Bab 57
“WHAT do
you mean by..?” Ashley terduduk
perlahan. Khabar itu melemahkannya. Wajah Rose dipandang lama. Mengharapkan
khabar itu hanya satu penipuan semata-mata.
“Adik serious. Along dah failkan cerai terhadap kak long,” Ezra meraupkan
rambutnya perlahan. Serabut!
“Kak long?” Rose menggelengkan
kepalanya perlahan. Dia tak tahu bagaimana untuk menjawab soalan angahnya.
“Angah, macam mana ni?” suara lirih
mamanya menambahkan lagi sakit di kepalanya. Dia tak mampu berfikir dalam
keadaan yang macam ni.
“Adik, tengok-tengokkan kak long.
Nanti angah fikir macam mana nak buat,” Ezra mengangkat tubuh. Dia berlalu masuk
ke dalam biliknya.
Dia melabuhkan duduk di kerusinya.
Dia memusingkan kerusi itu perlahan. Bunyi deringan telefon mengejutkannya. Dia
merenung nama itu.
Papa.
DAYYAN mengetuk
pintu bilik Qarizh berulang kali. Bilik itu sunyi sepi. Dayyan cuba membuka
pintu itu, namun tombolnya berkunci. Dia menghela nafas lemah.
“Tuan!” berulang kali nama Qarizh
dipanggilnya namun tiada jawapan daripada lelaki itu.
“Tuan makan tak lagi?” soalan itu
dibalas sepi. Dayyan menggaru kepalanya yang tak gatal. Apa yang perlu dia
lakukan dalam keadaan yang macam ni?
“Abang, tuan macam mana?” suara itu
membuatkan Dayyan mengalihkan tubuhnya. Matanya memandang Ratna yang
memandangnya dengan persoalan.
Namun, tiada jawapan mampu
diberikannya kepada isterinya itu.
“Tuan,” Ratna mengetuk perlahan
bilik Qarizh. Namun, tiada jawapan. Ratna mengeluh perlahan.
“Tuan, saya dah masak. Nanti, tuan
turun makan. Tak baik biarkan perut kosong,” Ratna bersuara. Hanya itu yang
mampu dilakukannya ketika ini.
Ratna memandang ke arah Dayyan.
Mereka sudah tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Mereka berlalu daripada
ruangan itu.
Meninggalkan Qarizh sendiri.
KERETA diparkir
di hadapan banglo itu. Banglo milik Harith Hickman. Dayyan keluar dari kereta
itu. Fail yang memerlukan tanda tangan Qarizh dicapainya.
Hanya kepada Tan Sri Harith sahaja,
dia boleh membawa fail-fail ini ketika ini. Fail yang sepatutnya diuruskan oleh
Qarizh, tetapi dengan keadaan Qarizh yang sudah beberapa hari mengurung diri.
Fail ini bukan satu perkara yang baik
untuk dibincangkan.
Dia mengetuk pintu rumah itu
perlahan. Seketika, pintu itu dibuka oleh pembantu rumah.
“Encik nak cari siapa?” soalan itu
keluar dari mulut pembantu rumah itu.
“Tan Sri Harith. Dia ada, kan?”
Dayyan bersuara ingin memastikan. Setahunya, sudah beberapa bulan Tan Sri
Harith kembali semula ke Malaysia setelah beberapa tahun merantau di beberapa
negara.
Anggukan daripada pembantu rumah itu
melegakannya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah itu dan berlalu ke ruang tamu.
Dia mengambil tempat duduk di atas kerusi. Matanya memerhati persekitaran rumah
itu.
Rumah yang besar, tapi sayang. Rumah
itu kosong. Yang tinggal di dalamnya hanyalah Tan Sri Harith dan Qarizh.
Tetapi, sejak Qarizh keluar dari rumah itu 13 tahun dahulu. Rumah itu makin
sunyi.
“Dayyan,” suara daripada Tan Sri
Harith membuatkan dia bangun daripada duduk. Dia menganggukkan kepalanya
perlahan.
“Duduklah,” Dayyan melabuhkan
duduknya. Dia terus mencapai fail.
“Tan Sri, ini fail yang Riz perlu..”
“Dayyan. Saya ni dah tua, tahu tak?
Tak akanlah dalam sisa-sisa hidup saya, saya nak bekerja lagi?” terhenti
percakapan daripada mulut Dayyan. Dia merenung Tan Sri lama.
“Tapi, Tan Sri. Riz..”
“Riz kurungkan diri?” berkerut
kening Dayyan dibuatnya. Macam mana Tan Sri tahu? Dia baru sahaja ingin membuka
cerita.
