Bab 45
API ditutupnya.
Berhati-hati, dia mengangkat periuk itu ke dalam almari. Done. Dia menutup almari. Bekas-bekas yang digunakannya disusun
setempat. Nanti, Kak Mia yang tolong basuhkan.
“Mommy!” Harraz memanggilnya.
“Ya, sayang. Mommy kat dapur ni,”
Hanna membuang apron yang dipakainya.
Dia menggantungkan apron itu. Harraz
muncul di kornea matanya.
“Mommy, bila kita nak jumpa daddy?
Harraz rindu daddy lah,” terhenti perbuatan Hanna. Dia memandang Harraz.
“Harraz rindu daddy?” Harraz
mengangguk laju.
“Harraz
tu semakin membesar, Hanna. Dia dah pandai berfikir. Haisya? Kau tak rasa kejam
pisahkan Qarizh dengan anak yang baru dia tengok sekali?”
Kata-kata Dhia seakan bermain di
mindanya. Dia merenung Harraz lama.
“Harraz nak tinggal dengan daddy?”
Harraz mengangguk laju. Hanna menutup matanya perlahan.
“Harraz tak nak tinggal dengan mommy
lagi?” Harraz menggeleng.
“Harraz dah lama tak duduk dengan
daddy. Harraz nak ikut daddy. Bolehlah, mommy. Harraz nak tinggal dengan
daddy,”
Jawapan Harraz seakan menghiris
hatinya. Harraz tak nak tinggal dengan dia?
“Walaupun Harraz tak jumpa mommy
dah?”
“Kenapa pula Harraz tak jumpa mommy?
Daddy bagi Harraz jumpa mommy. Mommy yang tak bagi daddy jumpa Harraz,” telus
jawapan yang keluar dari mulut kanak-kanak itu.
Hanna memegang kerusi. Mencuba untuk
menstabilkan badannya. Mencuba untuk membantunya berdiri.
Diakah yang kejam? Dia hendak
melindungi. Dia tak nak Harraz kecewa dengan sikap Qarizh yang acuh tak acuh.
Tapi, dia lupa yang Qarizh sayangkan anaknya lebih daripada isteri.
Hanna terus berlalu pergi dari
dapur.
“Mommy!! Harraz nak daddy!!” dia
menutup telinganya. Dia tak mahu mendengar. Dia sayangkan Harraz sepenuh hati.
Tapi, Harraz lebih kisahkan daddynya?
HANNA menekan
piano itu. Bunyinya bergema. Dia memainkan satu irama. Lagu yang dirasakan amat
kena dengan perasaannya ketika ini.
“Dulu. Saat kusiap mati untukmu.
Kamu tak pernah menganggap aku hidup,” Hanna memejamkan mata.
Setiap memori yang ada mengenai
Qarizh seakan bermain di mindanya. Menggamit perasaannya.
“Dulu. Saat semua ingin
kupertaruhkan. Kamu tak pernah percaya cinta sejatiku,”
Seakan terimbas di bayangan mata.
Sewaktu dia lari dari rumah. Sewaktu ayah dan abangnya menentang perkahwinan
ini. Dia sanggup buat apa saja. Sampaikan dia terfikir, untuk mengheret Qarizh
untuk berkahwin di Siam.
“Aku cuma punya hati. Tapi, kamu
mungkin tak pakai hati. Kamu berbohong, aku pun percaya. Kamu lukai, ku tak
peduli. Cuba kau fikir, di mana ada cinta seperti ini..
Kau tinggalkan aku, ku tetap di
sini. Kau dengan yang lain, ku tetap setia. Tak usah tanya kenapa, aku cuma
punya hati,”
Seakan terimbas di mindanya, setiap
perbuatan yang Qarizh lakukan. Dia kahwin lain, aku tetap setia. Dia menyakiti,
aku tetap setia. Dia tinggalkan aku sendiri. Tapi, hati ini masih berdegup
kencang untuk dia.
“Tak usah tanya kenapa, aku cuma
punya hati,”
Air mata ini jatuh lagi. Untuk dia.
Hanya untuk dia.
No comments:
Post a Comment