Bab 16
APABILA
kereta itu dihentikan di hadapan karpet merah. Jantungnya seakan berdebar kuat.
Majlis ini bukan sembarangan. Melihatkan jumlah reporter di hadapan hotel itu
seakan menggambarkan betapa hebatnya majlis itu.
“Majlis apa ni?”
“Kenapa? Takut?” Qarizh tersenyum.
Tangannya menggenggam lembut tangan Hanna. Seakan terasa percikan elektrik
daripada sentuhan itu.
Hanna menarik nafas sedalam yang
mungkin. Bukannya dia tak biasa dengan semua ini. Cuma kali ini munculnya bukan
dengan keluarga. Tetapi, dengan seorang lelaki yang sudah hampir merajai
keseluruhan hatinya. He’s a king of my
heart, body and soul. And, I hope I am the only queen in his heart.
Qarizh berlalu keluar dari kereta
itu dahulu sebelum membuka pintu di bahagiannya. Kedengaran bertalu-talu soalan
yang terbit daripada reporters tersebut.
“Siapa dia?”
“Bukan itu anak bongsu Al-Haytham
ke?”
“Betullah itu Hanna Al-Haytam!”
“Apa kaitan Qarizh dan Hanna?”
“Mereka bercinta ke?”
Hanna menggenggam lembut tangan
Qarizh. Tangan itu seakan menyalurkan kekuatan buat dia yang lemah tanpa
sesiapa. Dia ada Qarizh. Satu-satunya manusia yang dia kenali ketika ini.
Halangan daripada bodyguard
membuatkan kami mampu berjalan dengan tenang. Tiada soalan yang perlu dijawab.
Tiada jawapan yang perlu disediakan. Untuk apa semua jawapan itu? Untuk
menambah ruang gosip di artikel?
Qarizh membawanya menuju ke arah
sebuah dewan. Dia terpaku dengan banner tersebut. Happy 25th Birthday, Qarizh Hauzan!
Hari ni birthday dia? Tarikh hari ni
apa? 17th May. Haahlah! Hari ni birthday dia. Kenapalah aku boleh terlupa?
Adoyai, Qaireen Hanna. Kau ni tak lepaslah untuk jadi secret investigator!
Perlahan kami melangkah masuk ke
dalam dewan itu. Senyap dewan itu dibuatnya. Semuanya seakan memerhatikan kami.
Guess what? He’s the man of the day.
Memang patutlah dia diberi perhatian sebegitu. Dan aku pun, berdiri sebelah
dia. Great! Cukup hebat kejutan ini!
Cukup untuk membuatkan hati aku melompat keluar dari kerangka!
Terdengar bisikan dari orang
sekeliling. Semua menebak berjuta persoalan. Aku hanya diam tanpa kata.
Perlukah aku bersuara?
Qarizh menggenggam erat tanganku
menuju ke arah seorang lelaki yang sedang duduk memerhatikan kami. Wajah lelaki
itu seakan iras Qarizh. Ayah dia ke? Not
too Britain. So, yang Britain mesti tok wan dia. Betul juga. Empayar
Hickman sudah berada di negara ini hampir satu abad.
Lelaki itu hanya senyap. Tan Sri
Harith Hickman. Dia nampak handsome walaupun sudah berumur 50 tahun. Mesti dia
amat handsome di zaman mudanya. Seperti Qarizh.
“Meet
my girl,” Tan Sri Harith merenungnya. Seakan meminta dia untuk
memperkenalkan diri. Hanna hanya tersenyum. I
love the sound of it. My girl. Seakan dihargai. Seakan disayangi. I love you too, Qarizh!
“Hanna. Qaireen Hanna,” Tan Sri
Harith mengangguk perlahan. Dia tersenyum lebar ke arah Qarizh. Erm.. May I ask what is that smile for?
“Al-Haytham?” Hanna mengangguk
perlahan. Perlukah tanya nama keluarga dia? Manusia yang berada di sekeliling
Tan Sri Harith seakan tersenyum lebar dan menggangguk sesama sendiri. Ermm..
Why?
