BAB 18
HANNA
menjerit sekuat hati. Yes! Yes! Yes!
Dia dah habis study! Yang tinggal
sekarang, hanya praktikal then graduate.
Fuh! Jubah graduasi, I’m coming!
Aduh! Hanna mengaduh apabila bahunya
diketuk kasar oleh Dhia. Dia menjeling Dhia tajam. Sakit tau! Dia fikir bahu
aku ni diperbuat daripada besi? Tak ada rasa sakit?
“Jangan buat malu aku, boleh tak?
Semua orang dah habis exam, tapi kau
seorang ja yang menjerit tengah-tengah ni tau tak? Yang lain, relax ja. Tebal
10 inci muka aku ni dibuatnya,” Dhia membebel. Hanna hanya mencebikkan mulut.
“Biarlah. I’m enjoying myself. Jangan jealous,”
Hanna terus menapak riang menuju ke keretanya.
Dhia hanya menghela nafas perlahan
sebelum menurut langkah Hanna. Dia memang suka buat kerja ikut suka hati dia
ja.
USAI
kereta diparkir di dalam garaj rumahnya. Dia terus berlari anak untuk mencari
ibunya. Eh, kenapa banyak kereta pula ni? Setahu aku, kami tak ada kereta ni.
Atau, ayah baru beli? Bukan boleh kira sangat dengan ayah.
Dia terus melangkah masuk ke dalam
rumah. Terperanjat dia apabila dia melihat ramai orang di dalam rumahnya. Wajah
Dato’ Harith yang sedang bersalaman dengan ayahnya dipandang. Apa benda pula
ni?
Dia terpandang ibunya yang mengarahkannya
untuk masuk ke dalam. Dia mengangguk perlahan sebelum terus berlalu ke library yang berada di tingkat bawah.
Dia mundar-mandir di bilik itu. Menanti tetamu untuk pulang.
Kenapa Dato’ Harith datang? Nak
meminang aku ke? Riz tak bagi tahu apa-apa pun. Kalau betul dia nak masuk
meminang aku, wah, aku dah nak kahwin! So, aku kena berfikir dari sekarang lah
kan? Nak buat majlis di mana? Nak hantaran berapa? Nak mas kahwin apa?
Wah, I’m over excited right now!
“Adik, keluar,” suara Qairul
menjengah pendengaran Hanna. Satu arahan dikeluarkan. Hanna mencebikkan mulut.
Mesti dia tak percaya Qarizh betul-betul sayangkan aku. Apalah dia ni?
Hanna melangkah keluar dengan tenang
dan mengambil tempat di sebelah ibu. Wajah masing-masing suram. Why? Dato’ Harith datang, cakap yang dia
tak nak kahwinkan Qarizh dengan aku ke? Kenapa ni? Kalau betul anggapan aku,
memang aku nak pergi serang Qarizh sekarang ni juga!
“Betul kamu sukakan Qarizh?” satu
soalan keluar dari mulut ayah. Wah, soalan apakah itu?
“Tadi, mereka datang buat apa?
Datang meminang adik ke?” tanya aku pantas. Ceria. Bahagia.
“Jawab soalan ayah!” tersentap Hanna
jadinya. Kenapa ayah marah? Hanna tak buat apa-apa pun. Hanna menarik nafas
perlahan.
“Kalau Hanna sukakan dia pun,
kenapa? Salahkah?” balas Hanna. Muka ayah dan Qairul menegang. Kenapa ni?
“Dia bukan lelaki yang terbaik buat
Hanna,” mata Hanna membulat. Apa benda ni?
Adakah ayah sedang membantah keputusan aku untuk berkahwin dengan
Qarizh? Why, I thought he will agree?
“Kenapa dia bukan lelaki yang
terbaik? Apa salah dia? Dia buat apa? Dia minum arak? Dia hisap dadah? Tak kan?
So, why? Kenapa ayah tak setuju?”
bertalu-talu soalan muncul dari bibir Hanna.
Kenapa semua orang membantah? Apa
yang kurang dengan pilihannya? Kenapa semua orang membantah? Dia sayangkan
Qarizh. Qarizh sayangkan dia. Itu saja yang diperlukan dalam perkahwinan.
Apabila kita cinta, kesetiaan itu akan hadir bersama dengan rasa cinta. Jadi,
kenapa?!
