BAB 12
“I control my emotions pretty well. But when you come around, they’re all over the place,”
HANNA merenung perkarangan rumah itu sekali lagi. Dia menyandarkan tubuhnya di kereta. Kenapa lelaki itu tak datang lagi ya? Kerja mereka dah habis ke?
Tak apalah, cuti kali ni dah habis. Next month, waktu cuti sem tu, memang aku nak usyar lelaki ni. Cuti 2 bulan, kemungkinan mereka akan jumpa lagi tinggi kan?
Atau, aku boleh join abang keluar. That’s it! Bagus otak aku ni! Pandai dia berfikir ya! Good job, dear!
Dia membuka pintu keretanya, tingkahnya terhenti apabila sebuah Mercedes memasuki persimpangan rumahnya. Berkerut kening Hanna dibuatnya, siapa yang datang? Namun, dia terus mencapai remote dan membuka pagar.
Usai pintu pagar dibuka, kereta itu terus dipandu masuk ke kediaman rumah Al-Haytham. Terkedu Hanna seketika, apabila pemandunya keluar dari kereta. Qarizh! Macam ada jodoh pula kita, kan?
“Nak pergi mana?” suara lelaki itu menyapanya. Stop it, Hanna. Jangan beku lagi. Buat malu tujuh keturunan ja. Memanglah suka pun, tapi coverlah sikit.
“Nak balik u,” balas Hanna perlahan. Alahai, kenapalah waktu ni suara aku nak acah cover malu ni? Alahai..
“U kat mana?”
Dia tanya lagi. Dia tanya lagi. Yes!! Yes!
“Kat Terengganu,” lelaki itu mengangguk perlahan. Tanyalah lagi. Tanyalah lagi. Hati Hanna bersuara.
“Cik Puan, jom kita,” suara Pak Seman seakan-akan menghancurkan angan yang tinggi. Kenapa, Pak Seman? Kenapa? Saya nak cakap dengan dia!!
Hanna mengangguk perlahan. Senyuman diukir terpaksa. Why? Why?!
“Bye, Hanna,” lelaki itu bersuara lagi. Hanna hanya mengangkat tangan seraya menunduk perlahan. Kemudian, dia memaksakan juga dirinya untuk masuk ke dalam kereta. Relakan jiwa, Hanna. Tolong!
HANNA merenung ke kejauhan. Wajah lelaki itu seakan-akan terbayang di mindanya. Qarizh Hauzan Hickman. The only heir for Hickman Group. 25 years old. Now, furthering his studies in Master of Business Admistration.
Wajah Qarizh yang diambil dari internet dipandang. Dear Qarizh, tolong halalkan gambar-gambar awak yang saya screenshot ya?
“Ehem..” Hanna tersentak apabila Dhia berdehem kuat. Serta-merta, dia keluar daripada aplikasi Gallery itu.
Hanna merenung Dhia yang sedang tersenyum lebar. Tak puas hati.
“Renung pujaan hati ke cik kak?” Dhia menjongket kening. Hanna hanya buat tak tahu. Kalau dia tahu, aku gilakan kawan abang aku sendiri, harus dia gelakkan aku separuh mati.
Punyalah bermatian tak nak family members kawan sendiri. Balas-balas, dengan kawan abang dia, dia sangkut!
“Tak payah nak cover sangat. Aku dah nampak dah. Jumpa dia kat corok mana?” Dhia mengambil tempat di sisi Hanna. Hanna memeluk bantal. Sekaligus, menyembunyikan telefonnya dari pandangan Dhia.
“Tengah jalan-jalan di Times Square, lepas tu terlanggar dia,” balas Hanna selamba. Dhia merenung Hanna lama.
“Ini klise cerita melayu ke apa ni?” Hanna angguk laju. Dhia mencebik. Nak mengelak lah tu. Dia bangun dari duduknya.
“Better kau pergi study, dari tengok muka mamat tu. Tinggal satu paper je pun. Nanti, balik rumah, kau tataplah muka dia sepuas hati. Jangan lupa hantar kad kahwin pula,” Dhia bersuara selamba.
“Tak adalah sampai kahwin lagi,” balas Hanna. Dhia mengangguk.
“Kita tunggu. Between us, siapa yang kahwin dulu nanti? Silap-silap, kau habis graduate, terus kahwin,” ujar Dhia.
“Kalau ada rezeki, aku kahwin,” balas Hanna selamba. Yang penting, pengantin lelakinya mesti Qarizh Hauzan Hickman!
HANNA terus melangkah turun dengan laju apabila dia melihat deretan kereta masuk ke dalam rumahnya.
Dia berhenti di anak tangga kelima dari atas. Dia mengintai dari tingkat atas. Terima kasih kepada arkitek rumah ini. Saya berterima kasih sangat-sangat. Disebabkan faktor tangga yang tersorok dari pandangan ruang tamu, saya mampu mengintai pujaan hati saya.
Thank you, I owe you once!
That is him! Matanya terus dapat menangkap figura lelaki itu. Kenapa mereka berpakaian macam tu? Mereka nak pergi mana? Naik kuda ke apa? Nak ikut!!! Seriously, nak ikut! Dah lama tak naik kuda!
Dia tersentak apabila abangnya mengetuk kepalanya dari belakang. Auch! Sakitlah! Dia berdesis kuat.
“Abang!!” suara Hanna memecah suasana. Dia membentak perlahan. Qairul memaparkan senyumannya.
“Jom keluar,” ajak Qairul. Terbuntang mata Hanna dibuatnya.
“Seriously?” Qairul mengangguk perlahan.
