Saturday, 4 February 2023

QUEEN : BAB 65

 Bab 65

“DUDE!” sapanya lantang sambil mengangkat tangan. Memberi isyarat mata agar Qarizh membalas sapaannya. Qairul mengambil tempat di sisi Qarizh.

            Matanya bertembung pandang dengan mata Qarizh. Sekejapan cuma, kerana lelaki itu menundukkan wajah.

            “Why, Riz?” Qarizh ketawa sedikit. Melindungi perasaannya daripada ditebak oleh lelaki itu.

            “Aku hanya nak dia bahagia, Qairul. Hanya itu,” dia tersenyum. Tetapi, senyuman itu jelas tiada sinarnya.

            “Dia akan bahagia kalau kau ada di sisi dia,”

            “Kau yakinkah? Aku tak. Aku kunci dia dalam hidup aku 5 tahun. Dan, bila aku bebaskan dia, aku nampak keyakinan yang pernah ada dalam diri dia. Aku nampak senyuman yang hilang dulu. Aku nampak keceriaan yang pernah wujud dulu.

            Sesuatu yang hilang disebabkan derita yang aku campakkan kepada dia. Pulanglah, Qairul. Bawa Hanna bersama dengan kau. Suruh dia teruskan hidup dia tanpa aku dan jangan sebut nama aku lagi,” Qarizh bersuara.

            Qairul hanya mendengar tanpa sebarang kata. Tanpa sebarang reaksi. Matanya hanya merenung lelaki itu.

            “Kau tak bersalah,”

            “Stop it, Qairul. Tak perlu nak advertise kat semua orang yang perkara ini bukan salah aku. Why? Kau takut aku bunuh diri lagi? Come on, Qairul,” lelaki itu ketawa sinis. Cukup sinis.

            Qairul tertawa. Lebih kuat daripada ketawa Qarizh. Dan lebih sinis.

            “Aku tak takut kalau kau bunuh diri. Siapa aku untuk menghalang? Go ahead and die. But, before that kau jumpa anak-anak kau, kau terangkan kepada mereka sebab apa kau ambil keputusan yang bodoh macam tu! Aku tak nak bersoal jawab dengan anak-anak kau. Aku tak nak tengok Hanna menangis.

            Why should I? Kau yang mati, dan kenapa aku yang perlu tanggung semua? Tell me. Hanna. Harraz. Haisya. Semuanya tanggungjawab kau. Semuanya milik kau. Kenapa aku yang perlu jaga mereka?

            Aku ada life aku sendiri, Qarizh. Sebelum kau mati, why not kau carikan suami baru dulu untuk Hanna? Aku tak akan selamanya mampu untuk jaga keluarga kau. Aku pun nak kahwin juga.

            So, Qarizh. Sebelum kau buat sebarang keputusan, kau gunakan dulu otak kau tu untuk berfikir. IQ tinggi-tinggi, tolong manfaatkan. Fikir pros and cons dulu,”

            Qarizh merenung Qairul tajam. Muka Qairul tetap tenang. Hanya matanya yang tajam. Memaksudkan semua perkataan yang diluahkan.

            “Kau janji dengan aku, kau nak jaga mereka!” keras nada Qarizh bersuara. Qairul tersenyum sinis.

            “Aku dah tunaikan janji aku. Aku dah jaga mereka 3 tahun. Sepanjang ketiadaan kau, aku dah jaga mereka. Kau pun dah balik, why not kalau kau ambil balik tanggungjawab kau ni?” senyuman senget muncul di bibir Qairul.

            Qairul bangkit daripada duduknya. Tangannya menepuk perlahan bahu Qarizh.

            “Jangan jadi pengecut yang takutkan kisah silam sendiri. Hanna sudi terima kau balik dalam hidup dia, kenapa bukan kau? Kalau dia mampu lupakan semua yang kau buat kepada dia, kenapa bukan kau?

            Don’t be selfish!”

            “I’m not! I’m being considerate! Dia boleh jalankan hidup dia dengan lebih baik tanpa aku!”

            “You are being selfish!”

            Qairul terus berlalu keluar daripada wad itu. Meninggalkan Qarizh untuk berfikir dan membuat keputusan.

 

LANGKAH dibawa kosong. Tangannya menyentuh nombor di lif. Perlahan, lif itu bergerak menuju ke tingkat yang ditekannya.

            Ting.

            Dia berjalan lemah keluar daripada pintu lif itu. Satu demi satu. Langkah ditapak. Di mindanya sarat dengan pelbagai persoalan. Dan, pelbagai pemikiran.