“Dia benci perempuan, kau tak faham
lagikah?!” suara Qairul menerjah kuat. Hanna menggetap bibir. Pertama kali!
Buat pertama kali! Qairul meninggikan suara kepadanya!
“So
what?! Apa masalahnya kalau dia benci perempuan? Dia tak boleh berubah? Dia
tak boleh jatuh cinta? Kenapa? Apa masalahnya? Apa?!” Hanna menjerkah kuat.
“Qaireen Hanna!!” tersentak Hanna
dibuatnya apabila suara ayah bergema. Hanna memandang ke arah ayah. Mukanya
memerah.
“Kalau kami tak benarkan, kami tak
benarkanlah! Ada sebabnya! Ikut kata-kata kami boleh tak? Jangan melawan
sangat!” Hanna merenung tajam ke arah ayah dan abangnya. She needs an explanation. Sekadar satu fakta, tanpa penjelasan.
Fakta itu tidak kukuh!
“Tak bolehkah untuk kali ini sahaja
ibu dan ayah restui Hanna? Ikut permintaan Hanna? Selama 22 tahun Hanna hidup,
Hanna sentiasa ikut kata-kata ayah dan ibu. Hanna tak pernah membantah, jauh
lagi mempersoal. Tak bolehkah, kalau kali ini sahaja, ayah setuju? Qarizh baik,
ayah. Dia mampu jaga Hanna,”
Hanna merendahkan suaranya. Cuba
untuk memujuk. Mungkin, ini akan melembutkan hati ayahnya?
Qairul menghampiri Hanna. Bahu Hanna
dicengkam lembut. Memaksa mata tajam itu memandangnya.
“Hanna akan menyesal kalau Hanna
kahwin dengan dia. Believe me. Abang
dah kawan dengan dia lama. Dia benci perempuan. Abang tak nak dia pukul adik
abang. You are too fragile to be hurt,”
Hanna menutup matanya. Tangan Qairul dilepaskannya. Tidak ingin disentuh
begitu.
“Explanation?
Kenapa dia benci perempuan? Dia buat apa dengan perempuan selama ni? Dia
pukul perempuan? Saksi? Abang ada nampak dia pukul perempuan? Jangan cakap
tanpa bukti, bang. Itu fitnah!” Hanna bersuara tegas. Dia bangun dari duduk.
Merenung wajah ayah dan Qairul yang memandangnya. Dia perlu tegas kali ini. Dia
tak akan biarkan impiannya hancur lagi. Cukuplah satu impiannya hancur. Dia tak
nak impian ini turut hancur.
“Hanna tetap nak kahwin dengan dia
dan itu keputusan Hanna. Ayah tahu kan? Hanna akan buat apa sahaja untuk penuhi
apa yang Hanna nak. Jangan menyesal, ayah. Sebab kali ini Hanna akan bertegas,
tiada siapa boleh halang Hanna kahwin dengan Qarizh. Termasuk abang!” Hanna
bersuara tegas.
“Kau yang akan menyesal, Hanna! Kau
melawan aku sedangkan aku ayah kau! Apa yang hebat sangat lelaki tu?! Kau dah
buta, Hanna! Kau dah buta dengan cinta! Kau ni anak aku ke, Hanna? Kenapa susah
sangat kau nak dengar cakap aku?! Aku ayah kau!”
Hanna terpaku seketika sebelum
tersenyum sinis. Aku? Ayah bahasakan diri dia, aku? Hanna menghela nafas
perlahan. Seakan tidak percaya dengan telinga sendiri.
“Hanna tak buta dengan cinta. Tapi,
Hanna tahu bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Dan, Hanna tahu Qarizh
baik. Hanna tak akan kahwin kalau bukan Qarizh yang menjadi pengantinnya. Mark my word!” Hanna bersuara tegas.
Qairul mengeluh kasar. Adik dia dah buta!
“Qaireen Hanna!!!” suara ayah
melengking kuat. Namun, Hanna tetap pegun di situ. Memerhati ayahnya dengan
pandangan mata yang tajam.
“Kau dah berubah, Hanna. Kau dah
berubah! Semuanya sebab Qarizh! Sebab dia, kau sanggup untuk lawan kata-kata aku.
Sebab dia!! Dan, kau masih kata dia lelaki yang baik?”
Hanna melangkah satu langkah ke
hadapan. Perjuangan ini miliknya. Dan, di akhir pertempuran ini, dia mesti
menang!