“Aku nak keluar tapi aku kena jaga kau. Ibu, ayah tak ada. So, terpaksalah aku heret kau keluar sekali. Tak gitu?” Qairul bersuara. Hanna membuat muka. Macam aku budak kecil lagi tu!
“Tak nak? Tak nak sudah!” Qairul ingin melangkah setapak tapi Hanna terus menggenggam erat tangannya.
“Nak, nak! Tunggu jap. Hanna tukar baju,” Qairul hanya tersenyum lebar apabila Hanna kalut berlari menuju ke biliknya.
Nasib rumah ni, batu. Kalau kayu, buat malu ja kat orang bawah. Qairul terus melangkah turun ke tingkat bawah.
“Sorry, hari ni aku kena bawa adik aku. Ibu, ayah aku tak ada.Tak berani pula aku tinggal dia seorang diri,” ujar Qairul.
Yang lain hanya mengangguk, tanda faham. Lagipun, dalam kalangan mereka, ada yang perempuan.
Di satu sudut hujung, lelaki itu kekal di situ. Khabar itu seakan berita gembira untuknya. Seakan memudahkan urusannya.
“HAI, Alex. How are you?” Hanna mengusap kuda putih miliknya. Sudah lama dia tak menunggang Alex. Dia memeluk Alex.
“Sorry, Hanna dah lama tak datang kan,” Dia mengusap lembut kudanya. Perlahan, dia membuka pagar dan membawa Alex keluar dari tempatnya. Setelah pagar dikunci, dia terus menaiki kuda tersebut.
Fuh, agak tinggi. Dah lama tak naik, gayatlah pula. Atau, Alex yang membesar ni? Punya tak nak mengaku, dia pendek.
“Hanna, okay?” tiba-tiba seorang perempuan datang menghampirinya. Kawan abangnya. Wazirah.
“I’m okay. Dah lama tak naik, rasa lainlah pula. Kan Alex?” Hanna hanya tersenyum.
“Yours?” Hanna mengangguk. Kuda ini miliknya. Membesar bersamanya.
“Nice horse,” Hanna tersenyum lebar.
“Alex, kakak ni puji awak handsome,” Hanna bersuara. Alex hanya buat tak tahu sahaja dengannya. Kurang asam kau, Alex. Kau buat tak tahu dengan aku.
“Kak Zira pergilah join dengan yang lain. Bagi tahu abang, Hanna nak pergi secret port Hanna tau,” ujar Hanna. Kak Zira hanya mengangguk. Dia terus berlalu pergi dengan yang lain.
Hanna terus menunggang kudanya ke satu tempat. Tempat kegemarannya. Tempat yang dia jumpa secara tak sengaja ketika dia membawa diri dari keluarganya. Tempat itu kekal rahsia. Dan, Qairul pun tak pernah tahu kewujudan tempat itu. Tempat itu adalah miliknya. Designed for her. Only her.
DIA menghentikan kudanya di situ. Dia turun daripada kudanya, kuda itu ditambatnya di pokok. Menghalang kuda itu daripada berlari, sekaligus memudahkan urusannya untuk kembali ke bangsal.
Dia menghirup nafas perlahan. Dia duduk di atas rumput. Memerhati kehijauan alam. Sangat cantik pemandangan dari sini. Dan, tempat ini sangat indah.
“Macam mana awak tahu tempat ni wujud?” tersentak Hanna dibuatnya. Dia berpaling ke arah suara itu. Qarizh?
“Dan, macam mana awak boleh tahu tempat ni?” Hanna bersuara. Geram. Yalah, tempat kesayangan dia. Satu-satunya tempat persembunyian yang dia ada. Jauh dari keluarga. Tiba-tiba, lelaki ini boleh tahu.
“Saya ikut awak,” ujar Qarizh tenang. Hanna menggetap bibir. Suka hati mak bapak dia ja.
“And, why are you following me, Mr Qarizh?” ujar Hanna geram. Qarizh duduk di samping Hanna.
“Saja,”
Hanna mencebik geram. Eleh, dalam hati suka!
“Nice place. Kenapa saya tak pernah tahu tempat ni?” ujar Qarizh. Hanna hanya menggelengkan kepala. Dia bangun dari duduknya lalu menuju ke kudanya. Buku dan pensil dicapainya.
“Sebab ini secret port saya. Tapi, sekarang dah tak jadi rahsia lagi, sebab awak dah tahu,” bebel Hanna. Qarizh hanya tersenyum tipis.
“Dah, get lost! Saya nak lukis. Awak akan menghancurkan panorama indah,” Hanna bersuara selamba. Dia kembali duduk di tempatnya.
Baru sahaja dia hendak menyelak halaman kosong, bukunya dirampas oleh Qarizh. Dia memang suka main rampas-rampas ke apa?
“Nice drawing,” puji Qarizh. Dia merenung setiap lukisan. Matanya jatuh ke satu lukisan. A guy and a car.
“Siapa ni?”
“Hah?”
“This. Lukisan ni. Siapa lelaki ni?” Hanna menggetap bibir. Aku nak kelentong apa ni. Kantoi sudah, aku lukis muka dia.
“Rahsia,” Hanna balas selamba. Buku lukisannya dirampas.
Qarizh tersenyum tipis. Tahu, yang lukisan itu adalah tentangnya.
Jalan cerita yang menarik. Keep it up writer
ReplyDeleteteruskan...awak ada talent..saya suka semua cerita awak...unik..tolong teruskn novel queen ni..saya sentiasa menunggu
ReplyDeletejgn give up ok!
ReplyDelete