“Keluarga awak ada di sana,”
mendengarkan kata-kata dari Tan Sri Harith, dia terkejut. Namun, segera dia
mengawal air mukanya. Keluarganya ada di sana. Jadi abangnya pun adalah. Oh my
God!
“Awak tak bagi tahu saya, family
saya ada di sini,” Hanna berbisik lembut di telinga Qarizh. Rasa macam nak
gaduh pun ada juga. Tapi, depan orang ramai kan? Kita kena chill, relax. Control our face.
“Awak tak tanya,” Hanna mengetap
bibir. Perlukah aku tanya dia semua perkara? Macam tak perlu pun ada juga.
Tapi, ini perkara penting kot!
“Jom jumpa parents awak,” Qarizh terus melangkah menuju ke satu arah. Jelas
kelibat keluarganya sedang duduk di meja bulat itu. Nama Al-Haytham tertulis di
meja itu. Menandakan tempat itu milik keluarganya. Reserved for them.
Hanna cuba menarik pergelangan
tangannya. Tak akan nak jumpa ayahnya dalam keadaan pegang tangan macam ni kot?
Abang aku possesive, okay? Looking at our hands interwined, I don’t
think that he will be happy. He will be mad. Believe me.
Tapi, makin aku tarik, makin dia
genggam. Alahai, tak faham klu aku ke cik abang? Nak cakap guna mulut, tempat
keluarganya sudah dekat. Akhirnya, dia hanya merelakan. Awak tanggung semuanya!
“Assalamualaikum,” lembut suara
Qarizh menegur. Spontan, ayah, ibu dan abang aku merenung ke arah kami. Tengok
kami tak apa lagi. Mata mereka jatuh kepada tanganku yang berada dalam
genggaman tangan Qarizh. Perlahan, aku cuba merelaikannya namun tangan aku
kembali digenggam oleh Qarizh.
Qarizh, awak memang nak cipta
tragedi ke di majlis hari jadi awak sendiri?
“Waalaikumussalam, Qarizh. Birthday
boy hari ni. Happy birthday,” ayah memulakan bicara. Qarizh hanya menundukkan
kepala.
“So, awak datang dengan anak saya,”
sambung ayah. Aku dah agak dah. Dia akan cakap punya. Mata ayah sudah
memerhatikan aku. I’m sorry dad.
Tangan Hanna ada di genggaman dia. Tak boleh dileraikan.
“Ya, tuan. Dan, boleh saya minta
izin tuan untuk memperisterikan Hanna?”
Jeda. Ayah membetulkan duduknya.
Qairul hanya memandang wajah Hanna lama. Matanya seakan memberi amaran. Amaran
yang aku tak pernah endah. Jauh sekali aku fahami. Kenapa perlu halang hubungan
aku dan Qarizh? Tak ada sebarang sebab yang mewajarkan keputusannya. Hanna ada life, abang!
“Saya rasa tempat ini tak sesuai
untuk kita bincang hal ini. Mungkin lain kali. Dalam keadaan yang lebih
sesuai?” ayah bersuara.
Agaklah. Hanna sokong benda tu.
Boleh pinang aku secara proper sikit
kot? Aku ini anak dara lagi. Bukannya janda orang. Bagilah aku rasa perasaan
dirisik dan dipinang.
Qarizh hanya mengangguk perlahan.
Memahami kata-kata ayah. Qairul bangun dari duduknya. Tangannya menggenggam
tangan Hanna sebelum dibawa keluar dari bangunan itu. Menuju ke arah kolam
renang.
Dia melepaskan pergelangan tangan
Hanna apabila mereka sampai di kolam renang itu. Biru itu memang mendamaikan.
Tapi, biru itu tak mampu menenangkan gelodak perasaan Qairul. Di hatinya,
terkandung pelbagai perasaan. Risau dan amarah. Bercampur dan melahirkan
berjuta rasa.
Kenapa adiknya tak pernah faham?
Kenapa adiknya dibutakan oleh cinta? Apa hebatnya Qarizh? Kenapa adiknya tidak
menerima segala amaran yang cuba disampaikannya dalam diam?
