Friday, 3 February 2023

QUEEN : BAB 41

 HANNA berpaling ke arah Qarizh. Dia mendekati Qarizh. Cuba untuk mengambil Haisya daripada dukungan Qarizh. Namun, Haisya bertindak untuk memeluk Qarizh dengan lebih erat.

            “Daddy!!” Harraz menerpa ke arah Qarizh. Dia memeluk erat kaki Qarizh.

            Terbuntang mata Safira mendengarnya. Daddy? Puan Hanna isteri Dato’? Wah! Jackpot ni! Mesti kecoh office macam ni!

            “Daddy nak dukung!” Qarizh merenung Harraz.

            Nak dukung juga? Sebelah tangan kirinya mengangkat Harraz.

            “Makin berat anak daddy ni,” komennya.

            “Mesti lah berat. Harraz kan dah besar!”

            Hanna mengetap bibir. Anak daddy betul! Abang, adik. Sama ja.

            “Anak daddy ya? Habislah kau, dik!” Qairul bersuara di tepi telinga Hanna. Hanna menjeling tajam sebelum memijak kuat kaki Qairul.

            “Adoi! Sakitlah dik! Kau pijak aku dengan tumit!” Qairul melompat-lompat kesakitan. Dia menjeling tajam Hanna sebelum duduk di kerusi. Dia mengusap lembut ibu jari kakinya. Kalau berdarah macam mana?

            Qarizh hanya tersenyum nipis. Typical Hanna. Garang dan tegas. Dia sendiri pun tak tahu di mana hilangnya ketegasan Hanna selepas berkahwin? Tapi, hari ini. Dia sudah menunjukkan dirinya yang sebenar. Jadi, perpisahan ini ada baiknya.

            “Apa yang awak pandang-pandang? Pergi belakang. Uruskan model. Nanti bagitahu Rose, saya nak jumpa dia,” Hanna terus mencerlung tajam ke arah Safira.

            Dari tadi lagi dia perasan, bahawa mata Safira mencuri pandang ke arah mereka. Tak akanlah usyar suami aku kot? Aku lambung masuk longkang nanti!

            Hai, Hanna. Tak akanlah cemburu kot?

            Tak adalah cemburu. Tapi, Qarizh masih suami aku kot.

            Safira menundukkan kepalanya perlahan sebelum berlalu pergi ke backstage. Ada gosip yang perlu dia sampaikan kepada semua orang.

            Qairul terdiam apabila dia mendengar nama Rose disebut. Rose. Mawar yang indah namun durinya menyakitkan siapa yang menyentuh. Dan, dia adalah salah seorang yang terluka dengan duri itu.

            “We need to talk,” Qarizh bersuara. Matanya memandang tajam mata Hanna.

            Hanna menelan liur. Permulaan itu bukan baik baginya. Dia tak mampu mendengar apa-apa perkataan yang akan dibicarakan oleh Qarizh. Dia tak sanggup.

            “I have nothing to talk to you. Abang, nanti bawa Harraz dan Haisya balik. Hanna ada kerja,”

            Hanna terus berlalu pergi dari situ. Dia tak mampu untuk berada di situ lagi.

            “Saya nak ambil Harraz,” kata-kata itu memakukannya. Hanna berpaling. Matanya merenung tajam mata Qarizh.

            “Abang, bawa Harraz dan Haisya pergi,” Qairul mengangkat kepala. Arahan apakah itu?

            “Now!” seakan direnjat elektrik, Qairul terus menerpa ke arah Qarizh. Harraz dan Haisya dicapai walaupun mereka memberontak.

            “Harraz tak nak!”

            “Sayang, ikut papa. Daddy nak cakap dengan mommy,” Qarizh memujuk Harraz yang bertegas tidak mahu.

            “Harraz nak daddy!” Qarizh menjegilkan matanya. Memberi amaran kepada Harraz agar jangan membantah arahannya. Harraz hanya menunduk dan merelakan diri untuk diambil oleh papa.

            Setelah jarak Qairul sudah jauh daripada mereka, Hanna mula bersuara.

            “Apa maksud awak?” suara itu keras.

            “Jom keluar,” Qarizh berlalu pergi.

