Friday, 3 February 2023

QUEEN: BAB 30

written in the span of 2018 until 2019. 


SEAKAN masih terasa kesan tamparan itu di pipi. Hanna mengeluh lemah. Dia seakan tidak percaya dengan dirinya sendiri. Macam mana dia mampu untuk menyayangi lelaki itu sampai begini sekali. Makhluk berkromosom XY itu tidak layak untuk memiliki cintanya sebegini sekali.

            Dia kalah tanpa bertanding. Dia mencintai Qarizh. Cintanya itu seakan tiada hujung pangkalnya. Dia terluka. Dia menangis. Tapi, hatinya tetap memanggil nama Qarizh. Biarlah 1000 tahun berlalu pun, hatinya masih setia untuk lelaki itu. Tiada yang kedua.

            “Mommy!” Hanna tersentak. Dia terus mengesat air mata yang jatuh dari kelopak matanya. Sakit itu masih jelas.

            “Mommy, Harraz nak daddy! Daddy mana?” Harraz membentak.

            “Daddy tak ada sayang,” Hanna mencuba untuk berdiplomasi dengan anaknya. Sudah beberapa kali soalan itu dikeluarkan oleh Harraz.

            “Harraz nak daddy!! Daddy cakap nak outstation lama. Daddy pergi mana? Kita tak boleh ikut daddy ke?” soalan itu keluar lagi dari mulut Harraz. Hanna menggetap bibir geram.

            “Daddy pergi USA. Kita tak boleh ikut daddy, mommy tak boleh naik flight sekarang ni, mommy mengandung,” Harraz merenung wajah Hanna lama. Dia menghentakkan kakinya kuat.

            “Kalau mommy tak boleh ikut, kenapa  mommy tak bagi Harraz ikut daddy?! Harraz nak daddy!!” bingit suara Harraz bergema di bilik itu.

            “Qarizh Harraz!! Mommy cakap tak boleh, tak bolehlah! Tak faham bahasakah?!” suara Hanna naik. Dia tertekan ketika ini. Qarizh tidak pedulikannya. Harraz yang tak pernah faham untuk mengikut kata-katanya.

            Mungkin, kerana dia terlalu manjakan Harraz sehingga hanya Qarizh yang mampu untuk melarangnya. Sekali lagi, Qarizh! Semuanya tentang Qarizh!

            “Mommy memang tak sayangkan Harraz!! Harraz nak daddy!!!” Harraz segera berlari pergi dari bilik Hanna. Hanna memicit dahinya yang sakit. Dia tak tahu. Dia tak mampu untuk berbuat apa-apa lagi. Harraz dah semakin memberontak.

            Hanya Qarizh yang mampu mengawal Harraz ketika ini. Hanya Qarizh.

 

“HARRAZ, kenapa? Kenapa dia tak turun makan pun?” Qairul bersuara apabila dia hanya melihat Hanna di ruang makan.

            “Dia merajuk,” balas Hanna tenang.  Qairul mengerutkan kening. Dia meletakkan kot dia atas kerusi sebelum melabuhkan punggungnya.

            “Merajuk? Kenapa?” Hanna mencedok nasi ke pinggan Qairul.

            “Harraz nak Riz,” Qairul mencapai pinggan yang dihulurkan oleh Hanna. Apa masalahnya?

            “Jadi, apa masalahnya? Hanna contactlah Riz. Suruh dia datang. Harraz tu anak dia juga,” Hanna menjeling Qairul tajam. Qairul menelan liur. Singa betina mengamuk rupanya.

            “Sejak bila pula abang baik dengan Riz ni? Abang dah lupa, dia buat apa kat kita? Pipi Hanna masih terasa lagi bahang tamparan dia, abang,” Hanna menolak pinggannya ke tepi. Dia bangkit dari duduk.

            “Eh, tak nak makankah? Abang janji abang tak sebut nama Riz dah. Duduk makan dulu,” Qairul menahan Hanna. Dia menggenggam tangan Hanna.

            “Hanna dah tak ada selera!” Hanna menarik tangannya dari genggaman Qairul. Dia terus membawa diri ke tingkat atas.

            Qairul menggelengkan kepalanya perlahan. Perempuan, kalau bab bergaduh. Salah yang 10 tahun lepas pun dia boleh ungkit. Memori komputer mana yang tersekat dalam otak mereka ni?

 

QAIRUL membuka pintu bilik Harraz perlahan. Bilik yang direka khas untuk Harraz yang bertemakan Thor kesayangannya membuatkan Qairul berasa kagum. Interior designer manalah yang diupah untuk mengubah suai rumah ini.

            “Harraz tak nak makan!” jerit satu suara kecil. Qairul mengeluh perlahan. Harraz yang sedang meniarap itu dipandang. Dia menghela nafas perlahan. Like mother, like son. Merajuk ja kerjanya.