            Langkahnya diberhentikan di hujung bangunan itu. Rooftop. Yang memisahkannya dengan kekosongan hanyalah satu tembok setinggi lututnya. Dia merenung ke dalam keheningan malam. Bintang masih berkelipan. Tapi, kerlipan itu semakin kelam. Mungkin, kerana cahaya di bumi lebih terang.

            Dia memeluk tubuh. Otaknya masih keras berfikir.

            Betulkah keputusannya? Betulkah tindakannya? Betulkah ini yang terbaik untuk mereka? Am I being selfish?

 

“YES, Kak Mia. Kakak pack baju saya dan anak-anak. Bawa pergi rumah Riz,” telefon melekap di telinga manakala tangan kirinya menolak pintu wad Qarizh.

            Dia terpaku apabila ruangan bilik itu kosong. Keningnya berkerut.

            “Kakak, later I call you back? Okay, thank you, kak. Bye,” panggilan itu dimatikan.

            “Abang?” dia merenung sekeliling bilik itu. Kosong. Dia terus meluru ke toilet. Membuka pintu bilik air. Tetap kosong.

            Jiwanya gelisah. Mana pula dia ni pergi?

            Dia terus melangkah keluar daripada wad itu. Langkahnya laju mencari jururawat yang bertanggungjawab menjaga wad VIP itu. Namun, jawapan jururawat itu meresahkannya.

            Tidak ada. Mereka tak nampak di mana Qarizh berada. Apatah lagi, mengetahui waktu dia meninggalkan bilik. Oh damn!

            Hanna memegang kepalanya. Mencuba untuk bertenang. Relax Hanna. Kalau kau sekarang ni berada di tempat Qarizh, mana kau akan pergi? Taman? No. He is not that kind of guy?

            Rooftop?

            Hanna terpaku. No, he will not, right? He will not try to jump off the building, right? Tak mungkin dia akan buat macam tu, kan?

            Tanpa berlengah, dia berlari laju ke arah lif. Butang ke atas di tekan berulang kali, namun pintu lif masih tidak terbuka.

            Damn!

            Dia terus membuka pintu kecemasan. Langkahnya terus mengorak langkah laju menaiki tangga itu. Satu demi satu. Tanpa sedikit pun dia berhenti.

            God, save him!

 

PINTU itu dibuka kuat. Kaku tubuhnya apabila sangkaannya tepat. Dia kat sini. Dia di rooftop. Hanna menelan liur yang dirasakan berpasir.

            Hanya beberapa langkah. Hanya tinggal beberapa langkah lagi untuk Riz melompat turun daripada bangunan itu.

            Dalam diam, dia memaki hamun diri sendiri. Kenapalah dia boleh tinggalkan lelaki ini begitu sahaja? Dalam keadaan emosi yang tak stabil macam tu! Bodohlah kau Qaireen Hanna!

            “Abang!” dia bersuara lembut. Langkahnya agak jauh daripada lelaki itu. Perlahan langkahnya diorak. Dia tak mahu menggesa Qarizh. Dia tak nak tindakan bodohnya akan membuatkan lelaki itu merasa tertekan dan seterusnya melompat turun daripada bangunan itu.

            Lelaki itu berpaling ke arahnya. Mukanya tenang tanpa sebarang perasaan. Dalam diam, Hanna memaki lelaki ini. Relaks ja muka dia pandang aku. Dia tak sedarkah kalau dia tersalah langkah, dia boleh jatuh daripada bangunan itu. But still, muka dia beku.

            Susah juga kahwin dengan lelaki yang tak ada perasaan ini. Aku pula yang kena bersabar dan takut untuk dia.

            “Abang, jangan buat tindakan bodoh, bang. Kita bincang elok-elok. Hanna sayang abang, please. Jangan bunuh diri, bang. Come here. Datang dekat dengan Hanna,” lembut suaranya memujuk lelaki ini. Namun, muka lelaki itu masih beku seperti itu. Tiada perasaan.

            Hanna menghela nafas lega apabila lelaki itu duduk di atas lantai. Fuh! Dia tak akan bangun dan berlari untuk lompat bangunan, kan? Dia tak akan berfikir yang dia sehebat Hritik Roshan dalam cerita Bang Bang kan? Dia tak akan lompat ke bangunan lain semata-mata untuk lari daripada penjahat kan?

            He will not be that reckless, kan? Kalau dia lompat macam cerita Bang Bang tu, rasanya aku yang mati dulu. Tak sanggup aku untuk melihat scene ala-ala action itu.

            Hanna tersentak apabila Qarizh menepuk perlahan tempat di sisinya. Hanna mengerutkan kening. Dia fikir itu kerusi ke apa? Dia ajak aku duduk atas lantai dengan dia? Tak romantik langsung.