“Dia tak pernah suruh Hanna lawan
kata-kata ayah. Ini keputusan Hanna, dan Hanna akan pegang dengan keputusan
Hanna. Sejak pertama kali Hanna jumpa dia. Hati Hanna dah cakap bahawa he is the one. Sekarang, dia dah sayang
Hanna. Dah ajak Hanna kahwin pun, tak akanlah Hanna nak biarkan impian Hanna
terkubur lagi?
Hanna yang di hadapan ayah, bukan
lagi Hanna yang 18 tahun, Hanna yang hanya tahu ikut cakap ayah. Hanya mampu
tunduk apabila ayah cakap tak, Hanna yang tak membantah. Impian Hanna sebagai announcer terkubur macam tu sahaja.
Sampaikan Hanna takut nak bermimpi lagi, sebab impian Hanna akan hancur lagi!
Sama macam 4 tahun lepas!
Apabila Hanna jumpa dia, Hanna
bermimpi lagi. Ingin naik pelamin dengannya. Ingin menjadi suri hidup dia.
Ingin menjadi seorang permaisuri dalam hidupnya. Dan, ayah nak hancurkan lagi
impian itu?? Maaf, tapi kali ini Hanna akan bertegas. Dia hidup Hanna! Hanna
lumpuh tanpa dia!! Hanna hanya nak dia!
Dan, Hanna hanya perlukan restu ayah
sahaja. Itu pun susah ka? Dia bukan anak orang sembarangan. Dia ada harta. Dia
mampu jaga Hanna. Dia ada masa depan yang terjamin. Jadi, kenapa Hanna nak
menolak lagi? Dia benci perempuan? Hah? What
the..?
Semua orang boleh berubah, dan dia
tak terkecuali. Dia pun manusia. Hanna dah tekad dengan keputusan Hanna. Hanna
nak kahwin dengan dia. By hook or by
crook. Jangan harap ayah dan abang mampu halang Hanna lagi! Kalau Hanna tak
boleh kahwin di sini pun, Hanna boleh kahwin di Siam. Dan gunakan wali hakim.
Bukannya susah pun, kan?” Hanna tersenyum sinis.
Pang!
Satu penampar hinggap di pipi Hanna.
Hanna terjatuh di sofa. Dia meraba pipinya kasar sebelum memandang ke arah
Qairul yang mencuka memandangnya.
“Abang tampar Hanna? Abang tampar
Hanna!! That’s it! Go ahead all of you! I
don’t care anymore!” Hanna terus mencapai beg tangannya lalu melangkah
keluar dari rumah itu.
Ibu mengeluh lemah. Dia memandang wajah Qairul
dan suaminya yang masih dirasuk amarah. Seakan tak terkesan diri mereka dengan
kepergian Hanna. Dia menggetap bibir. Kepalanya dipicitkan perlahan. Confirm,
Hanna lari rumah lagi.
“Perlukah tampar Hanna, Qairul?
Sekarang, dia dah lari. Kalau dia tak balik rumah, macam mana? Siapa nak
tanggung? Siapa nak cari?” ibu membebel perlahan.
Qairul meraup mukanya perlahan. Dia
melabuhkan punggung di atas sofa. Sungguh, kepalanya kusut ketika ini. Hanna,
kalau dah bertegas, tak ada apa yang boleh mengubah pendiriannya.
“Dia tak akan lari punya. Nanti,
pandai-pandailah dia balik sendiri. Macam ibu tak biasa. Malam nanti dia
baliklah tu,” Qairul bersuara.
“Yang abang pun sama. Salahkah kalau
beralah dengan anak sikit? Tak bolehkah setuju dengan Hanna? Qarizh tu pun
nampak baik orangnya. Hanna tahu menilai, abang. Dia tahu baik buruk Qarizh.
Dia tak akan sesenang hati terima Qarizh, abang,” ibu memujuk lembut.
Dia faham dengan hati Hanna. Sejak
dari awal pertemuan lagi, Hanna dah bertanya tentang Qarizh. Dia nampak
keceriaan di wajah itu. Dia nampak sinar cinta di mata itu. Lagipun, dia dah
terlanjur cinta. Tak akan mampu untuk kita menghalangnya.