            “Betul, Harraz tak nak makan?” Qairul bersuara. Harraz segera berpaling ke arahnya. Dia memisat-misat matanya yang merah. Menangislah tu.

            “Papa..” Qairul tersenyum. Dia meletakkan tray makanan itu di atas meja. Dia duduk di sisi Harraz.

            “Kenapa? Harraz fikir mommy yang masukkah?” Harraz mengangguk perlahan. Qairul membawa Harraz ke dalam pelukannya.

            “Harraz rindu daddy?” soalannya hanya dibalas dengan anggukan oleh Harraz. Qairul cuba berfikir. Tak akanlah dia hendak membiarkan Harraz terperangkap dalam masalah Qarizh dengan Hanna. Harraz perlukan Qarizh.

            “Nanti, papa suruh daddy jumpa Harraz ya?” Harraz mengerutkan kening.

            “Bukan daddy ada kat Amerika ke?” Qairul menggigit lidah. Alamak, dia tak tahu pula tentang pelan pembohongan Qarizh ni.

            “Haah, daddy kat Amerika. Nanti, papa call daddy, suruh daddy balik kejap. Papa bagi tahu daddy yang Harraz rindu daddy. Boleh?” Harraz mengangguk laju. Di wajahnya terpapar jelas senyuman bahagia.

            “Okey, now, Harraz kena makan. Kalau tak, nanti daddy tak nak jumpa Harraz macam mana? Harraz nak daddy marah?” Harraz menggeleng laju.

            “Tak nak. Harraz takut daddy marah,” Qairul segera mencapai tray makanan itu dan diletakkan di hadapan Harraz.

            “Okey, Harraz makan atau Harraz nak papa suapkan?” Harraz menggelengkan kepala.

            “Harraz pandai makan sendiri. Dulu, mommy selalu suap Harraz. Lepas tu, mommy sakit. Waktu mommy sakit, daddy ajar Harraz makan sendiri,” Qairul menggosok kepala Harraz lembut. Pandai budaknya. Bijak.

            Dalam diam, Qairul menangkap gambar Harraz dan menghantar gambar itu kepada Qarizh. Sedikit sebanyak, rindu lelaki itu akan terubat jua.

 

QARIZH menutup laptopnya. Skrin yang gelap itu ditutup. Kemudian, dia bersandar di kerusi. Bahunya yang penat diurut perlahan. Seharian menghadap fail dan komputer merupakan satu hari yang penat baginya. Otaknya sudah penat bekerja. Tapi, dia tidak berniat untuk merehatkan diri.

            Kenapa dia perlu berehat? Andai tiada apa yang dapat mengubati penatnya? Hari cutinya hanya ditemani dengan kesunyian dan bunyi televisyen. Tiada lagi suara bingit Harraz yang mengajaknya untuk ke taman permainan.

            Qarizh tersentak apabila Iphonenya berbunyi. Siapa pula ni? Qarizh mencapai telefon bimbitnya dan membuka mesej itu. Kelihatan gambar Harraz yang tengah makan di atas katil. Kenapa dia makan di atas katil? Dia sakitkah?

            Satu lagi pesanan masuk.

            Qairul : Anak kau merajuk dengan Hanna. Sebab kau. Harraz rindu kau.

            Qarizh hanya tersenyum tipis. Gambar Harraz ditatapnya lama. Dia rindu untuk mendengar celoteh kanak-kanak itu. Dia rindu untuk mendukung kanak-kanak itu. Dia rindu untuk menatap wajah kanak-kanak itu, ketika dia tidur.

            Qarizh : Bagi tahu dia yang aku rindu dia.

            Telefon bimbitnya ditutup. Dia melangkah lemah menuju ke katil peraduannya. Dia merebahkan badan. Baju Hanna dan Harraz dipeluknya erat. Hanya ini satu-satunya baju yang dia simpan untuk dirinya sendiri. Dia tahu, yang Hanna tak akan perasan dengan kehilangan baju ini.

            Baju dia terlalu banyak untuk dia perasan kehilangan sehelai baju. Ada isteri, jauh dari dakapan. Ada anak, tidak mampu untuk digapainya.

            Hanna, I miss you. I miss you like crazy, I miss you to death. No matter how hard I try to push this feeling away, only you are staying in my heart. I want to see you again, I want to see you.

            I tell myself again to stop missing you. But, how can I love again without you? You are the only one who can open my heart, my heart that I thought it will forever be closed.

            I love you like crazy, I love you to death. But, I don’t know, how to tell you? You hate me, so much. The anger in your eyes, I don’t know if I can relieve it. I don’t know, if there is still a small space in your heart for me.

            I’m sorry that I hurt you. The pain in your heart is unbearable. I’m sorry. Forgive me. I’m a fool.

No comments:

Post a Comment