            Dia fikir atas bumbung ni, ada kerusi, duduk, makan-makan. Then, ada orang tolong mainkan violin. Acah-acah candle light dinner, sangat.

            Yang ada atas bumbung ni, adalah tempat untuk helikopter landing ja tau tak? Dia fikir dia Captain Yoo Si Jin dalam Descendant of The Sun, yang naik helikopter atas bumbung untuk semata-mata untuk kerja tenteranya? Atau, dia fikir helikopter nak turun di sini untuk bawa pesakit yang hampir mati dalam kapal terbang yang akhirnya menemukan Doctor Hong Ji Hong dan Doctor Yoo Hye Jung untuk kali pertama setelah 13 tahun dalam cerita Doctors? Pleaselah, Qarizh Hauzan.

            “Hanna,” dia tersentak. Perlahan dia melangkah ke arah lelaki itu dan mengambil tempat di sisinya.

            Senyap seketika. Tiada yang bersuara mahu pun memulakan kata. Segalanya bagaikan sepi tanpa kata. Hanya merenung kegelapan malam yang semakin kelam tanpa cahaya.

            “Do you still love me? Despite, all the bad things that I have done to you? Saya kurung awak. Saya tak bahagiakan awak. Saya tak ada di sisi awak di saat susah awak. Saya abaikan awak. Betulkah cinta itu masih ada lagi untuk saya? Atau, hati awak terikat dengan kesetiaan?” suara lelaki itu memecah suasana. Hanna hanya melemparkan senyuman.

            Dia sendiri tidak pasti. Kenapa dan mengapa? Kenapa hatinya masih menyebut nama lelaki itu? Kenapa jantungnya masih berdebar kencang apabila dirinya dekat dengan lelaki itu? Otaknya menegah tapi hatinya mahu.

            “I am impress of myself too. Macam mana eh, Hanna masih boleh sayangkan abang? You hurt me damn much. But, still I fall in love with you. Mungkin sebab, Hanna cuma punya hati?” dia tersenyum manja. Wajahnya ditundukkan.

            Dia tak pernah bermanja begini. Tidak, selama 8 tahun ini. Mungkin, dia terlalu banyak melarikan diri daripada masalah. Atau, dia mengubah dirinya mengikut keadaan. Dia menyedari yang sikapnya makin matang daripada dahulu. Sedikit sebanyak, dirinya hilang dibawa arus masa.

            Mungkin, dia perlu kembali ke detik itu. Menjadi manja seperti dahulu. Menjadi ceria dan yakin seperti dulu. Mungkin sikap itu yang mampu mengubah Qarizh? Siapa tahu? Mungkin sikapnya yang lebih banyak patuh kepada Qarizh yang menjadikan lelaki itu kekal dengan dinginnya? Siapa tahu?

            “Jangan cakap awak cuma punya hati. Saya izinkan awak pergi dulu, agar awak punya segalanya. Bukan sekadar hati. Saya sedar yang saya kunci awak daripada impian awak terlalu lama. Dan, sekarang awak masih cuma punya hati?” Qarizh bangkit daripada duduknya. Nafasnya dihela lagi.

            Dia seakan tidak percaya dengan kata-kata wanita itu. Dia sudah izinkan wanita itu pergi daripada hidupnya untuk 3 tahun. Demi mengejar cita-cita dan impian wanita itu yang tinggal kenangan selepas terkunci untuk hidup dengannya.

            Hanna turut bangun. Lengannya memeluk lengan lelaki itu yang sedang menyeluk poket.

            “It means, I love you. Tak payah nak acah sentap sangat. Thank you, sebab bagi Hanna peluang untuk berdikari. Walaupun you express it dalam cara yang sangatlah pelik dan menyakitkan hati. Mungkin, kita kena belajar subjek hati dan perasaan. Don’t you think so?” Hanna merenung wajah Qarizh. Matanya dikerlipkan beberapa kali.

            “You are being weird,” Qarizh terus berlalu ke arah tangga dan melangkah turun. Meninggalkan Hanna seorang diri di atas bumbung.

            Hanna merenung belakang tubuh lelaki itu. Dia menjongket bahunya perlahan. Malas untuk berbalah dengan lelaki itu. Sekarang, dia perlu memulakan projek untuk mengubah lelaki itu.

            Kita kena korek semua rahsia yang tersembunyi dalam hatinya. Kita perlu ajar dia untuk meluahkan segala perasaan yang terkunci rapat dalam hatinya. Sebab, dia dah terlupa bagaimana untuk meluahkan perasaan.

            Wish you good luck, Qaireen Hanna. It will be a tough journey.

No comments:

Post a Comment