“Abang bukan apa, sayang. Abang
risau. Kalau nanti, Qarizh pukul dia macam mana? Dia anak perempuan kita
satu-satunya, sayang. Abang belum betul-betul kenal lagi dengan Qarizh tu,
untuk abang lepas dia ke tangan Qarizh,” ayah bersuara. Jelas kerutan di wajah
itu.
“No,
Qairul tak akan benarkan Hanna kahwin dengan Riz. Riz akan hancurkan Hanna, dan
Qairul tak sanggup tengok air mata Hanna jatuh,” Qairul bersuara tegas.
“Lepaskan dia kepada Qarizh. Itu ja
yang ibu minta. Lepaskan dia. Kalau apa-apa pun jadi kepada rumah tangga dia,
kita hanya mampu sokong dia dari belakang. Percayakan Hanna. Untuk sekali ni
saja, kita ikut cakap dia. Dah dia rasa itu keputusan yang terbaik bagi dia,
biarkan dia. Daripada kita membangkang keputusan dia, dan dia hilang dari
pandangan mata kita untuk selamanya,” ibu membuat keputusan.
“No!”
“Qairul! Hanna tu mampu lari,
Qairul. Qairul nak Hanna hilang dari keluarga kita untuk selamanya?! Ikut cakap
Hanna. Dia pilih Qarizh, jadi biarkan dia. Betul kata Hanna, manusia boleh
berubah. Mungkin betul Qarizh dah berubah. Kita tak tahu. Kita tak boleh judge orang dari pandangan mata kita,
Qairul. Sebab dia tak pernah sama dengan apa yang kita bayangkan,”
Qairul menghentakkan tangan ke sofa.
Ibu dah membuat keputusan. Hendak tak hendak, ayah akan ikut. Jadi, apa yang
dia cakap akan jadi tak berguna lagi. Qarizh Hauzan! Setitis air mata adik aku
jatuh disebabkan kau, kau memang nak kena dengan aku!!
BAGASI
kecilnya dibawa keluar dari kereta BMW hitam itu. Mujur, semua kelengkapannya
sudah disiapkan dalam satu beg. Memang itu tabiatnya. Mempunyai satu bagasi
khas yang dipenuhi kelengkapan. Preparation
untuk ke mana-mana.
Bagasi itu diletakkan di belakang
kereta Mazda miliknya. Kemudian, dia melangkah masuk ke bahagian pemandu. Baru
sahaja dia menghidupkan enjin kereta, berlari-lari anak beberapa body guard menghampirinya. L2, lelaki
yang ditugaskan khas untuk menjaganya masuk ke tempat duduk di sisinya. Dia
mengetap bibir geram.
Tahulah, body guard aku pun, tapi perlukah duduk di sisi aku sekarang ni?
“Get out,” satu arahan ringkas
dikeluarkan. Cermin mata hitam jenama Ray Ban dicapai dan dipakainya.
“Saya tak boleh tinggalkan cik
sendirian,” L2 menjawab tenang. Hanna tersenyum sinis.
“Itu bukan soalan, itu adalah
arahan, L2! Keluar, saya nak bersendiri. Bawa semua body guard ni pergi. Saya tak nak body guard, saya tak nak stand
by. Get lost all of you!”
L2 mendiamkan diri. Hanna mengetuk
sterengnya perlahan. Dia memang tak akan lepaskan aku seorang diri.
“Sebelum saya naik angin, baik awak
berambus sekarang. You know I can fight,
right? Sebelum saya belasah awak, baik awak pergi sekarang. Go!!!”
Hanna menarik nafas sedalam mungkin
apabila L2 hanya pegun di situ. Dia terus melangkah keluar dari kereta dan
membuka pintu pemandu. L2 ditarik kasar keluar dari kereta.
“Don’t
follow me!! All of you!! I just hate it!! Leave me alone!!” Hanna menjerit
geram. Semua body guardnya dipandang.
Tanpa melengahkan waktu, Hanna terus masuk ke dalam keretanya dan memandu
kereta itu.
Dia memandang belakang dari cermin.
Tiada kereta Alphard hitam yang mengekorinya. Bagus. Faham bahasa juga L2 ni.
Namun, dia tahu ketenangan ini tidak
lama. Dalam masa 5 minit lagi, 3 kereta Alphard akan mengekori langkahnya. Typical L2. Dia tak akan biarkan aku
bersendiri. So, here is another plan!
No comments:
Post a Comment