A king needed a queen to complete his kingdom. To give birth of his prince. And let the prince to continue their legacy and to rule the world.
DIA. Kesakitan itu miliknya. Kedukaan itu dalam dirinya. Bahagia itu bukan miliknya. Dia sudah terlalu terluka untuk dibiarkan untuk berbahagia. Dia bukan manusia biasa, dia hidup dalam kesengsaraan. Dia perlukan seorang wanita, untuk menjadi permaisuri dalam mahligainya. Namun untuk hidup dengan dia, ada harga yang perlu dibayar.
“I’m giving you an advice, Hanna. Qarizh bukan lelaki yang terbaik untuk dipilih sebagai suami”
“Kalau saya mati dan hidup kembali, saya tetap akan pilih Qarizh sebagai suami,” – Qaireen Hanna
WANITA ITU. Cinta dan kasih adalah simbolik dirinya. Dia hidup dalam satu khayalan indah. Setianya tidak terbatas. Cintanya jauh merangkumi segalanya. Kerana cinta, dia sedia mengorbankan segalanya. Dia sedia menghadapi pelbagai kecaman untuk lelaki itu. Namun, lelaki itu tidak pernah mencurah cinta. Pilihannya salah!
“Kenapa awak tunjuk kepada saya macam awak cintakan saya?” - Hanna
“Mudah. Sebab saya perlukan pewaris,” – Qarizh
Hancur hatinya! Lebur jiwanya! Tapi, cinta itu masih utuh! Biarpun lelaki itu sebeku jiwanya. Ego lelaki itu melampaui segalanya. Kata-kata sayang dan cinta bukan milik lelaki itu. Malah, tega mengunci wanita itu dalam mahligai indahnya. Agar kisah lalu tidak akan menyakitinya lagi.
“I don’t need you to be here,” - Qarizh
“I have to. Because, you are the king of my heart, body and soul. And, I’m your only queen,” – Hanna
Dibiarkan sendiri ibarat boneka. Yang tidak punya perasaan dan tidak bernyawa. Hanna membiarkan setiap kedukaan yang dilemparkan kepadanya. Dia setia walaupun kelukaan menghimpit jiwanya. Dia kekal di situ, biarpun hatinya terseksa dengan layanan beku seorang Qarizh Hauzan. Lelaki yang gemar berahsia tentang hidup dan dirinya.
“Boleh Rose panggil akak, kak long?” – Roseline
“Sejak bila pula saya kahwin dengan along awak?” – Hanna
Bicara pelik itu. Seakan ada rahsia yang tersembunyi di sebaliknya. Rahsia yang sudah lama disimpan bertahun lamanya. Rahsia yang hanya dia tidak tahu.
Kehadiran mesej-mesej itu. Kadang-kadang memberikannya kekuatan. Kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Seakan empunya mesej itu memahami dirinya. Dan, terkadang mesej itu membuatnya takut. Takut dirinya di dalam perhatian.
Apa yang tersembunyi di sebalik seorang lelaki? Dia tidak tahu tetapi dia perlu tahu. Because she’s the only queen for him.
Best
ReplyDelete