“Kenapa Qarizh?” Qairul mencekak
pinggang. Matanya mencerlung tajam ke arah Hanna.
“Tiada sebab. Hati Hanna yang pilih
dia,” Hanna memandang ke arah Qairul. Melawan mata garang itu.
“Hanna tahu tak kesan perbuatan
Hanna sekarang ni? Qarizh bukan pilihan yang baik, Hanna,” Hanna merenung ke
dalam bangunan itu.
Hanya cermin yang menjadi dinding
kepada bangunan itu membolehkan dia melihat perkarang yang terjadi di dalam
majlis itu.
“Tapi, ayah dan ibu sependapat
dengan Hanna. Papa Qarizh pun,”
Qairul memandang ke arah yang sama
dengan Hanna. Jelas di mata mereka, ibu bapa Hanna sedang duduk bersama dengan
Dato’ Harith dan Qarizh. Berbincang atau bersembang. Yang penting perbincangan
itu melibatkan duit. Dan kuasa.
“Qarizh bukan lelaki yang baik,”
Hanna berpaling ke arah Qairul.
“Give
me 20 reasons. Kenapa dia bukan lelaki yang baik? Dia tak sempurna. Semua
manusia tak sempurna. Hanna pun tak sempurna. Kenapa kita perlu menghukum?”
Qairul menghela nafas perlahan.
“He
hates women, Hanna. Dia bencikan perempuan! Believe me,” Hanna hanya tersenyum sinis.
“Kalau dia bencikan perempuan, kenapa
dia boleh berkawan dengan perempuan? Kenapa dia berkawan dengan Hanna? Dia yang
mendekati Hanna. Kalau dia bencikan perempuan, Hanna ni. Dia tak pandang,
abang. Hanna tak kejar dia. Kenapa Hanna nak kejar dia kalau dia yang datang
kepada Hanna?”
Hanna menjongket kening. Qairul
meraup mukanya perlahan. Hanna tak faham. Hanna dah buta. Dia dah dibutakan
oleh cinta!
“Sebab Hanna seorang Al-Haytham!
Perkahwinan Hanna dengan Qarizh boleh lead
kepada perjanjian antara dua buah syarikat korporat. Exchanging stock, sharing technology and a deal that has the potential
to create millions or even billions in profits! Hanna fikir ini biasa?
Hanna fikir Hanna anak orang biasa?”
Hanna hanya tersenyum. Wajah bengang
Qairul dipandangnya.
“Hanna memang seorang Al-Haytham.
Hanna sedar. Hanna belajar di sekolah milik Al-Haytham. Jadi, mustahil Hanna
terlupa akan hakikat tu. Tapi, ini pilihan Hanna. Lelaki itu pilihan hati
Hanna. Susahkah untuk abang faham? That
promises? It comes with benefits, abang.
It
turns out that Hanna dengan Qarizh bercinta, itu ja. Bukannya ibu ayah yang
kenenkan Hanna dengan Qarizh. Qarizh pilih Hanna dan Hanna pilih Qarizh. Kami
bercinta bukan secara paksaan. Ini dasar suka sama suka. It turns out that I fall in love with a great young man named Qarizh
Hauzan Hickman. Itu ja,”
Hanna menarik tangan Qairul. Dia
mengusap tangan itu lembut.
“Hanna sayangkan dia. Tak bolehkah,
abang? Ibu dan ayah tak pernah bagi tahu Hanna yang Hanna perlu bercinta dengan
lelaki biasa. Jadi, Hanna tak salah untuk memilih seorang lelaki yang luar
biasa, kan?”
Hanna terus berlalu menuju ke dalam
bangunan itu. Dia dapat melihat, mata Qarizh sedang memerhati pergerakannya.
Memerhatikan rentak tubuhnya. Memerhatikan cara dia berjalan. Cukup tajam
lelaki itu memerhatikan tingkahnya.
Qairul mengetap bibir. Adik dia
memang buta dalam menilai! Apa lagi yang perlu dia buat untuk menyedarkan
adiknya daripada khayalan?
p/s: written by 18 years old me
No comments:
Post a Comment