Bab 74
“ABANG, jom
keluar,” Hanna mencapai cardigan. Tudung
dipakai seadanya. Matanya memandang ke arah Qarizh yang masih ralit di hadapan
televisyen.
“Abang, jomlah keluar. Tak akanlah
nak terperuk dalam bilik ja!” Hanna berlalu ke arah Qarizh. Dia menghempaskan
punggung di sisi Qarizh. Cuba menarik perhatian lelaki itu daripada kekal fokus
menghadap televisyen.
“Nak pergi mana? Dah malam ni,”
hanya itu balasan Qarizh. Ketara tahap kemalasannya.
“Nak pergi makan ais krim gulung,”
berkerut kening Qarizh.
“Ais krim gulung? Malam-malam ni?
Dah pukul 9 lebih dah awak, esok-esok ja lah,” Hanna menggetap bibir.
“Jomlah. Bukannya ada apa-apa pun
dalam bilik ini. Tak akanlah nak layan movie
ja kot. Jomlah. Kalau abang tak nak drive,
biar Hanna drive,” lengan Qarizh
ditarik. Qarizh mengeluh perlahan. Dia bangun dari duduknya.
“Pergi tukar baju. Tak akanlah nak
keluar dengan kain pelikat ja,” satu lagi arahan dikeluarkan oleh Hanna.
“Awak boleh ja pun sarung baju
tidur,” balas Qarizh kembali.
“Orang kata tukar, tukarlah!” bebel
Hanna perlahan. Walaupun aku pakai baju tidur, aku pakai cardigan tahu! Tak
nampak!
Duduk dalam kereta ja. Qarizh yang
kena keluar pergi beli nanti.
KERETA diparkir
di tepi jalan. Gear P ditolak. Qarizh berpaling ke arah Hanna.
“Apa lagi? Pergilah beli,” Hanna
tersengih.
“Abanglah pergi beli,”
“Hah?”
“Abanglah pergi beli. Takkanlah
Hanna pula. Tengoklah, Hanna pakai baju tidur ja, seganlah Hanna nak keluar,”
terkedip-kedip mata Hanna memandang ke arah Qarizh.
“Pula?” perlahan. Pendek jawapan
Qarizh.
“Kiranya, Hanna suruh abang tukar
baju sebab ini lah? Nak suruh abang pergi beli,” dengan senyuman yang indah
mekar, Hanna mengangguk laju.
Qarizh melepaskan keluhan perlahan.
Tali pinggangnya dibuka. Pintu kereta dibuka.
“Perisa oreo tau, abang,”
“Yelah, yelah,”
Hanna tersenyum lebar. Merasa kagum
dengan diri sendiri kerana berjaya memaksa Qarizh untuk menuruti kehendaknya.
UDANG itu
dikupasnya satu demi satu. Kenapalah sebelum goreng itu, buang kulit siap-siap?
Sengaja nak menyusahkan orang sekeliling. Kepala pun tak buang!
Sengaja nak bikin anginnya naik.
“Kenapa tak makan sekali dengan
kulit ja? Kalau tak, mana nak rasanya salut tepungnya? Apa gunanya kita datang
makan di kedai ini?” Qarizh bersuara.
Hanna mengeluh perlahan. Kenapalah
dia pergi ajak lelaki ini pergi makan kedai ini, tak tahu? Dia merenung ke arah
sekeliling. Ruangan kedai itu penuh dengan manusia.
Udang salut tepung. Sotong salut
tepung. Bayam salut tepung. Cendawan salut tepung. Yang lain dia tak kisah, dia
boleh telan macam tu ja. Tapi, masalah sebenar dia ialah udang ni!
“Okay, I’ll try ya,” perlahan satu udang dicapai, kepala udang itu
dibuangnya. Lalu, dia memasukkan udang itu ke dalamnya. Terasa kelat tekaknya.
Ah! Tak boleh! Tak boleh! Terus dia
mencapai minuman, lalu dia menghirupnya. Cuba membuatkan udang itu mengalir
terus tanpa sekatan melalui oesophagusnya.
“No!
Tak boleh. Kena buang juga kulit dia,” minuman itu diletak tepi.
Dia mencapai pinggan kosong. Kulit
dibuang dan isinya diletak tepi. Satu demi satu kulit itu dikupasnya. Matanya
hanya fokus dengan kulit yang ingin dikupasnya. Namun, apabila dia ingin meletakkan isi itu di tepi, udang-udang
yang lain sudah hilang tanpa sebarang jejak.
Dia menggetap bibir. Matanya
merenung tajam ke arah Qarizh. Lelaki itu hanya beriak selamba. Perlahan, dia
mengambil bayam lalu disuap masuk ke dalam mulutnya.
“Abang,” dia bersuara geram. Qarizh
hanya merenungnya tanpa kata. Keningnya terjongket, seoleh bertanya kenapa.
“Sekali lagi, abang ambil udang
Hanna, siap abang! Hanna cincang buat sup!” matanya menjeling tajam.