            “Qarizh!” langkah Qarizh terhenti. Dia berpaling ke arah Hanna.

            “Kita cakap di luar,” tegas lelaki itu bersuara sebelum berlalu pergi.

            Hanna mengetap bibir geram. Dia tak boleh mengatakan tidak dalam perkara macam ni! Qarizh nak ambil Harraz. Hanya itu yang berada di fikirannya ketika ini.

            Dia tahu yang Harraz sudah berusia 7 tahun. Harraz sudah berhak memilih. Sama ada untuk tinggal dengannya atau dengan Qarizh. Dan, sebahagian besar hatinya tahu yang Harraz akan memilih untuk pergi kepada Qarizh.

            Whatever! Kalau dia tak nak berbincang, pasti tak akan ada penyelesaian. Ya! Betul, Hanna! Kau perlu lari daripada dia!

 

“DAH  habis cakap dengan Riz?” soalan Qairul diabaikannya. Dia tak ingin menjawab soalan itu sekarang.

            Dia terus meluru ke arah bilik make up. Rose menantinya di situ. Qairul yang mengikuti setiap langkahnya dibiarkan. Dia tahu, Qairul ingin menagih penjelasannya.

            “Rose!”

            Kaki Qairul terhenti. Matanya hanya mampu melihat gerak langkah Hanna yang mendekati Rose. Kakinya seakan terlekat di situ. Tidak! Dia tak boleh begini. Dia harus tunjukkan bahawa dia kuat! Dia kuat untuk kembali bertembung mata dengan Rose. Dia bukan lelaki yang lemah!

            Rose berpaling ke arah suara yang memanggilnya. Alangkah terperanjatnya dia, apabila melihat Qairul berada di belakang Hanna. Otaknya masih tak mampu mengaitkan Hanna dengan Qairul. Tapi, jelas di matanya ketika ini Qairul dengan Hanna ada satu hubungan yang rapat. Tetapi, sebagai apa?

            Hanna isteri Qarizh. Bukan, milik Qairul. Atau, Qairul kekasih Hanna yang baru? Menggantikan tempat Qarizh di hatinya? Tak. Tak mungkin! Qairul bukan begitu. Dia tak sanggup melihat Qairul dengan Hanna. Dia tak nak! Hatinya pedih!

            “Nasib baik awak tunggu,” kata-kata Hanna menyentakkannya. Dia kembali memfokuskan matanya ke arah Hanna.

            “Macam ni. Saya nak jadikan awak model tetap untuk Hanna Mac, boleh?” Hanna bersuara. Rose mengangguk laju. Memang itu peluang yang dia tunggu-tunggu selama ini.

            “Boleh ja, kak,” diabaikan pandangan mata Qairul ke arahnya.

            “Okey, hari Isnin ni, Rose datang office akak. Kita bincang,” Hanna menepuk perlahan bahu Rose sebelum berpaling. Terpaku dirinya apabila melihat Qarizh berdiri di pintu. Tajam memerhatikannya.

            “Dah habis kerja?” soal Qarizh.

            Hanna memakukan dirinya. Tidak ingin menjawab soalan Qarizh.

            Qarizh menarik nafas sedalam yang mungkin. Keletah Hanna mencabar amarahnya. Berbelas minit dia menanti Hanna dalam kereta, rupa-rupanya Hanna melarikan diri daripadanya.

            Qarizh terus menghampiri Hanna. Tangan Hanna ditarik untuk mengikut rentak langkahnya. Kelam-kabut, Hanna mencuba untuk mengikut rentak langkah Qarizh. Dia mencuba untuk melepaskan diri daripada cengkaman tangan Qarizh. Tapi, dia tak berupaya.

            Cengkaman Qarizh terlalu kuat mencengkam pergelangan tangannya. Qarizh membuka pintu kereta, lalu menghumbankan tubuh kecilnya ke dalam kereta. Kemudian, lelaki itu berlalu masuk ke dalam kereta.

            Hanna mencuba untuk membuka pintu kereta, tapi pintu itu dikunci dari dalam. Dia memandang Qarizh tajam. Tak puas hati.

            Qarizh hanya mengabaikan pandangan mata Hanna. Dia terus memandu pergi dari kawasan hotel itu.

No comments:

Post a Comment