“Macam mana Tan Sri tahu?” soalan
itu meluncur keluar di mulutnya. Tan Sri Harith hanya melemparkan senyuman.
“Saya papa dia, Dayyan,” Tan Sri
Harith mengeluh perlahan apabila dia melihat beberapa fail yang perlu diuruskan.
Wah! Dah beberapa hari Riz mengurung diri ni?
“Untuk urusan kerja, it’s okay. Saya akan suruh orang lain
uruskan,” berkerut kening Dayyan dibuatnya. Orang lain?
“Ezra!” Dayyan mengerutkan kening.
Ezra?
Seketika kemudian, muncul satu
figura yang keluar dari sebalik tangga itu. Hauzan Ezra? Dayyan terbangun
daripada duduknya. Matanya memerhati lelaki itu lama.
“Angah, ni Dayyan. PA along,” Hauzan
Ezra menghampiri Dayyan.
“It’s
okay, papa. Angah dah lama kenal dia. Hai,” huluran tangan disuakan oleh
Ezra kepada Dayyan. Dayyan mengenggam tangan itu lama.
“What
is happening here? Kau dah jumpa papa kau? Tuan Qarizh?” Ezra membuat muka.
“Baby
steps, Dayyan,” Dayyan menganggukkan kepalanya perlahan. Huluran tangan itu
dileraikan.
“Macam mana kamu berdua boleh
kenal?” soalan itu terbit di mulut Tan Sri Harith.
Ezra
tersenyum lebar. Dia memeluk bahu Dayyan erat.
“Lelaki ni lah yang tolong angah
selama ni. Tolong menyiasat tentang along untuk angah,” Dayyan hanya memaparkan
senyuman tak bersalah. Maafkan saya, tuan.
“JADI, apa
kau nak buat sekarang?” soalan itu keluar dari mulut Dayyan. Ezra menyandarkan
belakang tubuhnya di penghadang balkoni itu. Matanya memandang ke arah Dayyan.
“Entah. Mungkin percepatkan semua
rancangan. Yang penting, kak long tak boleh setuju dengan keputusan along,”
Dayyan menganggukkan kepalanya.
“Puan Hanna bukan seorang yang
mudah, Ezra,”
“I
know. Tapi, mama boleh pujuk dia. Mama mesti pujuk dia. Hanya mama dan papa
ja yang boleh lembutkan hati kak long sekarang ni,” Dayyan menganggukkan
kepalanya perlahan.
Dia hanya memandang Ezra yang
kelihatan begitu yakin dan tenang.
“Macam mana dengan kau? I mean, tuan tak kenal kau. Macam mana
kau nak uruskan semua ni, nanti? Bila tuan masuk kerja, automatik dia akan
kenal kau,” Ezra hanya mengangkat bahu.
“Entah. Satu demi satu. Nantilah
kita fikir tentang masalah tu. Malas nak kusutkan kepala sekarang ni,”
“Dayyan, shareholder meeting bila?” soalan itu muncul di kepalanya. Dayyan
cuba berfikir.
“Dalam awal bulan depan ni? Kenapa?”
“Save
the date,” Ezra melangkah perlahan menuju ke sliding door. Kakinya terhenti.
“What
do you mean?”
“Tarikh tu, kami akan bertembung.
Along, aku dan Rose,” perlahan kakinya melangkah masuk ke dalam rumah itu.
Dayyan cuba berfikir. Tarikh itu
mereka akan bertembung? What does he
mean? Atau..?
Dayyan merenung belakang tubuh Ezra
yang sedang melangkah tenang. Apa yang kau tengah rancangkan ketika ini, Ezra?
HANNA merenung
pelik telefonnya yang berbunyi. Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi. Telefon
itu dicapainya.
Papa?
“Hello, papa,” dia merenung sekilas
jam di dinding. 10.30 malam. Cukuplah setakat ini sahaja. Hanna mematikan
laptopnya.
“Papa nak jumpa Hanna? Esok?”
berkerut kening Hanna. Laptop yang sudah gelap skrinnya ditutup perlahan.
“Okay, Hanna datang esok. Papa nak
Hanna bawa Harraz dan Haisya, tak?”
“Okay, meet you tomorrow. Bye, papa,”
Telefon itu diletakkan di tepi.
Kerutan di dahinya dihilangkan. Alah, normal lah tu. Kau dah tak jumpa papa
lama dah.
Dia mencuba untuk menyedapkan hati.
No comments:
Post a Comment