“Iyalah sangat,” Hanna mengetap
bibir geram. Apa dia cakap tadi?
“Ulang balik,” tangannya laju menuju
ke arah sisi pinggang Qarizh. Laju tangannya mencubit pinggang lelaki itu.
“Abang, ulang balik!” sekali lagi
arah itu dikeluarkannya.
“Okey, okey. Sorry,” kedua-dua tangan Qarizh diangkat ke udara. Tanda mengalah.
Hanna tersenyum puas. Matanya kembali fokus ke arah udang tersebut.
Qarizh hanya merenung lama sisi
wajah Hanna. Noted to myself. Never
messed up with woman.
KERETA bergerak
perlahan di sekitar lorong itu. Matanya meliar mencari parkir yang tidak
ditemui daripada tadi. Dia mengeluh perlahan. Sibuknya jalan di sekitar Kuala
Terengganu ni.
“Abang berhenti di tepi, Hanna
keluarlah cari kain. Nanti lepas abang parkir kereta, abang datang kat Hanna,”
kata-kata itu keluar dari mulutnya. Sudah penat untuk mencari parkir.
“Abang
kena datang kat Hanna. Kena teman Hanna shopping. Kalau Hanna ada Harraz tak apa. Hanna boleh berjalan ke
sana, ke sini dengan Harraz. Tapi, Harraz tak ada. Abang yang heret Hanna bawa
ke sini tanpa Harraz, jadi abanglah kena jadi penggantinya.
Macamlah Hanna tak tahu, nanti bila
abang dah jumpa parkir. Abang call Hanna,
suruh shopping sendiri, kan?
Manakala, abang elok ja berehat dalam kereta ni. Tidur dalam aircond. Perangai abang, Hanna dah
simpan dalam poket.
Dah tahu segalanya. Sekarang L2 pun
tak ada dengan Hanna, Kak Mia pun tak ada, hanya abang. So, jangan pernah bermimpi untuk bersenang-lenang dalam kereta.
Ikut Hanna,” bebel Hanna panjang lebar.
Qarizh hanya mampu menelan liur.
Matanya diliarkan mencari parkir. Dah kena dengan mem besar. Hanya mampu
menurut ja lah.
SATU persatu
butik diterjahnya. Mencari batik yang menjadi pilihan hati. Ataupun, songket
yang mampu menarik hatinya yang kering ini.
Nak beli untuk ramai orang, so kita kena cari butik mana yang
memberikan harga yang paling berbaloi. Kak Mia, Rose, bakal isteri abang
Qairul, mama, Ratna.
“Abang Qairul bagi tahu tak, dengan
siapa dia nak kahwin?” soalan itu keluar dari mulut Hanna. Tangannya menyentuh
perlahan batik yang diperagakan oleh patung itu. Quite pretty.
“Qairul nak kahwinkah?” Hanna terasa
seperti nak hentuk kepala ke tiang. Lelaki ini tak tahukah? Harap ja kawan
baik. Boleh campak tepi lah perkataan kawan baik tu.
“Haah. Dia nak kahwin. Eloklah tu,
umur dia pun dah masuk dalam kategori bujang terlajak ja,” batik itu dicapai.
Warnanya lembut, namun menarik hati.
“Ada tak warna yang sama untuk 6
pasang?” dia menyoal lembut pembantu kedai itu. Berkerut kening Qarizh.
“Banyaknya. Tak akanlah nak pakai,
corak yang sama ja?” Hanna menarik nafas sedalam yang mungkin.
Nak kata bendul, pandai. Mestilah
nak bagi kat orang, bertuah!
“Nak bagi kat adik awak, mama awak,
Kak Mia, bakal isteri abang Qairul dengan Doktor Ratna. Ada nama lagi yang saya
tertinggalkah?” Hanna memeluk lembut batik itu. Matanya mencabar Qarizh.
“Lain kali, cakaplah nak beli untuk
orang lain,” perlahan, Qarizh bersuara. Hanna tersenyum. Faham pun.
“Boleh atau tak, Hanna nak belikan
untuk mama?” Hanna mencapai beg plastik yang dihulurkan kepadanya. Beg itu
diserahkan kepada Qarizh. Tukang angkut beg plastik tak bergajinya.
“Tentang saya tak ada kaitan dengan
awak,” Hanna tersenyum. Duit berganti tangan. Ucapan terima kasih
disampaikannya. Untuk pekerja itu dan juga kepada Qarizh.
Ada maksud yang terselit di sebalik
bicara itu. Dia sudah membuka hati. Dia sudah memaafkan. Dan, dia sudah
mengizinkan.
Jadi, kini Hanna sudah boleh
memanggil mama dengan panggilan yang sewajarnya. Kasih ibu yang dirinduinya,
dia sudah boleh menumpang kasih itu. Dia sudah boleh menerima kembali kasih
itu. Kasih yang sudah lama dicuri daripadanya.
No comments:
Post a Comment