dah penat untuk terjerat dalam hubungan ni,”
Hanna bersuara.
“Sebelum tu lagi, Qarizh dah
bergaduh besar dengan Kira,” balas Qairul tenang. Hanna menghela nafas
perlahan. Cuba memikirkan setiap peristiwa yang terjadi kepadanya. Mencari satu
perkataan yang jelas menunjukkan bahawa Qarizh sudah menceraikan Shakira hanya
kerananya.
Tiada. Tiada sebarang penjelasan pun
daripada Qarizh. Mahu pun Dayyan. Seakan mereka ingin membiarkan perkara ini
terkubur begitu sahaja. Sedangkan, hakikat dia membuat keputusan ini hanya
kerana Shakira Elissa!
Atau, memang Qarizh sudah tidak
menginginkannya lagi sebagai suri di hatinya? Tapi, kenapa tidak dilepaskan
sahaja diri ini? Kenapa perlu guna nama Hickman sebagai penghalang mereka untuk
bercerai? Kenapa, Qarizh? Kenapa?!
Wajah Hanna kembali dibekukan.
Seakan emosinya tidak terusik dengan perkara sebegini.
“Biarlah dia. Bukannya Hanna boleh
buat apa-apa pun,” Qairul mengerling Hanna. Wajah itu kosong.
“Kira akan keluar dari negara petang
ni. Ada lagi 3 jam rasanya untuk flight
dia berlepas,” Qairul mengerling jam sekilas. Hanna tertawa sinis.
“Kenapa Kira kena pergi luar negara?
Sebab nak sorok hakikat tu daripada reporters?
Tak nak nama Hickman hancur? Apa-apa ja lah, Qarizh,”
Hanna
sudah tidak kisah. Kenapa dia perlu kisah dengan perempuan yang hampir
menyebabkan anaknya mati? Tiada sebab.
Tiba-tiba,
kedengaran esakan tangis seseorang dari belakang. Harraz.
“Kenapa
sayang? Harraz nak apa?” kalut Hanna memandang ke arah belakang. Tangannya
menggenggam tangan kecil milik Harraz.
“Ibu,
Harraz nak ibu..” muka Hanna berubah. Qairul mengerutkan kening.
“Siapa
ibu?”
“Kira,”
jawapan ringkas diberikan oleh Hanna.
“Kenapa
Harraz nak ibu?” soalan itu dilontarkan oleh Qairul. Dia mengerling Harraz yang
sedang menangis dari cermin.
“Harraz
sayang ibu,” lirih kanak-kanak itu bersuara. Hanna menarik nafas sedalam yang
mungkin.
“Harraz.
Ibu dah cederakan Harraz tahu, tak? Mommy masuk hospital pun sebab ibu tau
tak?” Hanna bersuara tegas. Matanya mencerlung tajam wajah Harraz.
“Hanna.
Dengar dulu Harraz nak cakap apa,” Qairul menegur Hanna. Hanna merengus perlahan
sebelum kembali memandang ke hadapan.
“Ibu
tak sengaja tolak mommy. Harraz tahu, Harraz nampak. Ibu bohong daddy. Ibu
cakap ibu tolak mommy, tapi ibu tak tolak mommy. Mommy yang salah langkah.
Selama
ini ibu tak pernah marah Harraz. Harraz buat macam-macam kat ibu. Harraz gam
rambut ibu, Harraz semakkan bilik ibu. Tapi, ibu tak pernah marah Harraz. Ibu
buat tak kisah sahaja dengan Harraz. Cuma hari tu, Harraz melampau. Harraz
rosakkan semua barang mekap ibu, sebab Harraz tahu ibu sayang sangat dengan barang
mekap dia.
Harraz yang salah. Mommy, Harraz nak
ibu. Harraz sayang ibu. Mommy...” Harraz merintih perlahan.
Hanna menggetap bibirnya perlahan.
Hanna menutup matanya perlahan, cuba berfikir sewarasnya.
“Kenapa Harraz buat ibu macam tu?”
soalan itu keluar dari mulut Hanna.
“Sebab Harraz tak suka daddy kahwin
dengan ibu,” jujur jawapan itu keluar dari mulut Harraz.
“Harraz, itu masalah mommy, daddy
dengan ibu. Harraz tak perlu masuk campur. Kenapa yang Harraz..? Apa-apa ja
lah! Abang, pergi KLIA sekarang,” arah Hanna.
“Sekarang?” Qairul menelan liur. Dia
memandang jalan raya yang sesak di hadapannya.
“Yalah! Takkan tahun depan kot, Kira
dah nak fly,” bentak Hanna kuat.
Qairul mengangguk faham.
p/s: written by me in 2018.
No comments:
Post a Comment