Thursday, 31 January 2019

QUEEN - Prolog

HANNA menggenggam gambar perkahwinan itu. Menggenggam erat gambar itu seakan dia menggenggam erat sekeping hati itu. Hati yang ingin dia miliki. Sangat-sangat.
Air matanya tumpah sekali lagi. Ibu, Hanna tak kuat. Hanna sayang dia sangat-sangat. I love him. Hati Hanna sepenuhnya milik dia. Tiada resah lagi. Jangan pernah bertanya. Biarpun 1000 tahun berlalu, hati ini masih milik dia.
Tempat dia tak mampu diganti. Biarpun sering kali diri ini diabaikan, hati ini masih memilih dia. Masih mengasihi dia. Like a fool. I am.
Bodoh kan, Hanna? Ibu, apa yang Hanna perlu buat ketika ini? Di saat hati ini resah dan derita, ibu sudah tiada di sini. Tiada lagi di dunia ini. Ibu. Hanna rindu ibu. Hanna sudah tak ada tempat bergantung selain ibu. Hanya ibu yang memahami perasaan Hanna. Hanya ibu yang bersetuju dengan tindakan Hanna. Hanya ibu.
Ibu, abang marah Hanna. Abang cakap Hanna bodoh. Tapi, bukankah dia kawan abang? Hanna memilih dia kerana Hanna tahu, kawan abang semuanya baik. Jadi, keputusan Hanna yang bodoh? Atau, abang yang bodoh memilih kawan?
Jika abang tak bawa dia datang rumah, Hanna tak akan terjatuh cinta dengan dia. Hanna tak akan jadi stalker setia. Hanna tak akan jadi sebegini. Hanna tak akan pilih dia untuk menjadi suami. Jadi, bukankah semua ini berpunca daripada abang? Tapi, kenapa semua menuding jari kepada Hanna ketika ini?
Ibu, cinta itu unik kan? Without a word, he made me knew what love is. I should not have looked at him in the first place. I should ran away. I should pretended that I did not knew him. I should knew my limit. But when I love, I love honestly. And to him, I give all of me.
Qarizh Hauzan Hickman. Saya, Qaireen Hanna Al-Haytham menyerahkan hati saya kepada awak untuk selamanya. Saya tak akan pernah berdusta kepada awak. Saya tak akan memilih yang lain, kerana hidup saya hanya untuk awak.
Riz, you made me smile. You made me laugh. You made me blush. You made me forget all of my problems. You made me feel better about myself. You’re the reason why I’m happy.
But, little did I know, that the reason for my happiness could also be the reason why I am broken.

No comments:

Post a Comment